Bab 36

255 15 0
                                    

"Kau larat lagi tak nak jalan?" Soal Williams kepada Puteri Khayyreen. "Lar-" belum sempat ayat itu dihabiskan, ada satu bunyi memotongnya. "Tuan Puteri!" Puteri Khayyreen yang mendengar itu terus menaik tangan Williams ke semak samun untuk bersembunyi.

Williams berkerut dahi. "Tuan Puteri? Siapa?" Soal Williams. "Kau-" Puteri Khayyreen meletakkan jarinya dibibir lelaki itu menyuruhnya diam.

5minit dalam keadaan begitu, akhirnya suara yang memanggilnya itu hilang. Puteri Khayyreen menoleh memandang Williams disebelahnya. "Siapa diorang?"

"Diorang nak cari saya lah tu," balas Puteri Khayyreen perlahan. Williams mengangguk faham. Dia sudah faham sekarang. "Kau lah Tuan Puteri yang diorang maksudkan tu?" Puteri Khayyreen terdiam. Upss terkantoi.

"Pergi jelah dekat diorang," laju Puteri Khayyreen menggeleng. "Saya taknak berjauhan dari awak," balasan itu membuatkan Williams kemam bibir menahan senyumannya daripada makin melebar. "Err kau pergilah masuk rumah dulu," Puteri Khayyreen hanya akur sebelum bangun dari duduknya dan melangkah menuju ke rumah usang milik Williams.

Williams keluar dari semak itu sebelum melangkah mencari kelibat anggota polis yang datang untuk mencari Puteri Khayyreen itu. Yes dia dah jumpa.

Dia berlari kearah polis polis itu. "Korang cari Puteri Khayyreen Innaraa kan?"

MALAM menjelang dan jam sudah menunjukkan pukul 11 malam jadi Puteri Khayyreen telahpun tidur. Perlahan lahan Williams melangkah masuk kedalam bilik tidur Puteri Khayyreen. Dia melangkah mendekati gadis itu.

Dia berdiri ditepi katil sambil meneliti wajah cantik milik Puteri Khayyreen itu. "Maafkan aku, Naraa. Aku pun taknak berjauhan dengan kau tapi kau bukan milik aku, kau milik keluarga kau. Aku janji aku akan muncul sekali lagi dalam hidup kau dengan versi yang kau tidak pernah jangka," ujar Williams perlahan sebelum bertindak untuk mendukung tubuh gadis itu.

Kaki dibawa keluar dari rumah itu sebelum meletakkan tubuh Puteri Khayyreen didalam kereta polis. Pintu kereta ditutup.

Lama Williams menatap kereta polis itu sehinggalah hilang dari pandangannya. "See you again, pretty," ujar Williams perlahan. Air mata yang mengalir itu diusap. Dia kembali masuk kedalam rumah usang itu sebelum mula mengemas barangnya.

"TAK sangka kita kena tipu," ujar Auroura. Dia sudah tahu semuanya. "Sayang je abang tak," balas Xayden selamba. Auroura menjeling suaminya itu.

"Tapi bila cakap pasal kes Cassandra tu kan, buatkan Aura teringat dekat kita dulu. Aura buat apa yang Cassandra buat sebab taknak tukar agama. Kami berlakon yang kami sememangnya Islam sebab taknak masuk Islam," Xayden mengangguk. Betul lah tu.

"By the way sayang, mana Dara? Dah lama tak nampak dia," soal Xayden ingin tahu. Kesian juga dia tengok sahabatnya sampai tak tidur malam disebabkan mencari Dara.

"Entahlah abang, Aura pun taktau," balas Auroura. Sungguh dia juga tidak tahu kemana perginya sahabatnya itu. "Hm abang kesianlah tengok Yat, dia bersungguh sungguh nak cari Dara," Auroura mengangguk. Dia turut kasihan melihat sahabat suaminya itu.

Tok! Tok!

Serentak mereka menoleh kearah pintu sebelum Xayden memberi keizinan untuk orang yang mengetuk pintu itu masuk. "Raja, Permaisuri, kita dah jumpa Tuan Puteri,"

"REEN tak happy ke jumpa kitaorang?" Soal Puan Salsabella. Riak wajah Puteri Khayyreen tampak sangat berbeza berbanding selalu.

"Eh mana ada, Reen happy je," balas Puteri Khayyreen. Puan Salsabella hanya mengangguk faham. Xayden dan Auroura sekadar melihat.

"Aduh," laju mereka menoleh memandang kearah Puan Salsabella apabila mendengar Puan Salsabella menyerang kesakitan. Hayyat yang baru pulang itupun tidak terkecuali.

"Bonda okay?" Soal Xayden seraya bangun dari duduknya. Lalu melangkah mendekati ibunya. Puan Salsabella tidak membalas malah hanya mendiamkan diri sambil tangan kanannya memegang kepala dan tangan kiri memegang dadanya.

Dengan tangan menggigil, Puan Salsabella mencapai tangan Xayden lalu digenggam kuat. Meminjam kekuatan. "Permaisuri okay tak ni?" Soal Fateen dan Farhana serentak. Mereka masih memanggil Puan Salsabella dengan panggilan 'permaisuri' kerana mereka sudah terbiasa.

Tanpa sempat beliau menjawab, beliau sudah tumbang keatas lantai. "BONDA!"




























Arghh takdk idea lah

𝐗𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐙𝐄𝐈𝐍𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now