Mereka duduk dikerusi menunggu sementara menunggu Permaisuri Salsabella dirawat. Hati Xayden mula terasa tidak sedap. Otaknya memikirkan macam macam. Auroura melabuhkan diri disebelah suaminya sebelum mengosok belakang badan Xayden.
Puteri Khayyreen pula kehulur kehilir didepan wad yang menempatkan Permaisuri Salsabella. Dia lah yang paling risau sekali. Sudahlah sewaktu ayahandanya meninggal dunia dia tiada disitu.
Xayden meraup wajahnya menahan tangisan. Dia takut Permaisuri Salsabella mengikuti jejak Raja Darisy. Ya Allah permudahkanlah segalanya.
Bunyi pintu dibuka dari dalam membuatkan mereka menoleh kearah pintu. Doktor Afifah melangkah keluar dari wad itu. Sempat dia menundukkan sedikit badannya tanda hormat apabila berdepan dengan keluarga diraja itu.
"Macam mana dengan bonda Saya?" Kalut Xayden dan Puteri Khayyreen bertanya. Mereka berdiri didepan doktor Afifah menanti jawapan.
Doktor Afifah menghela nafas berat sebelum bersuara "maafkan kami Raja, Permaisuri dan Tuan Puteri. Allah lebih sayangkan dia. Ajal Permaisuri Salsabella dah tiba," beritahu Doktor Afifah sayu.
Puteri Khayyreen yang mendengar itu terus jatuh terduduk dilantai hospital itu. Xayden pula sudah menitiskan air mata. Auroura mula menenangkan suaminya manakala Fateen menenangkan Puteri Khayyreen.
SELESAI saja pengebumian, mereka terus pulang kerumah. Puteri Khayyreen hanya berkurung didalam bilik.
Yang lain pula berada diruang tengah istana. Mereka sedang berbual.
"Salam takziah sekali lagi, Den," ucap Hayyat. Dia juga sedih dengan berita ini memandang dia juga sudah menganggap Almarhumah Permaisuri Salsabella sebagai ibunya. "Hm,"
"Ni kau duduk istana je ni, dah give up nak cari dia ke?" Soal Xayden apabila perasan yang sudah dua hari Hayyat berada diistana dan tidak keluar mencari Dara seperti selalu.
Hayyat menghela nafas. "Mungkin kami tiada jodoh. Takpelah aku tak boleh buat apa kalau itu yang ditakdirkan untuk aku," balas Hayyat sayu. Xayden bangun dari duduknya lalu melangkah mendekati sahabatnya. Duduk dilabuhkan ditepi jejaka itu sebelum menaik jejaka itu kedalam pelukannya.
"Raja, Permaisuri, maaf menganggu. Ada orang nak jumpa," beritahu Hana sebelum Auroura mengangguk mengizinkan orang itu berjumpa dengan mereka.
"Assalamualaikum," Hayyat yang berada didalam pelukan Xayden itu terus mengangkat kepalanya memandang kearah suara itu. "Dara," seraya bangun dari duduknya. Dara tersenyum "hai Hayyat," tangannya melambai kearah Hayyat.
"Adel!" Auroura bangun lalu berlari kearah kawan baiknya sebelum memeluk tubuh itu. "Mana Adel menghilangkan?" Soal Auroura. Dara sekadar tersenyum sebelum menggelengkan kepalanya. Biarlah dia saja yang tahu.
"Salam takziah, Xayden," ucap Dara. Xayden menoleh. "Kau tahu?" Soal Xayden pelik. Dara tergelak kecil sebelum bersuara "keluarga awak kan diraja mestilah saya tahu. Benda ni kejap je viral," Dara menggelengkan kepalanya perlahan sebelum mengikuti langkah Auroura.
"Awak sihat, Hayyat?" Tanya Dara prihatin. Perlahan lahan Hayyat mengangguk mengiyakan pertanyaan itu. Masih terkejut dengan apa yang terjadi. Xayden yang berada disebelah Hayyat hanya tersenyum. Dia tahu kenapa Dara kesini.
