Dari jauh lagi Dara perasan seorang perempuan yang tampak seperti mengandung duduk ditepi jalan. Dia mula merasa simpati kepada gadis itu. Dia berjalan mendekati gadis itu
"Assalamualaikum err.." dia terdiam seketika. Masih terfikir hendak memanggil gadis itu dengan gelaran 'akak' atau 'adik'. Lama dia memikirkan sebelum kembali bersuara "..akak. Apa akak buat dekat sini?" Tanya Dara. Gadis yang duduk sambil memejamkan matanya itu terus menoleh seraya mencelikkan matanya memandang kearah Dara.
"Kau siapa?" Tanya gadis itu. Dara tersenyum nipis lalu membalas "Saya Dara Adelia. Akak pulak?" Seraya menghulurkan tangannya. Huluran itu disambut. "Hasya Zeina" Dara tersenyum nipis. "Sedap nama. Akak mengandung ke?" Perlahan lahan Zeina mengangguk.
"Takde tempat tinggal?" Zeina mengangguk "Jom ikut saya" ajak Dara sambil menarik tangan Zeina. "Ikut Adel pergi mana?" Soal Zeina. Tersenyum lebar Dara mendengar nama panggilan untuknya yang disebut oleh Zeina tadi. Adel.
"Balik rumah Adel. Jom" Zeina hanya akur lalu mengikuti langkah Dara. Hampir 10 minit berjalan akhirnya sampai disatu rumah teres dua tingkat milik Dara.
"Rumah Adel?" Laju Dara mengangguk. "Tinggal seorang?" Dara mengangguk lagi. "Sebab tu Adel ajak akak tinggal sini" Zeina mengangguk faham
"Dah jom masuk" Zeina mengangguk sebelum mengikuti langkah Dara masuk kedalam rumah.
"Xayden dah habis mengaji?" Xayden mengangguk mengiyakan pertanyaan daripada Puan Nadhirah itu. "Makngah"
"Yerr" sahut Puan Nadhirah laju. Matanya tepat memandang wajah Xayden. "Den rasa tenang sangat bila tunaikan solat" luah Xayden
"Iyee? Alhamdulillah" ucap Puan Nadhirah. Dia bangga dengan perubahan anak buahnya ini. Dia tidak tahu sebab apa anak buahnya tiba tiba berubah tapi apapun dia tetap bersyukur
"Terima kasih makngah" ucap Xayden sambil tersenyum. "Apa pulak makngah? Kamu yang ubah diri kamu sendiri sampai jadi macam sekarang" balas Puan Nadhirah
"Kalau makngah tak tolong ajar pasal agama, Den takkan berubah sampai macam ni" Puan Nadhirah tersenyum mendengar balasan itu.
"Makngah nak jadi pendengar Den tak?" Soal Xayden. "Kenapa? Den nak luahkan apa apa ke?" Soalan dibalas soalan. Perlahan lahan Xayden mengangguk.
"Dulu... waktu Den jahil, Den pernah kena tangkap basah dengan seorang perempuan ni. Dia cantik sangat.." beritahu Xayden sambil tersenyum nipis.
"Mana dia sekarang?" Soal Puan Nadhirah apabila Xayden memberhentikan ayatnya. "Tapi sayangnya Den baru tau dia atheist. Then kitaorang terpaksa berpisah. Den dah usaha untuk lupakan dia tapi tak boleh" seraya menunduk.
"Den.." perlahan lahan Xayden mengangkat kepalanya. "Usaha ni seumpama kita tanam pokok. Lambat macam mana sekalipun kalau kita hari hari siram InsyaAllah akan tumbuh satu pokok yang cantik. Macam tu jugak usaha. Lambat macam mana sekalipun kalau kita usaha, mintak pada Allah InsyaAllah akan berjaya jugak suatu hari nanti"
"Jadi disini makngah nak pesan yang Den jangan pernah putus asa atau orang putih kata 'never give up' dalam sesuatu yang kita usahakan. Setiap usaha pasti ada hasilnya. Kalau betul dia bukan milik Den, usaha lupakan dia. Jangan bayangkan dia. Takut jadi zina" ujar Puan Nadhirah
Xayden sekadar tersenyum. "Terima kasih Makngah" Puan Nadhirah tersenyum seraya mengangguk lalu melangkah keluar dari ruang solat itu.
SEMINGGU berlalu. Banyak perubahan didalam hidup seorang Hasya Zeina. Dia dah mula pandai urusankan rumah. Dia belajar sikit sikit daripada Dara. Zeina yang telah habis memasak dan menghidang makanan, dia melangkah kebilik tidur Dara untuk panggil gadis itu makan
Sambil berjalan, dia terdengar suara merdu seseorang melantunkan ayat Al Quran. Suara itu terlalu merdu sehingga Zeina turut menghayatinya.
Dia perasan pintu bilik Dara terbuka sedikit. Dia menyuakan kepala sedikit untuk melihat Dara. Dara sedang membaca Al Quran. Zeina sekadar mendengar. Dia menghayati.
