Lepas saja solat subuh berjemaah bersama Hayyat, Xayden melabuhkan diri diatas meja yang terletaknya komputer riba miliknya. Dia membuka komputer itu sebelum memasuki aplikasi google. Ruang search ditekan.
Biodata Auraqyrna
Dengan telitinya Xayden membaca biodata Auroura. Entah kenapa tiba tiba dia rasa ingin mencari biodata gadis berpurdah itu.
Auroura Qayreena Binti Abdullah
21 Tahun
Mualaf
Mata terpandang kearah perkataan terakhir itu. Mualaf? Dia kembali keruang search lalu menaip.
Siapakah nama Auroura Qayreena sebelum mualaf?
Xayden mengeluh panjang apabila cariannya tidak ditemui. "Aku nak tau nama dia sebelum mualaf je," ujarnya perlahan. "Amboi kau, betul betul nak ambik tau eh," Xayden menoleh kearah suara itu. Siapa lagi kalau bukan Hayyat Iskandar.
"Aku syak dia Zeina tapi kenapa dia kata tak?" Soal Xayden. "Maybe betul dia bukan Zeina," balas Hayyat seraya melabuhkan diri bersebelahan dengan Xayden. Xayden mengeluh sekali lagi sebelum menutup komputer ribanya.
"Aku nak cari Zeina balik. Jujur aku kata aku tak boleh lupakan dia lagi," luah Xayden. Matanya memandang wajah Hayyat. Hayyat menepuk bahu Xayden lalu membalas "kalau kau dengan dia jodoh, korang akan kahwin jugak"
Xayden mengeluh panjang.
AUROURA berjalan mencari kelibat Dara dan anaknya. Matanya tertumpu kearah dapur. Ada Dara dan anaknya disana. Dia melangkah kesitu. "Adel," panggilnya. Dara menoleh kearah suara itu lalu menghadiahkan senyuman manisnya kepada Auroura.
"Qay nak cakap sikit ni," ujar Auroura. Dara mengangguk lalu meninggalkan Chameliyya yang sedang makan itu sebelum melangkah kearah Auroura. Dara mengangkat kening menanda 'apa'.
"Mulai esok, Qay hantar Meliyya ke taska tau," beritahu Auroura. "Kenapa pulak?" Soal Dara. "Err Qay nak mintak tolong Adel uruskan butik Qay. Qay tak cukup pekerja. Malas nak ambik pekerja baru, takut kes lama berulang," Dara mengangguk faham lalu kembali bersuara "dah tanya Meliyya ke dia nak ke tak?"
"Meliyya okay jer," Dara mengangguk lagi.
"ADEL, Qay keluar jap. Meliyya duduk diam diam, jangan kacau untie Del dan untie Fateen okay," Chameliyya sekadar mengangguk mendengar arahan mamanya itu. Auroura melangkah keluar dari butik baju muslimah miliknya lalu kaki dibawa menuju ke kereta.
"Auroura," langkah Auroura mendadak mati apabila namanya diseru. Dia menoleh kebelakang. "Ni cincin kau kan?" Soal Xayden sambil menunjuk cincin yang ditemuinya sewaktu dia menolong Auroura tempoh hari. Auroura mengecilkan matanya memandang cincin itu sebelum mengangguk.
Dia membuka tangan lalu Xayden meletakkan cincin itu ditangan Auroura. Setelah itu, Auroura menyarungkan cincin itu dijari tengah tangan kanannya. Xayden terperasan sebentuk cincin yang berada dijari manis milik Auroura. Dia mengecilkan matanya mengecam cincin itu.
Sesuatu menganggu fikirannya. Dia terimbas sesuatu
"Zeina, oo Zeina. Kau dekat mana oi," jerit Xayden mencari kelibat isterinya. Dia ada sesuatu hendak ditunjukkan kepada isterinya. "Saya dekat dapur!"dengan pantasnya Xayden melangkah kedapur untuk bertemu dengan Zeina.
Isterinya yang sedang mengunyah didapur menyapa pandangan. Dia mendekati Zeina. "Kenapa abang cari saya? Sayang saya ni rindu ke?" Usik Zeina membuatkan muka Xayden berona kemerahan. Xayden berpaling kearah lain untuk menyembungikan wajah merahnya itu. Zeina tertawa kecil melihat itu.
"Kenapa awak?" Soal Zeina sekali lagi. Xayden menoleh kearah isterinya semula. Dia menghulurkan satu beg kertas kepada isterinya. Zeina menyambut lalu membuka beg itu. Kotak baldu berwarna merah menyapa pandangannya. Dia berkerut dahi. Kepala didongakkan memandang suaminya yang sedang berdiri itu. Meminta jawapan untuk persoalan yang bermain dimindanya sekarang.
"Anggap je tu cincin perkahwinan kita," Zeina kembali memandang beg itu. Kotak baldu itu dibawa keluar lalu dibuka. Tangan Zeina naik menutup mulut. Terkejut. Cantiknya cincin itu. "Mana awak beli. Cantiknya," dia tersenyum suka.
"Kau suka?" Laju Zeina mengangguk mengiyakan pertanyaan itu. "Mestilah suka. Cantik kut. Aww terima kasih abang," ucapnya lalu memeluk tubuh kekar suaminya. Tersentak Xayden dengan tindakan isterinya itu namun seminit kemudian dia membalas pelukan itu.
"Abang pakaikan boleh?" Sambil menghulurkan tangannya. Xayden tersenyum lalu mengganguk. Dia mengambil cincin itu sebelum disarungkan dijari manis milik Zeina. "Lagi sekali, terima kasih abang,"
"Sama sama, isteri abang," balasnya, perlahan.
"Awak," panggil Auroura buat kali ketiga. Dengan lajunya Xayden menoleh. "Ha apa?" Soal Xayden. "Saya ucap terima kasih."
"Ou sama sama. By the way..." Auroura hanya diam menanti sambungan ayat itu. "Betul ke kau bukan Zeina?" Soalan daripada Xayden itu dijawab dengan anggukkan. "Betul lah, kenapa?" Soal Auroura kembali. Xayden menggelengkan kepalanya lalu melangkah pergi dari situ. Mungkin memang betul Auroura bukan Zeina.
Auroura mengerutkan dahinya sebelum matanya turun memandang tangan kanannya. Cincin dijari manis ditatap rindu. "Sebab ni ke dia tanya soalan tu? Perlu ke aku muncul semula dalam hidupnya? Nampak macam dia bersungguh sungguh nakkan Zeina, tapi.. Zeina dah lama hilang," ujar Auroura perlahan. Hanya dia saja yang mendengarnya.
Bibir Auroura menguntum senyuman nipis sebelum kembali melangkah ke keretanya.
"Berceritalah kepada Allah, Dia memang tidak memeluk ragamu, tetapi Dia menenangkan apa yang ada di dalam hatimu."
YOU ARE READING
𝐗𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐙𝐄𝐈𝐍𝐀 | 𝐂
Romance•𝒮ℯ𝓇𝒾ℯ𝓈 𝓁 • ᵖʳᵉᵠᵘᵉˡ ᵖʳⁱⁿᶜᵉˢˢ ⁿᵃᶠⁱˢᵃ xᴀʏᴅᴇɴ ᴡɪʟᴅᴀɴ × ʜᴀsʏᴀ ᴢᴇɪɴᴀ Akibat dendam seseorang, Xayden dan Zeina mula menjalinkan hubungan tanpa mereka sendiri mahu. Perkahwinan tersebut berawal dengan perasaan tidak suka lalu akhirnya timbul perasaa...