Sebuah parti diadakan di rumah Vincent iaitu teman lelaki Darea. Pada mulanya, Darea menolak kerana terlalu letih dan malas. Mana taknya jika dia berada di dalam bilik pembedahan berjam-jam. Namun Vincent dan Emily iaitu sahabat baik Darea tetap memaksanya keras-keras. Tiada pilihan lain, dia datang jua akhirnya. Sudah dipaksa, mahu berbuat bagaimana lagi?
Darea berjalan mendekati kolam renang di rumah Vincent. Darea memutuskan untuk keluar kerana di dalam rumah sangat bising dengan pelbagai lagu dimainkan. Dia sudah naik muak. Dia tidak suka akan keadaan bising di dalam rumah tersebut.
Di luar rumah, tiada orang jadi tenanglah sedikit suasana di luar rumah. Ya, dia suka akan ketenangan. Dia suka akan tempat yang membuatkan dirinya tenang tanpa memikirkan masalah yang menimpa.
Sedangnya melayan perasaan sendiri, Darea terdengar suara Emily melaung namanya. Menyuruhnya untuk masuk ke dalam rumah semula. Mahu, tak mahu, dia akur juga.
Ketika sedang melangkah mendekati pintu gelangsar, entah di mana silapnya, dia tersadung menyebabkan dia terjatuh di atas pasu bunga besar yang berdekatan dengannya dan tanpa sengaja, dia terlanggar pasu bunga yang berganda lebih besar lalu pasu bunga itu jatuh di atasnya dan kemudiannya dunianya menjadi gelap.
Kepalanya terasa sakit. Matanya hampir sahaja terbuka namun dipejam kembali apabila sinaran matahari menyilaukan pandangannya. Dengan mata kuyunya, dia terbuka jua sedikit matanya.
Rongga hidungnya mencium bau yang tidak asing lagi baginya. Bau hospital. Ya, dia memang berada di hospital tetapi mengapa pula dia yang berbaring di atas katil pesakit dan memakai pakaian pesakit? Dia adalah doktor bukan pesakit.
Kebetulan seorang doktor lelaki sedang berjalan ke arahnya sambil membelek-belek kertas di tangannya. Terus membulat mata doktor lelaki tersebut tatkala melihat Darea sudah menyedarkan diri. Cepat-cepat dia meluru ke arah Darea untuk memeriksa keadaan Darea.
"Errr...doctor. What am I doing here? Why am I wearing a patient gown? I'm a doctor." Soal Darea pelik.
"You have woken up from the coma. You were in a coma for 2 years and 3 months. Your injury 2 years ago wasn't that bad but it left you in a coma. You can go back but I don't encourage you to go back to work as usual. For a few days, you rest first." Jelas doktor lelaki itu panjang.
Zap!
Bagaikan dihiris pisau yang tajam apabila mendengar kata-kata doktor lelaki tersebut. Dia koma selama 2 tahun 3 bulan. 2 tahun 3 bulan itu seolah-olah disia-siakan. Dia hilang kehidupannya selama 2 tahun 3 bulan.
Darea mula terkena serangan panik. Dadanya terasa sesak untuk bernafas dengan baik. Nafasnya seakan-akan hilang. Doktor lelaki yang melihat itu langsung menenangkan Darea. Salah dia juga kerana terus berkata begitu pada Darea menyebabkan Darea menghadapi serangan panik.
"Phone. Phone! I need my phone right now!" Bergema suara Darea di dalam ruangan tersebut.
"Mummy? Mummy!" Laung Darea setelah ibunya, Puan Milena mengangkat panggilan video.
"Darea sayang dah bangun?!" Jelas kelihatan wajah Puan Milena yang terkejut melihat muka Darea terpapar di skrin telefonnya.
"Mummy..."
"Darea jangan pergi mana-mana lagi tau. Mummy dengan daddy akan datang as soon as possible." Ujar Puan Melina tegas. Manakala Darea hanya mengangguk kecil sebelum panggilan video ditamatkan. Darea mengeluh seketika.
"Sorry mummy but I want to go to somewhere." Gumam Darea seraya menyelak selimut yang menutupi badannya lalu bingkas bangun.
YOU ARE READING
THE SAME GIRL (HIATUS)
De TodoNEVAEH DAREA ARABELLA × AMMARS DAREQ Seorang gadis yang terlalu cintakan dunia sehingga terlupa akan agamanya. Tanpa sedar, dia sudah jauh dari Tuhan. Juga seorang doktor di New York yang tidak pernah gagal menyelamatkan nyawa pesakit. Namun suatu k...