Darea mengurungi dirinya di dalam bilik. Bukan kerana patah hati tetapi kerana dia perlukan ketenangan. Ketenangan adalah ubatnya.
Tiba-tiba Darea mendapatkan panggilan daripada sahabat baiknya dari Malaysia iaitu Aaliyah.
Darea dan Aaliyah berjumpa pada waktu umur mereka 4 tahun. Walaupun Darea pergi meninggalkan negara, namun hubungannya bersama Aaliyah tidak pernah terputus. Aaliyah sentiasa menanyakan khabarnya di New York.
"Araaa!" Laung Aaliyah sejurus setelah Darea mengangkat panggilannya.
"Wei! Kau tahu tak betapa lonely aku semasa ketiadaan kau dua tahun ni?!"
"Tak." Balas Darea malas.
"Tapi aku tahu!"
"Okey."
"Ara." Suara Aaliyah mula bertukar serius.
"Apa jadi?" Soal Aaliyah.
"Cerita kat aku." Darea terdiam seketika sebelum dia mula bercerita tentang semuanya kepada Aaliyah.
"Kau bayangkan kau baru bangun dari koma selama 2 tahun, tiba-tiba kau dapat tahu yang bf kau curang kau dengan kawan baik kau sendiri. Kau rasa? Siapa je yang rasa tak sakit hati?" Ujar Darea.
"Bodoh punya jantan. Aku dah agak dah, wei. Vincent memang bukan untuk kau. Dia non muslim, wei. Carilah laki lain. Jangan cari yang non muslim, kau tu Islam. Jangan buang masa kau untuk jantan-jantan yang tak reti menghargai ni. Kalau aku ada kat New York sekarang ni, memang dah melayang dah Vincent ke negara lain." Darea tertawa kecil mendengarkan kata-kata Aaliyah.
"So, dah dapat kan ketenangan? Pergilah keluar jalan-jalan ke. Cari ketenangan kat luar pulak. Cari ketenangan melalui melihat pemandangan cantik ciptaan Allah. Duduk terperap dalam bilik tak ada guna juga kan?" Nasihat Aaliyah. Aaliyah tahu sahabatnya itu sudah jauh dari Nya, jadi dia ingin membimbing Darea. Kadang-kadang Aaliyah menelefon Darea hanya untuk mengingatkan gadis itu untuk menunaikan kewajipan agama.
"Okey ah, bye. Aku nak bersiap, nak pergi keluar." Ujar Darea seraya bangun dari katilnya.
"Yeah! That's my girl!" Laung Aaliyah dari corong panggilan. Darea hanya tersenyum mendengarkan itu lalu panggilan ditamatkan.
Ya, benar kata Aaliyah. Dia perlu mencari ketenangan di luar juga.
Darea berjalan-jalan di kota itu. Ketika melihat grocery store, dia mendekati grocery store untuk membeli makanan ringan. Dia lupa untuk mengisi perut pada pagi tadi.
Sedangnya memilih beberapa makanan ringan, Darea terdengar suara garau seseorang bernyanyi dan itu kedengaran sangat merdu. Darea berpaling memandang juruwang tersebut. Ya, suara merdu itu adalah datang dari suara juruwang itu. Seakan terbuai di dalam kemerduan suara garau jejaka itu, Darea hanya menatap lama juruwang tersebut.
Perasan dirinya diperhati, Ammars langsung berpaling memandang gerangan yang dari tadi hanya menatapnya. Pandangan mereka berdua bersatu.
Ammars terkejut namun tidak lama setelah itu, Ammars menghadiahkan senyuman manis terhadap Darea seraya mengenyitkan mata sebelah lalu menyambung pekerjaannya.
Sedar dirinya telah menatap seseorang dengan begitu lama, Darea menghentikan lamunannya kemudian berlalu pergi dari situ. Sempat juga dia membayar makanan ringan yang dibelinya tadi. Dia pasti mukanya saat ini sedang merona merah.
Pada hari berikutnya, Darea meluangkan masanya di sebuah kafe kegemarannya. Suasana yang tenang, muzik yang beralun, rasa kopi, semuanya tentang kafe itu membuatkan dia tenang.
YOU ARE READING
THE SAME GIRL (HIATUS)
RandomNEVAEH DAREA ARABELLA × AMMARS DAREQ Seorang gadis yang terlalu cintakan dunia sehingga terlupa akan agamanya. Tanpa sedar, dia sudah jauh dari Tuhan. Juga seorang doktor di New York yang tidak pernah gagal menyelamatkan nyawa pesakit. Namun suatu k...