Selepas meluangkan masa seharian bekerja, Darea pulang ke rumahnya.
Apabila semakin hampir dengan rumahnya, Darea melihat Aaliyah berada di hadapan pintu rumahnya.
"Aaliyah?" Tegur Darea. Terus Aaliyah berpaling memandang Darea dengan senyuman. Darea terkejut melihat kedatangan Aaliyah dari Malaysia ke sini.
"Ara!" Terus Aaliyah berlari lalu memeluk erat tubuh sahabatnya itu. Akhirnya mereka bersua jua setelah berpisah bertahun-tahun. Darea membalas pelukan Aaliyah. Sungguh dia tidak sangka sahabatnya itu akan datang ke sini mencarinya.
"Aaliyah! Ya Allah! Kau buat apa datang sini?" Tentulah itu soalan pertama yang disoal oleh Darea. Aaliyah tersengih seraya membuat muka tidak bersalah.
"Nak jumpa kau."
"Huh?"
"Ada benda aku nak cakap." Suara Aaliyah tadinya ceria, mula bertukar serius membuatkan Darea tertanya-tanya seraya meneguk liurnya yang tiba-tiba terasa kesat.
"So, how's life?" Soal Aaliyah. Darea tersenyum tipis.
"Biasalah. Dalam pekerjaan kadang-kadang ada juga dugaannya. So, I think normal." Jawab Darea. Benar. Dalam kehidupan seseorang pasti ada dugaannya. Bohonglah jika seseorang berkata hidupnya itu baik-baik sahaja.
Semua orang akan mendapat dugaan dan juga kebahagiaan. Jika kebahagian itu tidak kunjung datang, mungkin belum masanya lagi.
Kita perlu bersabar menghadapi dugaan dan menunggu kebahagiaan. Sesungguhnya Allah menjanjikan ganjaran syurga yang abadi kepada mereka yang bersabar.
Aaliyah hanya mengangguk-angguk. Matanya kembali memandang serius pada Darea.
"Aku harap kau tak terkejut sangat bila aku cakap benda ni." Ujar Aaliyah serius. Darea sudah berkerut seribu. Makin besar tanda tanya yang muncul dalam diri seorang Darea.
Aaliyah menarik kemudian menghembus kembali nafasnya. Perkara ini jika berlaku pada dirinya, bagi dia, tidaklah besar mana kerana Aaliyah sudah biasa berhadapan dengan perkara sebegitu namun jika berlaku pada Darea, Aaliyah pasti tidak boleh duduk diam lagi. Darea layak mendapatkan kehidupan yang normal. Tidak seperti Aaliyah, disebalik menjadi seorang guru, dia ada kerja 'kedua' nya.
"Kau...."
"Kau?" Darea sudah tidak sabar lagi ingin mengetahui kerana pasti hal itu adalah hal yang besar sehingga sahabatnya yang satu ini sanggup terbang berjam-jam ke New York dari Malaysia.
"Kau jadi target bunuh seseorang." Makin berkerut dahi Darea mendengarkan itu. Adakah sahabatnya itu bergurau? Kerana Aaliyah memang seorang yang suka bergurau. Namun ia tidak nampak langsung seperti gurauan sehingga gadis itu sanggup datang jauh ke sini.
"Target bunuh? Aku?" Soal Darea masih lagi tidak faham. Aaliyah mengangguk. Kelihatan Darea masih lagi menghadam apa yang baru diketahuinya.
"Serius lah? Kau tak main-main kan?" Soal Darea inginkan kepastian.
"Ye, Ara. Walaupun aku seorang yang suka bermain-main tapi sekarang aku tak main-main. Apa yang aku cakap tu betul. Ada seseorang nak bunuh kau." Jelas Aaliyah.
"Ingat kotak hadiah warna pink yang kau dapat tu? Yang ada tikus mati lepas tu banyak darah dalam kotak tu, ingat?" Soal Aaliyah.
"Oh! Ye! Yang tu! Haah! Pastu aku buang je! Busuk rumah aku dengan bau bangkai tu." Aaliyah mengangguk mendengarkan kata-kata Darea.
"Oh! Ada kena mengena ke?" Soal Darea. Sekali lagi, Aaliyah mengangguk.
"Orang yang hantar kotak tu lah orang yang nak bunuh kau." Jelas Aaliyah. Darea tergamam. Mengapa ada seseorang mahu membunuh dia? Apa salah dia?
YOU ARE READING
THE SAME GIRL (HIATUS)
RandomNEVAEH DAREA ARABELLA × AMMARS DAREQ Seorang gadis yang terlalu cintakan dunia sehingga terlupa akan agamanya. Tanpa sedar, dia sudah jauh dari Tuhan. Juga seorang doktor di New York yang tidak pernah gagal menyelamatkan nyawa pesakit. Namun suatu k...