Bella memerhatikan jam tangannya, sudah dua jam berlalu, tiada sesiapa yang keluar dari bilik kecemasan, sehingga seorang doktor perlahan-lahan membuka pintu. Dia mendekati mereka berdua.
“Kamu siapa?”kata doktor bermisai panjang itu.
“Saya penyiasat dari balai polis Jera..pesakit adalah saksi suspek,”kata Bella. Doktor itu mengangguk, dan mulai ingin bersuara.
“Maafkan kami..dia tidak dapat diselamatkan,”kata doktor itu membuatkan mereka berdua hampa. Tiada saksi yang dapat memberi kecerahan mengenai aktiviti Russel ketika itu. Bella hampa, dan terduduk di kerusi, berfikir sedalamnya. Adam mengosok belakang Bella.
“Jangan risau, kita akan berjaya tangkap Russel,”kata Adam, lalu Bella berdiri, melihat jam tangannya.
“Sekarang dah malam, kita kena hubungi saudara Raxon,”kata Bella.
Dari situ, mereka melihat tubuh tidak bernyawa Raxon dihantar ke bilik mayat, dengan Bella ingin menghubungi Diana.
“Bagaimana kamu?”kata Bella di telefonnya.
“Saya baik-baik sahaja, bagaimana Raxon?”
Bella terdiam, dan tidak tahu bagaimana ingin menyusun perbualan yang tidak membuatkan Diana beremosi.
“Maafkan saya, dia…”
“Tak tak…tak mungkin,”
“Dia, tak dapat diselamatkan, maafkan saya…”kata Bella, lalu mendengar Diana menangis teresak-esak.
“Saya akan jaga kamu…saya janji,”kata Bella lagi, lalu mematikan telefon, dan memandang Adam. Dia tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Apa yang pasti, satu negeri sudah diberikan keterangan mengenai Russel, doktor yang diburu.
Dia tidak tahu keberadaan Russel, namun dia mampu mencarinya sekiranya dia meminta bantuan polis. Bella dan Adam, keluar dari hospital, menuju ke rumah Diana. Polis berseragam duduk di kerusi melihat keadaan Bella bersama Adam bergegas menjumpai Diana, di ruang tamu rumah. Diana tidak sedar, matanya sudah layu. Beberapa hari itu dia terjaga semasa menemani Raxon. Impak bagi kematian Raxon menyelubungi hatinya.
“Maafkan saya,”kata Bella, dengan Diana, menggunakan tisu bagi mengelap air matanya. Adam, duduk di sofa, melihat keadaan Diana yang sungguh teruk. Bau badannya melekat pada hidung Bella dan Adam, dengan tisu tebal di tangannya, sedang digunakan bagi mengelap hingus dan air mata.
“Betulkah Russel bersalah?”kata Diana.
“Yaa, saya dah nampak video di hospital. Dia orangnya yang membunuh beberapa wanita sebelum ini, dan termasuk Raxon,”kata Bella.
“Saya perlukan masa,”kata Diana, dengan Bella mendekati Diana, memeluknya. Diana menangis seperti bayi.
Bella, menawarkan diri untuk bermalam bersama Diana, di rumah itu. adam pula kembali ke rumahnya dengan harapan Russel tidak dapat lari daripada pihak polis. Bella ditunjukkan bilik kecilnya, di kanan rumah. Diana gembira dengan kehadiran Bella yang menenangkan dia.
Bella duduk di katil, tidak dapat tidur. Dia melihat video pada telefonnya, jelas sekali wajah lelaki itu ialah Russel, tetapi kenyataannya, dia sendiri bingung. Memang dia tidak mengenali Russel, namun ada sesuatu di benaknya yang memberontak.
Dia merasai ada sesuatu hadir dalam diri doktor itu, sehingga dia bertindak melulu. Dia tidak dapat tidur. Diana mengetuk pintu bilik Bella, lalu Bella merasakan betapa bimbangnya Diana terhadap Russel.
……….
Russel berjalan perlahan memasuki belukar, dengan niat mencari buah-buahan di pokok hutan itu berdiri tegak, besar di hadapannya. Dia menjadi gelandangan tanpa memikirkan sebarang keperluan mendedahkan diri. Dia tahu dia sedang diburu. Dengan berbekalkan rambut palsu, dan spek mata hitam, bersama rambut yang dipotong, membuatkan imejnya berubah.
