PROLOG

7 1 0
                                    

New York

Keadaan di sebuah bilik rawatan di hospital menjadi huru-hara tatkala mereka semua mendengar bunyi mesin yang menjelaskan bahawa degupan jantung pesakit itu semakin perlahan.

"Defibrillation! Hurry!" Laung seorang doktor wanita yang berusia 23 tahun itu. Antara doktor yang termuda di situ.

Sedaya upaya doktor wanita itu mahu menyelamatkan nyawa pesakit itu. Dikerling sekilas mesin tersebut yang menyatakan bahawa degupan jantung pesakit itu semakin perlahan daripada tadi. Sekali lagi, dia mencuba.

Tet...tet...tet...tet...

Bunyi mesin itu kedengaran seperti jantung pesakit itu kembali berdegup normal seperti biasa. Para-para doktor dan jururawat yang berada di situ mula menghembuskan nafas lega mereka. Namun hanya doktor wanita itu sahaja yang kelihatan tenang. Dia melangkah keluar dari bilik rawatan tersebut.

"Congrats! You managed to save a patient's life again!" Ujar seorang doktor wanita tersebut kepada Darea. Darea tersenyum senget. Sudah biasa setiap kali dia berjaya menyelamatkan nyawa pesakit, pasti orang-orang akan berkata begitu.

Senyumannya memudar tatkala mengingat kembali tentang seorang pesakit yang tidak bisa dia selamatkan. Perasaan bersalah masih lagi menghurung dirinya. Dia menarik kemudian menghembuskan nafasnya sambil memejam mata. Masih dia ingat lagi betapa kecewa dan marahnya anak lelaki kepada pesakit itu ketika dia tidak berjaya menyelamatkan ibunya.

Darea kembali menyambung langkahnya yang tergendala.

Darea merehatkan dirinya di dalam tab mandi. Memanjakan tubuhnya setelah berjam-jam berada di dalam bilik pembedahan. Dia perlukan rehat.

Sedangnya nikmat berendam di dalam tab mandi sambil memejamkan matanya, dia mendengar bunyi loceng rumahnya ditekan. Darea mendengus kasar.

"Can't I get a freaking rest?!" Ujarnya. Geram. Bathrobe dicapai lalu disarungkan pada tubuhnya sebelum dia melangkah menuju ke pintu rumah.

Dipincangkan matanya memandang lubang pintu untuk melihat siapakah gerangan yang menekan loceng rumahnya namun tiada langsung bayangan orang. Dia memberanikan diri membuka pintu rumah.

Matanya turun memandang sebuah kotak hadiah berwarna merah jambu di hadapannya. Walaupun ragu-ragu, tangannya mengambil juga kotak hadiah tersebut.

Setelah pintu ditutup, Darea memerhati segenap sudut kotak hadiah tersebut sebelum dia melabuhkan punggung di atas sofa empuknya lalu dibuka kotak hadiah tersebut.

"Arghhhh!" Terjerit kecil Darea dibuatnya apabila melihat isi di dalam kotak hadiah tersebut. Terdapat banyak darah di dalam kotak tersebut bersama tikus mati. Tangannya menutup hidung dan mulut dek kerana bau bangkai tikus tersebut. Namun satu kertas kecil menarik perhatiannya. Diambil kertas kecil tersebut.

One day, you will be like that mouse.

Sebaris ayat itu berjaya membuatkan bulu romanya meremang dan menegak. Kepalanya terus berpaling ke kiri dan kanan. Risau pula jika ada seseorang telah menyelinap masuk ke dalam rumahnya.

Darea menyalin pakaiannya. Cardigan miliknya dicapai lalu disauk ke tubuhnya sebelum kotak hadiah itu diambil. Mahu membuang kotak hadiah tersebut di rumah sampah.

Pintu rumah dibuka lalu dikunci kembali. Kakinya menghayun laju menuju ke lif. Tingkat paling bawah sekali ditekan.

Ting!

Terus Darea keluar dari lif tersebut menuju ke rumah sampah berdekatan penthouse lalu dicampak kotak hadiah itu ke dalam rumah sampah dengan perasaan geram tanpa menyedari, dirinya diperhati oleh seseorang dari jarak yang agak jauh. Setelah membuang kotak hadiah tersebut, terus Darea melangkah pergi dari situ dengan perasaan sebal. Lelaki itu pula hanya setia memerhatikan Darea.

THE SAME GIRL (HIATUS)Where stories live. Discover now