DING DONG!
Darea yang mendengar loceng rumahnya ditekan langsung berlari laju ke arah pintu rumah lalu pintu rumah itu dibuka dengan teruja.
Terus terpancul sesosok tubuh Aaliyah yang berada di hadapan pintu bersama wajah yang masam. Darea tersenyum ceria.
"Eh, Aaliyah! Dah sampai pun kau! Uihh! Bergaya nampak!" Sapa Darea ceria. Suka pula melihat wajah masam sahabatnya itu. Aaliyah hanya menggulingkan matanya seraya mendengus kasar.
Darea memandang pemakaian Aaliyah dari atas sehingga bawah. Sahabatnya itu kelihatan bergaya memakai baju turtle neck berlengan panjang berwarna hitam dan juga jaket hitam panjang berparas lutut memandangkan mereka berada di New York, cuaca terasa sejuk sedikit. Berseluar straight cut hitam dan kasut hitam. Semuanya hitam kecuali tudung shawl yang dikenakan oleh Aaliyah berwarna maroon. Darea tersenyum melihat penampilan Aaliyah. Pandai juga sahabatnya yang satu ini bergaya.
"Kau dah siap belum? Kata nak keluar. Tadi bukan main melalak bagai ajak aku keluar." Bebel Aaliyah. Darea tersengih seraya membuat muka tidak bersalah. Ya, betul. Dia tahu dia akan meninggalkan New York tidak lama lagi, jadi dia mahu meluangkan masa yang terakhir di sini sebelum pergi ke tanah air. Dan Darea juga tahu bahawa pasti Aaliyah akan sibuk dengan kerjanya apabila sampai di Malaysia jadi dia mahu meluangkan banyak masa bersama dengan Aaliyah sementara mereka bersama.
Boleh dikatakan pertama kali mereka berdua keluar bersama kerana mereka tidak pernah bersua muka setelah berpisah ketika berumur 4 tahun jadi sekarang adalah peluangnya.
"Jap, jap. Aku nak bersiap dulu. Kau masuklah duduk kejap tengok TV." Ajak Darea.
"Hmm." Hanya itu yang dibalas oleh Aaliyah. Aaliyah menutupi pintu rumah lalu dia pergi ke arah sofa di ruang tamu kemudian melabuhkan punggung di situ. Darea pula sudah tergesa-gesa berlari ke arah biliknya untuk bersiap.
Manakala Darea sudah berada di dalam biliknya sambil menilik setiap hoodie yang ingin dipakainya. Jari diletakkan ke dagu. Menunjukkan bahawa dia sedang berfikir mahu memilih salah satu hoodie untuk dipakai.
Hatinya ingin mengambil hoodie berwarna hitam namun tatkala matanya terlekat pada hoodie berwarna dusty rose, dia kembali berfikir sejenak.
Hoodie itu adalah pemberian dari abangnya. Abangnya dan adik perempuannya berada di Malaysia. Dia seorang sahaja yang tinggal di New York. Entah mengapa ibu bapanya berbuat begitu namun Darea tidak kisah.
Teringat pula tentang hubungannya dengan abangnya memang tidak serapat adik beradik yang lain. Mereka berdua ibarat seperti orang asing yang tiada pertalian. Abangnya itu dingin dan beku orangnya.
Hoodie berwarna dusty rose itu pula abangnya yang menghadiahkan dari Malaysia kepadanya ketika hari lahirnya yang ke 19 tahun. Mungkin abangnya tidak mengetahui bahawa dia tidak suka akan warna dusty rose, dia hanya menyukai warna-warna yang gelap seperti warna hitam.
Darea menatap lama ke arah hoodie berwarna dusty rose itu yang sudah terdampar di atas katil. Hoodie itu tidak pernah langsung sedikit pun disentuh olehnya. Hanya dibiarkan sahaja di dalam almari baju miliknya.
Darea bertindak mengambil hoodie itu lalu menilik.
"Hmm...sayang kalau tak pakai. Tak ada guna abang bagi kalau aku hanya letak kat dalam almari je." Gumam Darea. Hoodie berwarna dusty rose itu menjadi pilihan lalu disarung ke tubuhnya.
Nasib masih muat walaupun hadiah itu sudah bertahun lalunya memandangkan abangnya membeli hoodie ini dengan saiz yang cukup besar. Jika nak dibandingkan dengan tubuhnya yang sekarang sudah mencapai ketinggian 166 cm, hoodie itu masih lagi terlihat besar pada tubuhnya.
Darea menilik pakaiannya dari atas sehingga ke bawah. Simple but still gorgeous! Hanya berpakaian hoodie berwarna dusty rose dan seluar hitam. Nice! Sempat jari runcingnya membetulkan sedikit rambutnya kemudian sling bag miliknya dicapai lalu membuka langkah keluar dari biliknya menuju ke arah Aaliyah yang sedang tenang duduk di atas sofa sambil melayan kartun. Entah kartun apa yang dilayannya namun wajah Aaliyah hanya kelihatan tenang.
