"Hah?" Ternganga Darea dibuatnya mendengarkan pernyataan itu. Aaliyah mengeluh lalu tersengih.
"Hehe. Tak tahulah. Aku ada rasa sesuatu dengan mak kau." Ungkap Aaliyah apa yang dirasanya selama ini.
"Rasa apa?" Soal Darea.
"Rasa macam ada benda yang mak kau sorok. Macam benda tu benda yang jahat, faham tak?" Aaliyah mengatakan apa yang dia rasa terhadap Puan Melina. Rasa syak wasangka.
"Kenapa pula kau rasa macam tu?" Soal Darea lagi. Aaliyah mengepal penumbuk.
"Haih..Ish! Manalah aku tahu! Dah aku rasa macam tu!" Marah Aaliyah. Darea terkebil-kebil.
"So aku rasa better kau bagitahu parents kau yang kau pergi Malaysia sebab...buatlah sebab sendiri asalkan jangan letak sebab kau nak elak dari orang yang nak bunuh kau tu." Pesan Aaliyah. Darea kembali berfikir sejenak.
"Tapi nak letak sebab apa eh?" Soal Darea. Bingung. Mahu guna sebab apa? Yang pastinya perlulah munasabah.
"Aaliyah! Bagilah idea!" Jerkah Darea apabila Aaliyah mula mendiamkan diri. Aaliyah mengeluh.
"Hidup kat Malaysia." Ringkas idea Aaliyah. Terus Darea berpaling memandang Aaliyah.
"Hah?"
"Bagi alasan kau nak hidup kat Malaysia, tanah air kau sendiri. Aku jamin diorang kasi." Ujar Aaliyah yakin dan pasti. Darea kembali berfikir sejenak.
"Betul juga kan?" Aaliyah mengangguk.
"Okey! Bila pergi?" Soal Darea.
"Kan aku dah cakap, ikut kaulah nak pergi bila." Balas Aaliyah. Darea mengangguk-angguk seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal bersama muka yang tidak bersalah. Tersengih.
"Oh haha yelah lupa pulak."
"Eh jap! Tapi...aku nak kerja apa kat sana nanti? Takkan nak duduk terperap dalam rumah tak ada kerja?" Soal Darea. Aaliyah tersenyum dengan penuh makna.
"Jangan risau, Ara. Yang tu aku akan handle. Ada satu company ni. Nanti kau kerja kat sana." Jelas Aaliyah tenang. Darea menganggukkan kepala seraya berkerut dahi.
"Tapi nanti aku kan dah tukar identiti. So, aku kerja kat sana guna identiti sebenar aku atau identiti tipu aku?" Soal Darea lagi. Aaliyah tersengih.
"Jangan risau. Yang tu pun aku handle kan. Kau tak payah banyak fikirlah." Ujar Aaliyah tenang.
"Tapi still aku kena tahu. Nanti aku nak suruh pekerja-pekerja lain dekat sana panggil aku apa?" Soal Darea. Makin pelik pula. Semua nak dibuat rahsia. Aaliyah berfikir sejenak.
"Hmmm betul juga eh? Okeylah! Guna identiti tipu kau." Ujar Aaliyah.
"Apa identiti tipu aku? Nama tipu aku apa? Jap, macam mana kau buat identiti tipu aku? Kau tipu company tu eh?" Soal Darea bertalu-talu. Aaliyah tersengih.
"Identiti, nama apa semua tu nanti aku bagitahu and yes. Mungkin....aku tipu company tu." Jelas Aaliyah. Suaranya makin lama makin perlahan apabila berbicara tentang penipuan yang dibuatnya terhadap syarikat tersebut. Mulut Darea ternganga.
"What?! Kau tipu company tu?!" Soal Darea lantang. Terbangun dirinya daripada duduk.
"Hey! Hey! Calm down, okey? Yep. Boleh dikatakan aku tipu la juga." Jelas Aaliyah dengan suara yang sengaja diperlahankan. Darea memandang tidak percaya terhadap sahabatnya itu.
"Ma-macam mana kau boleh tipu diorang? Macam mana diorang boleh tertipu dengan kau? Kalau aku kerja kat sana lepas tu identiti aku kantoi macam mana?!" Soal Darea makin lantang suaranya.
YOU ARE READING
THE SAME GIRL (HIATUS)
RandomNEVAEH DAREA ARABELLA × AMMARS DAREQ Seorang gadis yang terlalu cintakan dunia sehingga terlupa akan agamanya. Tanpa sedar, dia sudah jauh dari Tuhan. Juga seorang doktor di New York yang tidak pernah gagal menyelamatkan nyawa pesakit. Namun suatu k...