"Kenapa kau datang sini?" Soal Hayyat. Matanya hanya memandang wajah bekas tunangnya itu. "Ermm Den paksa," balas Dara jujur membuatkan Hayyat dan Auroura menoleh kearah lelaki itu.
Xayden hanya tersengih sebelum mengangkat dua jarinya membuatkan 'peace'.
"Diorang dah rancang, kita je lalai," ujar Auroura. Dara dan Xayden menghamburkan ketawa. "Hayyat, saya nak jumpa awak jap," ajak Dara lalu bangun dari duduknya. Kaki dibawa menuju ke taman air. Perlahan lahan Hayyat bangun dari duduknya lalu mengekori langkah Dara.
"Hayyat," panggil Dara. Hayyat sekadar mendehem bagi menyahut panggilan tersebut. "Awak dah benci saya?" Soal Dara membuatkan dahi Hayyat berkerut sebelum dia menggeleng menafikan perkara itu.
"Awak sudi kahwin dengan saya, kalau saya ajak?" Hayyat yang mendengar itu terus menoleh memandang wajah cantik milik Dara itu. "Apa kau cakap ni?" Soal Hayyat dalam keadaan tertawa.
"Ouh awak taknaklah ni?"
"Agak agaklah, giler taknak! Kahwin dengan perempuan secantik bidadari kut, siapa je taknak!" Balas Hayyat teruja
"Eceyy," Hayyat menoleh kearah Xayden sebelum menikam tajam bebola mata sahabatnya itu. Auroura disebelah Xayden hanya tertawa kecil.
Dara menghulurkan kotak baldu berwarna merah kepada Hayyat membuatkan Hayyat berkerut dahi. "Awak lamar saya sekali lagi, bersaksikan pokok pokok, matahari dan dua beruk itu," arah Dara sambil menunjuk kearah sepasang kekasih yang turut berada disitu.
"Dia memberukkan kita, sayang," ujar Xayden marah. Auroura tergelak seraya menggeleng.
Hayyat menyambut huluran tersebut sebelum melutut dihadapan Dara. Kotak baldu itu dihulurkan kepada gadis itu. "Dara Adelia Binti Ameer Daniel, sudikah kau menjadi bidadari dalam hidupku buat selama lamanya hingga ke Jannah?" Lamar Hayyat lalu menunduk malu. Muka dah merah tu.
Dara tersenyum lalu mengganguk laju. "Saya sentiasa sudi," balas Dara sebelum Hayyat menyarungkan cincin itu dijari Dara. Hayyat berdiri semula sebelum bertindak ingin mencium dahi Dara.
"Oi oi, tak sah lagi oi," jerit Xayden memberhentikan tindakan Hayyat. Dara mengambil kotak baldu ditangan Hayyat sebelum mengetuk kepala jejaka itu. "Miang!" Kutuk Dara.
Hayyat yang mendengar itu mula menolak dalam pipi. "Biarlah aku miang. Dengan kau je," balas Hayyat selamba membuatkan Dara membuka selipar miliknya lalu dibalingkan kearah Hayyat.
Xayden dan Auroura menggeleng kepala mereka. Pening pening.
Sikit lgi nk tamat
YOU ARE READING
𝐗𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐙𝐄𝐈𝐍𝐀 | 𝐂
Romance•𝒮ℯ𝓇𝒾ℯ𝓈 𝓁 • ᵖʳᵉᵠᵘᵉˡ ᵖʳⁱⁿᶜᵉˢˢ ⁿᵃᶠⁱˢᵃ xᴀʏᴅᴇɴ ᴡɪʟᴅᴀɴ × ʜᴀsʏᴀ ᴢᴇɪɴᴀ Akibat dendam seseorang, Xayden dan Zeina mula menjalinkan hubungan tanpa mereka sendiri mahu. Perkahwinan tersebut berawal dengan perasaan tidak suka lalu akhirnya timbul perasaa...