"Woi, kau tengok cerita apa?" Sergah Darea. Langsung Aaliyah menoleh memandang Darea. Ditilik pakaian gadis itu dari atas sehingga ke bawah lalu matanya terhenti pada hoodie berwarna dusty rose yang dipakai oleh Darea.
"Bukan kau tak suka warna pink ke? Asal pakai hoodie warna pink pula?" Soal Aaliyah pelik. Darea turut memandang hoodie berwarna dusty rosenya.
"Ni bukan warna pink, ni warna dusty rose. Hoodie ni dah lama terperap dalam almari aku so ada baiknya juga aku pakai. Kalau lama-lama dalam almari tu macam tak ada guna pula." Jelas Darea. Aaliyah memandang pelik ke arah Darea.
"Macam-macamlah, dusty la, rose la. Tetap dalam golongan warna pink kan so tetap sama. Pink." Balas Aaliyah. Darea sudah menjegilkan matanya. Pandai pula gadis itu membalas.
"Yelah, Aaliyah." Mengalah jua Darea.
Baru sahaja mahu mencapai kasutnya yang berwarna hitam, Darea ternampak kasut sportnya yang berwarna putih dan dusty rose. Kebetulan hoodienya pula berwarna dusty rose. Darea berfikir sejenak sebelum mengambil kasut sportnya yang berwarna dusty rose itu. Biar sepadan dengan hoodienya. Kasut sport itu pula pemberian dari ibunya, Puan Melina.
"Dah, jom."
Aaliyah berpaling memandang Darea. Terus berkerut seribu dahi Aaliyah tatkala melihat kasut sport yang dipakai oleh Darea.
"Kau memang pagi ni kena sampuk hantu ke? Hoodie kau pakai warna pink, kasut pun kau pakai warna pink. Nasib seluar tak bertukar jadi warna pink." Ujar Aaliyah seraya memandang ke arah Darea. Darea pula yang berkerut dahi.
"Ni bukan warna pink, Aaliyah. Ni warna dusty rose dan kenapa kalau aku pakai warna ni? Tak boleh ke?" Soal Darea seraya memandang pelik ke arah Aaliyah. Aaliyah mengeluh perlahan.
"Bukan tak boleh cuma kau mana suka warna pink-pink ni. Kau cuma suka warna hitam je." Ujar Aaliyah pula. Tak pasal-pasal mereka berborak di depan pintu rumah.
"Aku dah kata ni bukan warna pink, ni warna dusty rose! Aku pakai pun sebab macam tak ada guna pula aku letak lama-lama sampai tak pakai so baik aku pakai." Jelas Darea tenang seraya mengunci pintu rumahnya.
"Hmm, ye lah." Aaliyah mengalah sahajalah.
"Eh! Lupa lak! Kita nak naik apa?" Soal Darea. Badannya dipusing menghadap Aaliyah.
"Naik teksi la, apa lagi?" Balas Aaliyah malas.
"Eh, naik teksi? Asal tak naik kereta kau? Nak juga rasa naik kereta kau." Soal Darea. Aaliyah melepaskan keluhan.
"Kereta aku kat Malaysia." Balas Aaliyah seraya mengerling sedikit ke arah Darea.
"Lah...asal kat Malaysia? Kau tak bawak balik sini ke?" Soal Darea lagi. Berkerut dahi Aaliyah mengerling ke arah Darea menahan geram. Banyak pula soalan minah ni!
"Bodoh ke? Macam mana aku nak bawa kereta aku ke sini? Tumpang kapal terbang? Memang taklah! Kereta aku nak letak mana kat dalam kapal terbang?" Geram Aaliyah dibuatnya. Darea berfikir sejenak.
"Oh, kalau pergi luar negara memang tak boleh bawa sekali kereta kita eh? Oooo baru faham." Terangguk-angguk kepala Darea. Baru faham.
"Kau tahu tak kereta aku jenama apa?" Soal Aaliyah dengan sengihan.
Belum sempat Darea ingin menjawab, Aaliyah sudah mencantas terlebih dahulu.
"Mercedes C63 AMG or lebih dikenali sebagai my baby HAHAHA." Sejurus selepas itu, Aaliyah tertawa kuat. Darea menjegilkan matanya.
"Oh, tapi kereta tu aku guna time misi je. Kalau aku nak pergi mana-mana selain pergi misi, aku guna kereta Myvi aku tu hah." Darea menganggukkan kepalanya tanda mengerti.
"Myvi kau tu dikenali sebagai apa pulak?" Soal Darea berbaur gurauan. Aaliyah tersenyum senget.
"My babi."
..................................................................
YOU ARE READING
THE SAME GIRL (HIATUS)
RandomNEVAEH DAREA ARABELLA × AMMARS DAREQ Seorang gadis yang terlalu cintakan dunia sehingga terlupa akan agamanya. Tanpa sedar, dia sudah jauh dari Tuhan. Juga seorang doktor di New York yang tidak pernah gagal menyelamatkan nyawa pesakit. Namun suatu k...