Xayden kehulur kehilir dikoridor hospital itu. Didepannya sekarang ada lima buah wad yang menempatkan Raja Darisy, Permaisuri Salsabella, Fendy, Auroura dan anaknya iaitu Chameliyya.
Puteri Khayyreen? Sejak kemalangan tadi, mereka tidak lagi nampak kelibat gadis itu.
Perkara ini berlaku dengan sangat pantas. Xayden tidak sempat menyelamatkan nyawa sesiapapun. Dia kecewa dengan diri sendiri. Dia melabuhkan diri dikerusi menunggu sebelum meraup wajahnya.
"Putera Mahkota Xayden Wildan?" Panggil seseorang membuatkan Xayden mengangkat kepalanya. Wajah berseri Puan Nadhirah menyapa mata. "Makngah.." sahut Xayden sambil mendekati kelibat itu. Sungguh dia rindu dengan penjaganya itu.
"Den.."
"Makngah!" Lalu Xayden berlari sebelum memeluk tubuh Puan Nadhirah. Xayden tergamam seketika sebelum menjatuhkan tangannya kebawah. Kelibat Puan Nadhirah tadi telah hilang.
"Makngah," Xayden jatuh terduduk dilantai hospital itu. Dia meraup wajahnya sebelum menangis sepuasnya. Kenapa? Kenapa semua ini harus berlaku pada hari yang sama? Dia tidak kuat, Ya Allah.
DANI duduk disofa ruang tamu rumahnya sambil menonton televisyen. Senyuman sinis turut terukir elok dibibir lelaki itu. Ditelevisyen menayangkan berita tentang kejadian yang berlaku pada keluarga diraja negara Vendoria.
Sekarang Dani sudah berada diMalaysia memandang itu negara asalnya. Dani meraup rambutnya kebelakang. "Puas hati aku," ujarnya sebelum menghamburkan ketawa.
"Tapi siapa yang tembak isteri dan anak dia?" Soal Dani pada diri sendiri. Yang dia tahu dia hanya melanggar kereta yang dinaikki oleh Raja Darisy dan keluarganya saja. Otak ligat memikir.
XAYDEN melangkah keluar dari bilik doktor Rasqyah sebelum menyandarkan badannya pada dinding tepi pintu bilik itu.
Otaknya mengimbas balik apa yang disampaikan oleh doktor Rasqyah tadi.
"Berita yang hendak saya sampaikan ini ada dua, berita sedih dan juga gembira. Tuan Putera nak dengar yang mana dulu?" Soal doktor Rasqyah. Xayden mendiamkan diri sebentar sebelum menjawab "berita gembira dulu,"
Doktor Rasqyah tersenyum nipis sebelum kembali bersuara "berita gembiranya, Permaisuri Salsabella dan Puteri Auroura dapat diselamatkan,"
"Alhamdulillah," ucap Xayden sebelum dia tersedar sesuatu "Permaisuri Salsabella dan Puteri Auroura? Lepastu yang lain?"
Doktor menghela nafas lalu membalas "maafkan kami Tuan Putera, Raja Darisy, Fendy, Puteri Chameliyya dan anak Tuan Putera didalam perut Puteri Auroura tidak dapat diselamatkan. Kami dah cuba namun Allah lebih sayangkan mereka," beritahu doktor Rasqyah sayu. Dia turut berdukacita.
"AllahuAkbar," ucap Xayden seraya meraup wajahnya. Tanpa sedar air matanya mengalir. "Dan satu lagi ..."
Xayden mengangkat wajahnya. "Permaisuri Salsabella mengalami kelumpuhan. Beliau lumpuh dan kemungkinan besar tidak dapat sembuh. Puteri Auroura pulak sedang koma," beritahu doktor Rasqyah perlahan.
Tergamam Xayden dibuatnya. Dia kemam bibir menahan tangisan.
"Ya Allah berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini," ucap Xayden dalam tangisan.
Hayyat yang baru tiba terus berlari kearah kawan baiknya. Tanpa banyak menyoal, Hayyat terus menarik sahabatnya kedalam pelukan. Dibelakang Hayyat berdirinya keluarga diraja dari negara negara yang menyertai makan tengahari tadi. Dara dan Qaisara turut berada disitu.
Ratu Auliya yang melihat itu terus melangkah pergi. Tidak sanggup
SELEPAS pengebumian dilakukan, Xayden melangkah masuk kedalam wad Auroura bersama bondanya yang duduk diatas kerusi roda. Kalau ikutkan Permaisuri Salsabella tidak dapat keluar lagi tapi disebabkan pengebumian tadi, beliau dapat keluar sebentar.
Tubuh Auroura yang terlantar diatas katil itu dipandang sayu. Permaisuri mengusap air mata yang jatuh. Beratnya ujian anakku ini.
Xayden menolak tubuh bondanya mendekati katil. Diikuti oleh Hayyat dan Dara dibelakangnya.
Xayden meletakkan kerusi roda itu betul betul disebelah katil Auroura lalu Xayden melabuhkan diri dikerusi kosong tepi katil itu.
Tangan isterinya dicapai. Sudah dua kali Auroura koma. Dulu sebelum kahwin sekarang dalam pantang. "Sayang," panggil Xayden perlahan. "Anak kita dah.. dah takda," beritahu Xayden. Air mata mengalir deras.
"Anak kita dua dua dah takda," Permaisuri mengusap belakang badan anaknya. Dara menoleh kearah lain. Sakitnya jadi Xayden.
"Setiap apa yang jadi pasti ada hikmahnya," pujuk Permaisuri Salsabella. Matanya memandang wajah basah Xayden. "Kamu taknak balas dendam? Cari balik siapa yang buat?" Soalan daripada Permaisuri Salsabella itu hanya dibiar sepi.
Balas dendam?
"Jika masalahmu membuatkan dirimu menangis, maka jadikan Allah sebagai alasanmu untuk terus tersenyum."
YOU ARE READING
𝐗𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐙𝐄𝐈𝐍𝐀 | 𝐂
Romance•𝒮ℯ𝓇𝒾ℯ𝓈 𝓁 • ᵖʳᵉᵠᵘᵉˡ ᵖʳⁱⁿᶜᵉˢˢ ⁿᵃᶠⁱˢᵃ xᴀʏᴅᴇɴ ᴡɪʟᴅᴀɴ × ʜᴀsʏᴀ ᴢᴇɪɴᴀ Akibat dendam seseorang, Xayden dan Zeina mula menjalinkan hubungan tanpa mereka sendiri mahu. Perkahwinan tersebut berawal dengan perasaan tidak suka lalu akhirnya timbul perasaa...