"We, jom pergi bookstore. Aku dah lama tak pergi. Nak cari buku barulah." Ajak Darea. Aaliyah mengangguk.
"Rasa-rasanya ada tak buku melayu? Aku tak bacalah buku english ni." Soal Aaliyah.
"Aku rasa mana ada buku melayu kat sini. Yang ada bahasa inggeris semua." Ujar Darea. Terus masam mencuka muka Aaliyah.
"Berapa buku kau beli?" Soal Aaliyah seraya mereka berdua berjalan di dalam pusat beli belah itu. Darea menilik sebentar buku-buku yang berada di dalam plastik di gengaman tangannya.
"Emmm 4." Jawab Darea. Keempat-empat buku tu semua tebal-tebal belaka. Aaliyah menganggukkan kepalanya lalu menilik sebentar sebuah buku di dalam plastik di genggamannya. Dia hanya membeli satu buah buku sahaja memandangkan dia tidak membaca buku dalam bahasa inggeris namun beli sahajalah. Satu pun sudah cukup.
"Kata tak minat buku dalam bahasa inggeris tapi beli juga." Sengaja Darea berkata begitu. Aaliyah mengerling sekilas Darea di sebelahnya.
"Ye, tahulah tapi dah ada kat bookstore kan? Beli satu jelah." Aaliyah cuba mencari alasan.
"Hmm ye la tu."
"Nak pergi mana lagi? Makan ah?" Soal Aaliyah. Dia hanya ikut sahaja di mana gadis itu ingin pergi.
"Tak nak. Tak lapar lagi." Ujar Darea. Aaliyah mengangguk.
"Dah tu nak pergi mana?" Soal Aaliyah.
"Entah." Jawab Darea seraya mengangkat kedua belah bahunya. Aaliyah mengeluh.
"Jom ah kita makan. Kita tak makan lagi dari tadi dok terperap dalam bookstore tu." Ajak Aaliyah. Perutnya tika ini berasa kosong.
"Tak nak. Aku tak lapar lagi." Darea tetap menolak. Aaliyah mengeluh.
"Kalau macam tu jom kita minum." Ajak Aaliyah. Terus bersinar wajah Darea.
"Ha! Itu aku setuju! Tekak aku pun dah kering ni." Ujar Darea. Aaliyah tersenyum segaris.
"We, mana kedai yang halal eh?" Soal Aaliyah. Susah juga mahu mencari kedai yang halal di kota ini.
"Jap eh. Emmm ha! Dah jumpa! Jom." Darea menarik tangan Aaliyah. Aaliyah hanya menurut.
Mereka berdua memasuki sebuah kafe. Masuk sahaja ke dalam kafe tersebut, terus tajam anak mata Aaliyah memerhati setiap sudut kafe tersebut. Entahlah, dia rasa seperti ada seseorang yang sedang memerhati mereka berdua. Dari awal lagi dia merasakan seperti itu.
Darea menarik tangan Aaliyah untuk mengoder minuman. Aaliyah hanya menurut sambil matanya masih lagi tajam memerhati dalaman kafe tersebut.
Tiba-tiba mata Aaliyah bertemu dengan satu pasang mata yang tajam memerhati mereka berdua. Aaliyah sedikit tersentak. Mereka saling membalas renungan.
Aaliyah menjeling sekilas lelaki tersebut sebelum dia membuang pandangan kepada Darea.
"Ara." Panggil Aaliyah. Langsung Darea menoleh memandang Aaliyah. Muka Aaliyah tampak serius namun sehabis baik gadis itu cuba untuk memaniskan wajahnya.
"Jap lagi kita balik." Ujar Aaliyah. Darea memandang pelik pada Aaliyah.
"Nak balik dah ke? Awalnya." Ujar Darea. Pelik. Aaliyah hanya mengangguk.
"Kita balik kejap lagi." Darea hanya menganggukkan kepalanya.
"Jap, tunggu air kita sampai." Ujar Darea. Aaliyah menganggukkan kepalanya. Sesekali matanya mengerling sekilas ke arah lelaki yang masih lagi setia tajam memerhati mereka berdua.
"K jom." Ajak Darea tika minuman mereka sudah sampai. Aaliyah menyambut huluran minuman dari Darea.
Aaliyah mengerling lelaki tersebut dari ekor matanya ketika mereka sedang keluar dari kafe tersebut.
YOU ARE READING
THE SAME GIRL (HIATUS)
De TodoNEVAEH DAREA ARABELLA × AMMARS DAREQ Seorang gadis yang terlalu cintakan dunia sehingga terlupa akan agamanya. Tanpa sedar, dia sudah jauh dari Tuhan. Juga seorang doktor di New York yang tidak pernah gagal menyelamatkan nyawa pesakit. Namun suatu k...