Seperti biasa, Darea dan Puan Melina sedang mengadakan perang mulut.
"It's just a birthday! Tak payahlah nak buat parti bagai, ajak kawan mummy business mummy sana sini!" Lawan Darea tidak puas hati dengan keputusan Puan Melina yang sesuka hati mahu mengadakan parti buat hari jadinya yang ke 26 tahun.
"No! It' not just a birthday! We also want to celebrate in conjuction with you woking up from a coma! Have you forgotten?! You were in a coma for two years! And everyone were waiting for you!" Lawan Puan Melina kembali. Darea mendengus geram.
"Of course Darea tak lupa! Dan tiada siapa suruh diorang tunggu Darea! Darea tak suruh pun!" Bidas Darea.
"No matter how hard you try to protest, you still can't avoid it so just follow and don't do anything stupid!" Puan Melina memberi amaran kepada anak perempuannya itu. Darea memandang tajam ibunya itu. Dadanya naik turun menahan geram. Ya, betul. Tidak kira bagaimana pun dia melawan, dia tetap tidak boleh lari dari keputusan ibunya. Namun ini Darea lah! Pasti ada muslihat liciknya.
"Kau rasa? Sampai nak buat parti bagai!" Marah Darea dari corong panggilan setelah menceritakan segalanya kepada Aaliyah.
"Ish, ish, ish. Tak patut, tak patut, tak patut." Balas Aaliyah.
"Tapi kau still kene ikut kan apa yang mak kau suruh?" Soal Aaliyah. Terdengar keluhan berat terbit di bibir Darea.
"Yes but aku ada rancangan aku sendiri." Sinis Darea berkata. Memunculkan tanda tanya dalam diri si Aaliyah.
"Apa rancangan kau tu?" Soal Aaliyah. Darea tersenyum senget.
"Okey, macam ni. Actually aku ada jumpa satu laki random ni. Dia pernah berlakon jadi boyfriend aku depan Vincent dengan Emily." Jelas Darea.
"So, kau nak suruh dia berlakon jadi boyfriend kau kat parti nanti?" Teka Aaliyah.
"Correct!"
"Wow! Nice plan, woo!" Laung Aaliyah dari corong panggilan. Terletus tawa Darea.
Seperti yang dirancang, Darea terlebih dahulu memberitahu Ammars tentang parti tersebut. Ammars langsung menyetujuinya.
Darea memanjangkan lehernya mencari kelibat Ammars. Sedari tadi dia asyik menunggu kedatangan jejaka itu namun hampa, masih tidak kunjung datang.
Tiba-tiba sebuah kereta berjenama BMW berhenti di hadapan restoran. Ya, mereka mengadakan parti tersebut di sebuah restoran lima bintang yang telah ditempah oleh ibunya, Puan Melina.
Kereta berjenama itu langsung tidak diendahkan oleh Darea. Matanya masih ralit mencari kelibat Ammars.
Tiba-tiba telinganya menangkap suara gadis-gadis menjerit seperti terkena histeria. Dia berpaling memandang kereta berjenama tersebut yang sudah dikerumuni oleh ramai gadis-gadis.
Matanya dipincing cuba untuk melihat gerangan yang keluar dari kereta berjenama tersebut. Terus membulat mata Darea melihat sosok tubuh Ammars yang kelihatan tampan berpakaian suit dan rambutnya disikat rapi. Bukan seperti Ammars yang dia bertemu sebelum ini.
Ammars kelihatan tidak selesa dikerumuni oleh ramai gadis-gadis tersebut. Dengan pakaian gadis-gadis tersebut yang menjolok mata, lantas Ammars memandang ke atas, menjaga pandangan. Darea terus meluru laju ke arah Ammars lalu hujung baju lengan Ammars ditarik menjauhi gadis-gadis tersebut. Akhirnya, dapat juga Ammars bernafas seperti biasa. Mata Darea mencerlung tajam setiap gadis yang memasang muka marah.
YOU ARE READING
THE SAME GIRL (HIATUS)
RandomNEVAEH DAREA ARABELLA × AMMARS DAREQ Seorang gadis yang terlalu cintakan dunia sehingga terlupa akan agamanya. Tanpa sedar, dia sudah jauh dari Tuhan. Juga seorang doktor di New York yang tidak pernah gagal menyelamatkan nyawa pesakit. Namun suatu k...