Dia menukar nama menjadi Roland, dan berharap tiada orang dapat mengenali dia. Di dalam hutan itu, dia terfikir mencari video cctv di hospital, dan ingin melihat kembali video itu. Ada seseorang yang ingin sumbatkan dia ke dalam penjara. Tetapi Russel tidak tahu siapa!
Russel duduk di batang pokok tumbang, dan mengoyangkan kakinya. Dia melukis sesuatu di tanah, dan teringat ketika malam Aminah dibunuh. Russel ketika itu, sungguh jelas berada di rumah, bersendirian. Namun dia rasakan dia hendak kembali ke masa itu.
Dia mengalami ketakutan di rumahnya sendiri. Dia rasakan ada perompak akan masuk ke dalam rumah sewanya itu. Dia tidak keruan, dan bersedia memegang pisau di tangannya. Namun, dia tertidur di katil, dengan lenanya tanpa berfikir tentang bahaya yang menimpanya.
Keesokkannya, Russel menerima berita kematian Aminah, ditikam di katil hospital. Dia terkejut besar, dengan mata mengantuknya, membulat mendengar perbicaraan jururawat yang berkumpul di ruangan lorong hospital. Polis sedang mengelilingi ruang hospital, meminta penjelasan terhadap mereka mengenai Aminah, namun kes itu lambat diselidiki kerana cctv hospital memadam video itu, sehingga Adam, menemuinya. Itupun melalui seorang pengawal yang bekerja lama. Lebih amanah, dan bertanggungjawab.
Russel, tahu, dia harus menemui Bella, dan meminta dia selidik siapa yang menyumbat dia, namun dia tahu, Bella tidak akan mendengarnya, dan menangkapnya pula. Russel merasakan tiada apa-apa dapat dia buat kecuali menanti dan bersembunyi bagai dia adalah pelaku kematian Aminah.
“Helo, saya nak tahu, berapa sewa hotel ni?”kata Russel, dan wanita di kaunter hotel meneliti wajahnya. Russel setia memakai rambut palsu dan berkaca mata hitam. Tiada sesiapa berjaya mengenalinya. Russel menunggu jawapan wanita itu. malam itu, dia tidak tahan tinggal di hutan yang penuh nyamuk. Dia harus mendapatkan bilik hotel malam itu, namun pekerja hotel itu sangsi. Dia meminta Russel akan kad pengenalannya. Russel menyatakan kad itu hilang, dan tidak perlulah dia menyatakan identitinya. Wanita itu berbisik dengan seorang lelaki yang melihat Russel. Russel mengeluarkan beberapa duit yang diikat, kerana Russel sudah bersedia untuk hal kecemasan. Lebih ribu-ribu duit dikumpulnya di laci pejabat. Dia mengambil duit itu sebelum melarikan diri.
“Tolong..saya nak tidur di hotel,”kata Russel. Wanita itu lama-kelamaan mengangguk. Dia menekan butang di ruang butang komputera besar, dan menyerahkan Russel akan kunci hotel. Setelah menjelaskan pembayarang, barulah Russel, menyelinap masuk ke lorong sepi yang malap lampunya.
Russel bernafas berat. Dia memerhatikan setiap orang yang melintasi lorong itu, mengunci pandangan ke arah wajah Russel. Dia berdebar,dan setelah sampai ke pintu bilik 13, dia menggunakan kunci, dan masuk secepatnya ke dalam bilik hotel.
Bilik hotel itu sungguh kecil, dengan jendela kaca, dihiasi tirai labuh bercorak bunga. Televisyen besar juga berada di tepi dinding. Katil untuk dua orang, memenuhi ruang, namun sedap dilihat oleh Russel.
Russel terjun ke arah katil itu,dan berehat secukupnya. Sudah lama dia tidak tidur di katil lembut. Dia teringatkan rumahnya. Jauh sekali fikirannya hendak kembali ke rumah itu, yang tentu diselongkar oleh pihak polis.
“Siapa yang hendak mempermainkan dia ni?”bentak Russel dalam hati. Russel mengambil telefonnya, dan menghempasnya ke lantai. Dia tahu dia diburu. Dia mesti menukar identiti, termasuk membuat kad pengenalan baru.
Dia berpindah ke jendela, merenung keadaan laut disimbah cahaya bulan. Dia tahu, ada seseorang di sana mahukan dia ditangkap kerana dituduh membunuh Laura dan Nonia.
Siapakah orangnya?
YOU ARE READING
Dendam Russel
ActionMengisahkan liku-liku kehidupan Russel yang terpendam dendam mengenai tragedi masa lalu.