"Sadaqallahua'zim" Dara menutup kitab itu lalu dia berpaling kearah pintu. Terkejut dia dibuatnya. "Hasya buat apa dekat situ?" Tanya Dara. Dia panggil Zeina dengan nama 'hasya' kerana Zeina tidak membenarkannya panggil Zeina dengan gelaran 'akak'.
Perempuan kan cerewet.
"Saja dengar Adel mengaji. Merdulah bacaan" puji Zeina seraya berjalan mendekati Dara. Duduk dilabuhkan didepan Dara. "Alhamdulillah. Terima kasih. Ouh tadi Adel baca dengan Tarannum" beritahu Dara sambil tersenyum
"Tarannum? Siapa tu?" Berkerut dahi Zeina. "Sorry Adel lupa Hasya atheist. HAHA Tarannum ni bukan oranglah. Tarannum ni ialah memperbaiki dan mengindahkan suara si pembaca melalui proses nada, rentak dan irama yang tertentu. Ia juga dikenali sebagai lagu ketika membaca Al Quran. Selain daripada membaca Al Quran dengan tajwid dan sebutan yang betul, umat Islam juga dialu-alukan untuk mengalunkan suara dengan bertarannum kerana ia dapat membuatkan si pembaca lebih menghayati dan mendalami keindahan ayat suci Al Quran" terang Dara. Zeina sekadar mengangguk faham.
"Tarannum ni ada enam jenis. Yang pertama bayati, Tarannum bayati ni mempunyai kelembutan yang tersendiri walaupun pada asalnya dibaca dengan sedikit nada ketegasan" Zeina mendengar dengan teliti. Seronok pula dapat belajar ilmu baru.
"Yang kedua, Nahawand. Tarannum Nahawand ni pulak memiliki lenggok bacaannya yang tersendiri. Alunannya ringan dan bersahaja, tidak memaksa tetapi masih mampu memikat jiwa. Yang ketiga, Hijaz. Alunan tarannum ini pulak agak tegas dan menekan berbanding tarannum yang lain. Tarannum Hijaz ini sesuai digunakan untuk ayat-ayat Al Quran yang mempunyai unsur berdoa, perintah, memberi amaran ataupun marah. Kerana nada ketegasan yang terdapat di dalam tarannum ini mampu menyampaikan mesej dengan lebih baik dan memberi gambaran serta idea bahawasanya ayat itu membawa makna yang serius, tegas dan memerlukan perhatian"
"Lagi lagi?" Teruja Zeina ingin mengetahui pasal Tarannum ini. Dara tersenyum.
"Tarannum yang keempat pulak, Rast namanya. Tarannum ini dibaca dengan unsur getaran yang tidak melampau tetapi mencukupi, namun masih ada penekanan pada huruf-huruf tertentu. Lepastu yang kelima, tarannum Sikah. Alunan yang dibawa oleh tarannum Sikah ini jika diamati dengan penuh rasa, mampu membuatkan bulu roma si pendengar naik kerana alunannya ringan, tetapi padat dengan ketegasan. Ianya sesuai digunakan untuk ayat yang memberi peringatan dan nasihat."
"Yang terakhir. Tarannum Jiharkah. Tarannum ini membawa alunan yang mampu meruntun jiwa pembaca dan pendengar, sekaligus menjadikan bacaan lebih dihayati. Oleh sebab itu lah ayat Al Quran yang meminta pengampunan sesuai menggunakan tarannum ini" jelas Dara bersungguh sungguh.
"Waa bestnya. Tarannum mana yang Adel baca tadi? Merdulah" tanya Zeina ingin tahu. "Adel baca tarannum Nahawand" balas Dara.
"Eh dahlah. Kenapa Hasya datang sini?"
"Hasya nak panggil Adel makan tengahari je. Jom" Dara mengangguk lalu bangun dari duduknya untuk membuka telekung. Dia mengantung telekung dan sejadah dibantui oleh Zeina. Lalu mereka melangkah turun kebawah
"Usaha ni seumpama kita tanam pokok. Lambat macam mana sekalipun, kalau kita hari hari siram InsyaAllah akan tumbuh satu pokok yang cantik. Macam tu juga usaha. Lambat macam mana sekalipun, kalau kita usaha, minta pada Allah InsyaAllah akan berjaya juga suatu hari nanti"
Yg tarannum tu Qis search Google je. Nak bgi korng fhm
YOU ARE READING
𝐗𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐙𝐄𝐈𝐍𝐀 | 𝐂
Romance•𝒮ℯ𝓇𝒾ℯ𝓈 𝓁 • ᵖʳᵉᵠᵘᵉˡ ᵖʳⁱⁿᶜᵉˢˢ ⁿᵃᶠⁱˢᵃ xᴀʏᴅᴇɴ ᴡɪʟᴅᴀɴ × ʜᴀsʏᴀ ᴢᴇɪɴᴀ Akibat dendam seseorang, Xayden dan Zeina mula menjalinkan hubungan tanpa mereka sendiri mahu. Perkahwinan tersebut berawal dengan perasaan tidak suka lalu akhirnya timbul perasaa...