AMMARS♡BELLA : 9

9 1 0
                                    

Ammars memandang lama gambar yang terpapar di skrin telefonnya bersama satu senyuman yang tidak lekang dari bibirnya dari tadi. Ammara dan Ammir memandang pelik ke arah adik mereka itu. Gila ke apa? Dari tadi dok senyum-senyum macam kerang busuk.

Tiba-tiba sahaja Ammars meletuskan tertawa kecil. Ammara dan Ammir terundur sedikit kebelakang dek kerana terkejut dengan ketawa Ammars yang secara tiba-tiba.

"Sah dia gila!" Bisik Ammara kepada adik lelakinya yang seorang lagi bernama Ammir. Ammir hanya menganggukkan kepalanya. Mengeyakan kenyataan yang keluar dari mulut kakaknya.

Ammara dan Ammir menatap lama ke arah Ammars yang sedang tersenyum di atas sofa itu sebelum mereka berdua saling berpandangan lalu menganggukkan kepala.

Perlahan-lahan, mereka berdua terjengket-jengket mendekati Ammars yang tidak sedar akan kehadiran mereka berdua.

"Bahhh! Tengok apa tu?!" Sergah Ammara secara tiba-tiba tatkala sudah mendekati adik lelakinya itu. Hampir terloncat telefon yang dipegang Ammars itu ketika dirinya disergah secara tiba-tiba oleh kakaknya. Matanya berkalih pula pada abang kembarnya yang berada di belakang kakaknya. Ammir kelihatan terpinga-pinga. Ammara menoleh ke belakang dan memandang tajam ke arah Ammir. Semakin bertambah berkerut dahi Ammir apabila menerima pandangan sebegitu dari kakanya.

"Kau ni tak ikut plan lah!" Marah Ammara tiba-tiba. Ammir menggaru kepalanya yang tidak berasa gatal. Ha? Siapa yang tak ikut plan ni?

"Siapa yang tak ikut plan ni? Engkaulah yang tak ikut plan! Kau sergah awal sangat! Tadi kita rancang nak lambat-lambat sikit!" Ammir juga tidak mahu mengalah. Habis rosak rancangan mahu mengejutkan adik bongsu mereka itu. Ammara mendengus kasar seraya menggulingkan matanya. Rambut diselak ke belakang telinganya apabila merasakan rimas dengan rambut tersebut yang menghalang penglihatannya.

Ammars pula sudah terpinga-pinga. Plan apa pula ni?

"Ha kau pulak! Kau asal dok tersenyum-senyum macam kambing dari tadi?! Kau tengok apa ah?! Kau jangan nak tengok benda-benda pelik. Aku siku kepala kau, aku repot kat mak dengan ayah!" Bebel Ammara. Bukan apa, sebagai seorang kakak sulung, dia perlu menjalankan tanggungjawabnya, lebih-lebih lagi ketika ketiadaan ibu bapa mereka yang sudah meninggalkan mereka pada usia mereka sedang membesar.

Ammars dengan Ammir terdiam mendengar kata-kata kakak sulung mereka itu. Ayat lain okey cuma ayat last tu....

"Errr, kak." Panggil Ammir. Ammara menoleh kebelakang apabila Ammir memanggil dirinya seraya mendengus geram. Tidak suka ada orang menganggunya ketika sedang membuat soal siasat pada adik bongsunya itu. Mata memandang tajam ke arah Ammir.

"Apa?" Soal Ammara kasar.

"Mak dengan ayah dah tak ada, nak repot kat siapa?" Soal Ammir. Ammara terdiam.

Suasana rumah mereka mula ditemani dengan keheningan.

"Ha! Kau! Kau tengok apa ah?!" Soal Ammir memecahkan keheningan. Ammars langsung menoleh memandang abang kembarnya itu.

"Tak ada apa-apalah. Cuma...gambar bakal adik ipar kau je." Ujar Ammars. Matanya kembali melekat pada skrin telefon seraya tersenyum. Ammara dan Ammir saling berpandangan apabila mendengarkan itu.

"Bakal adik ipar?" Gumam Ammir.

"Bakal adik ipar?!" Lantang suara Ammara.

Ammara terus merampas telefon Ammars. Dilihatnya gambar tersebut.

Terlihat seorang gadis yang sedang fokus bermain suatu permainan di arked pada gambar tersebut. Lama Ammara menatap wajah cantik Darea yang berada di dalam gambar tersebut seakan terpesona dengan kecantikan Darea.

"Cantiknya." Gumam Ammara. Ammir mengintai sedikit gambar itu.

"Ceh! Bakal isteri aku lagi cantik." Ujar Ammir. Laju kepala Ammara menoleh memandang Ammir.

"Kau pun ada?!" Soal Ammara.

