AMMARS♡BELLA : 4

10 1 0
                                    

Darea terkaku di tempatnya. Matanya tidak terkelip daripada memandang tempat yang Ammars membawanya itu.

"Jom." Ajak Ammars tetapi Darea langsung tidak berganjak membuatkan Ammars kembali menghentikan langkahnya lalu berpusing menghadap Darea.

"Kenapa awak bawak saya ke sini?" Soal Darea.

"Awak yang suruh saya bawak awak ke mana-mana je jadi saya bawak awak ke sini." Jelas Ammars. Darea mengerling tempat itu sekilas sebelum kembali memandang Ammars.

"Jom. Saya jamin awak happy punya. Lupakan masalah awak tu." Sekali lagi Ammars mengajaknya. Darea menarik kemudian menghembus kembali nafasnya. Betul kata Ammars, dia perlu lupakan masalahnya itu.

"Okey! Jom!" Semangat Darea membuatkan Ammars tersenyum.

Ammars membawa Darea pergi ke arked. Bagi Darea, dia tidak biasa bermain permainan sebegitu memandangkan dia memang tidak pernah menjejakkan kakinya ke sini.

Namun malam ini, Ammars sendiri yang membawanya berjejak kaki disini. Boleh dikatakan hampir semua masalah yang berlaku terhadap Darea, Darea boleh melupakannya.

"Awak first time ke datang sini?" Soal Ammars sambil matanya ralit memerhatikan Darea yang sedang bermain suatu permainan. Darea kelihatan fokus.

"Ha'ah ni first time." Balas Darea. Ammars mengangguk.

"Yey! Awak! Saya menang! Awak nampak tak tadi?!" Teruja Darea. Ammars hanya tersenyum.

"Ye, saya nampak semuanya." Jawab Ammars. Makin melebar senyuman Darea.

Akhirnya mereka berdua meluangkan masa bersama di arked dengan mencuba pelbagai permainan. Darea kelihatan lebih ceria dan bahagia. Ammars sedar akan itu.

Ketika tiba di rumah, langsung Darea tidak mengendahkan jerkahan ibunya itu. Dalam fikiran hanyalah Ammars.

Dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya, Darea menaiki tangga tanpa mengendahkan suara lantang Puan Melina.

Terus Darea menghempaskan dirinya di atas katil empuk miliknya. Buat kesekian kalinya, Darea kembali teringat tentang Ammars. Lelaki itu antara salah satu manusia yang boleh membuatkan dia tersenyum.

Darea mengambil bantal empuknya lalu dipeluk erat kemudian ditekap pada wajahnya menutupi mukanya yang merona merah. Ya, dia sudah terjatuh cinta pada jejaka bernama Ammars Dareq. Tidak pernah lagi dia merasai bagaimana jatuh cinta yang sebenar namun sekarang dia faham. Inikah rasanya jatuh cinta?

Bantal empuknya kembali ditekap pada wajahnya. Dijerit puas-puas dalam tekapan bantal tersebut. Suaranya tenggelam dalam tekapan tersebut.





Darea kembali bekerja sebagai doktor seperti biasa setelah mengambil banyak masa untuk berehat. Hidup perlu diteruskan dan itulah apa yang Darea lakukan.

Sedangnya berjalan di laluan hospital, Darea terdengar seseorang memanggil kuat namanya. Terus kepalanya berpaling memandang seorang jururawat yang tercungap-cungap mengambil nafas.

"Doc, there's a patient who wants to see a doctor in treatment room number five." Ujar jururawat tersebut. Darea mengerutkan dahinya.

"Who?" Soal Darea. Ingin mengetahui pesakit mana yang mahu berjumpa dengannya.

"I don't know very well." Ujar jururawat tersebut.

"Nevermind. Thanks for telling me." Ucap Darea diikuti senyuman manisnya lalu berlalu meninggalkan jururawat tersebut. Menapak ke bilik rawatan yang dikatakan oleh jururawat tersebut.

THE SAME GIRL (HIATUS)Where stories live. Discover now