AMMARS♡BELLA : 8

5 1 0
                                    

Tergesa-gesa Darea berlari menuju ke bilik pembedahan.

Beberapa minit yang lepas, tiba-tiba sahaja dia mendapat panggilan bahawa ada pesakit yang perlu dibedah dengan segera sebelum malaikat maut memanggil. Terus Darea berlari ke arah bilik pembedahan. Pesakit itu memerlukan dia!

Darea memakai uniform doktor bedah yang berwarna biru terlebih dahulu sebelum terus menerobos masuk ke dalam bilik pembedahan. Terlihat badan pesakit sudah tersedia berbaring.

Darea bersama doktor-doktor bedah yang lain menarik kemudian menghembus nafas sebelum mereka melakukan kerja mereka dengan penuh teliti.

Fikiran Darea menerawang jauh pada saat ini. Dia tidak boleh fokus. Kepalanya kerap berfikir tentang apa yang dikatakan oleh Aaliyah tempoh hari.

"Doc? Doc!" Tegur salah seorang doktor bedah tersebut apabila menyedari Darea tidak fokus kepada tugasnya. Darea terus memandang pelik ke arah doktor tersebut.

"Focus!" Tegas doktor perempuan itu menegur. Darea menggulingkan matanya. Macamlah dia tak tahu.

Namun saat ini dia tidak boleh fokus langsung. Entah kenapa jiwanya sekarang berasa resah-gelisah. Seakan-akan ada seseorang yang sedang memerhatikan dirinya.

Terus Darea menoleh memandang sekeliling bilik pembedahan tersebut. Mencari gerangan orang yang difikirkan sedang memerhati dirinya. Automatik tugasnya dilupakan dek kerana sibuk mencari gerangan seseorang tersebut namun hampa, tiada jumpanya.

"Doc!" Terus Darea memandang pesakit tersebut apabila mendengar salah seorang doktor bedah tersebut mula menjerit.

Terus membulat mata Darea tatkala melihatkan darah tidak henti-henti keluar dari tubuh pesakit tersebut. Keadaan mula menjadi huru-hara.

Ini semua salahnya! Salahnya kerana leka!

Sedaya upaya Darea mencuba untuk menghentikan pendarahan yang terus-terus keluar. Habis baju mereka semua boleh dikatakan hampir penuh berwarna merah dek kerana darah pesakit tersebut.

Tet........

Semua terkedu mendengarkan bunyi mesin yang mengatakan bahawa pesakit itu sudah pergi ke Tuhan semula. Darea terkaku. Tubuhnya serta-merta mengeras.

"Death time, 9:21 p.m." Ujar salah seorang doktor tersebut. Darea yang masih terkaku, tidak sedar bahawa air matanya sudah turun mengalir membasahi pipi. Apa yang sudah dia lakukan?

Semua doktor-doktor tersebut keluar daripada bilik pembedahan tersebut meninggalkan Darea keseorang diri yang masih lagi tidak bergerak bagaikan sebuah patung.

Mereka semua membersihkan diri. Uniform doktor bedah pun sudah kemerah-merahan dengan darah.

Aaliyah menatap lama wajah pesakit tersebut. Masih lagi terkaku di tempatnya. Tidak dihiraukan uniformnya yang sudah bertukar warna kepada warna merah dipenuhi darah. Air mata masih lagi setia mengalir. Ya Tuhan.

Perlahan, Darea mendekati pesakit tersebut yang sudah menjadi mayat. Tangisannya semakin lama semakin kuat walaupun dia cuba untuk memerlahankan suaranya.

Rasa bersalah mula menghurung dirinya. Darea kembali teringat kejadian dahulu dimanadia tidak berjaya menyelamatkan nyawa seorang ibu kepada seorang anak lelaki.

Anak lelaki itu menyerang Darea setelah Darea keluar dari bilik mayat dengan raut muka sedih.

"Ini ke doktor yabg korang banggakan sangat tu?! Kononnya dapat selamatkan nyawa patient?! Tup-tup hidup lagi! Tapi ni apa?! Mak aku mati, kau tahu tak?! Mati!" Jerkah lelaki tersebut sambil ditahan oleh beberapa orang, menghalangnya daripada menyerang Darea. Tidak dia endahkan orang ramai yang sudah pelik mendengar bahasa asing lelaki itu gunakan. Darea hanya menunduk menekur lantai. Rasa sesal, bersalah, sedih, semuanya bercampur baur.

THE SAME GIRL (HIATUS)Where stories live. Discover now