"Ye kak. Kau sorang je single mingle." Ujar Ammars selamba sebelum meletakkan tangannya di belakang kepala. Badan disandarkan ke kepala sofa. Ammara terdiam.

Dia seorang sahajalah yang single. Adik beradiknya yang lain sudah berpunya.

"Macam mana korang boleh laku eh? Aku yang cantik ni pun masih single." Keluh Ammara sambil memandang Ammars dan Ammir bersilih ganti.

"Tu la kau kak. Kau tak ingat ke kat sekolah dulu ramai minah-minah terjerit macam kena rasuk bila kitaorang langkah masuk ke sekolah? Dulu kitaorang dikenali sebagai King of Twin tau!" Ujar Ammir dengan bangganya. Ammara berfikir sejenak. Otak berperah untuk mengingati kembali kejadian itu namun tetap sahaja tidak dapat diingatinya.

"Ada eh? Aku tak ingat pun." Gumam Ammara sambil menatap atap. Masih lagi cuba untuk mengingatinya namun hanya sia-sia.

"Of course la kau tak ingat. Bukan kau tak ingat, kau tak tahu langsung. Kau dulu kan sekolah lain dari kitaorang." Ujar Ammars.

"Oh! Ye! Haahlah! Kau la ni, Mir. Aku tak tahu, boleh pula tanya aku ingat ke tak." Ujar Ammara seraya mencerlung tajam ke arah Ammir. Ammir tersengih seraya menggosok belakang kepalanya.

"Tapi kan, macam mana kalau girlfriend korang tertukar antara korang? Yelah, korang kan kembar. Karang nanti girlfriend Ammir ingat Ammars boyfriend dia atau girlfriend Ammars ingat Ammir boyfriend dia macam mana?" Soal Ammara. Ammars dan Ammir saling berpandangan.

"Aduh, kak. Senang je nak cam kitaorang. Sekarang aku nak tanya kau. Mana Ammars, mana Ammir?" Soal Ammars.

"Of course la aku tahu yang mana satu korang. Aku ni kan kakak korang. Yang tu Ammir, kau pula Ammars." Balas Ammara. Ammars sudah tersenyum senget.

"Ye, kak. Betul. Semua orang akan tahu yang mana aku, yang mana Ammir. Tengok kepada cara pemakaian kami." Ujar Ammars. Ammara memandang pemakaian Ammars lalu menoleh memandang pemakaian Ammir.

"Kenapa Ammir selalu pakai topi? Supaya orang dapat membezakan mana Ammir, mana aku. Kalau orang tu pakai topi dengan baju hoodie oversize, tu Ammir. Aku pula tak pakai topi." Jelas Ammars. Ammara menganggukkan kepalanya. Jadi itulah sebab mengapa semua orang dapat mengecam yang mana Ammir dan yang mana Ammars.

"Tapi sekali kitaorang pakai pemakaian yang sama, confirm tak ada siapa boleh cam yang mana satu kitaorang. Even kau pun tak boleh." Ujar Ammars. Ammara mendengus kasar seraya berdecit geram.

"Tapi kan, kak, aku tahu kenapa kau masih single." Perhatian Ammara berkalih kepada Ammir pula. Ammara mengerutkan dahinya.

"Kenapa?" Soal Ammara.

"Kau cantik je, kau popular, ramai lelaki suka kau, nak kat kau tapi kau tepis semuanya. Kau tolak semua lelaki lepas tu nak complain pula kenapa diri dia single padahal orang nak, dia yang pergi tolak." Ujar Ammir seraya memandang kakaknya atas bawah. Ammara mendengus geram seraya berpeluk tubuh.

"Aku tak sukalah lelaki-lelaki macam tu. Aku nak lelaki yang special sikit, hehehe." Ujar Ammara seraya ketawa terkekeh-kekeh. Ammir dan Ammars sudah saling berpandangan seraya mengerutkan dahi. Gilakah kakaknya yang satu itu?

"Lelaki special tu, lelaki macam mana?" Soal Ammars. Ammara mengetuk dagunya menggunakan jari telunjuknya. Berfikir.

"Hmmm...lelaki yang macam dalam novel tu!" Ujar Ammara teruja.

"Tak tahu novel yang mana. Banyak novel kau baca." Balas Ammars.

"Ala...yang mana-mana je!" Balas Ammara lalu menatap atap seraya tersenyum-senyum. Ammars dan Ammir hanya menggelengkan kepala mereka tatkala melihatkan kakak sulung mereka itu sudah masuk ke alam lain. Tak lain, tak bukan berangan. Berangan karakter fiksyen di dalam buku itu akan muncul dalam hidup seorang Ammara.














..................................................................

THE SAME GIRL (HIATUS)Where stories live. Discover now