"Zeina" terhenti langkah Auroura. Dia statik ditempatnya. "Kau.. tak kenal aku?" Soal Xayden. Perlahan lahan Auroura menggeleng. Menafikan kebenaran. "Kau sedang menipu aku ke?" Tepat mata Xayden memandang wajah Auroura.
"Apa awak ni? Buat apa saya nak bohong. Saya Auroura Qayreena Binti Abdullah bukan Zeina yang awak cakap tu. Saya memang tak kenal awak" ujar Auroura dengan nada sedikit meninggi.
"Kalau betul kau bukan Zeina, kenapa kau berhenti waktu aku sebut nama dia tadi?" Soal Xayden lagi. Nadanya masih tenang. "Sebab Zeina tu kawan baik saya. Tapi kitaorang last jumpa waktu sekolah rendah dulu. Saya teringat dia" bohong Auroura.
"Dah. Saya masuk dulu. Tak elok lama lama dekat sini" ujar Auroura lalu melangkah masuk kedalam rumah. Pintu ditutup.
"Kenapa baran semacam je perempuan tu? Period ke?" Soal Hayyat kepada Xayden. Xayden menepuk kepala jejaka itu sebelum meninggalkannya disitu. Kaki dibawa menuju ke kereta.
DARI jauh Dara perasan yang Auroura sedang termenung. Lepas saja berjumpa dengan dua lelaki itu tadi dia banyak mendiamkan diri. Sunyi jugalah Dara. Dara mengerling sekilas jam yang berada diruang tamu itu. Pukul 9 malam.
Dara berniat untuk menegur Auroura namun tindakannya mati apabila perutnya berkerocong. Dia menukar langkahnya kedapur. Dua bungkusan mi segera dicapai.
Auroura memandang bulan. Dia teringat sesuatu.
Zeina terpandang kearah Dara yang sedang mengemaskan tudungnya dihadapan cermin meja solek. Zeina mendekat. "Cantiknya Adel" puji Zeina, ikhlas. Dara menoleh. Senyuman diberikan kepada gadis atheist itu. "Adel, Hasya teringin sesuatu lah" ujar Zeina tiba tiba.
"Teringin apa tu Hasya?" Matanya tepat memandang wajah cantik milik Zeina. "Hasya teringin nak masuk Islam" ayat yang dilontarkan oleh Zeina itu membuatkan ucapan syukur meniti dibibir seorang Dara Adelia. "Hasya nak Adel ajar cara mengucap dua kalimah syahadah?" Soal Dara teruja. Adakah dia bakal menerima saudara baru?
"Hasya dah tau" balas Zeina. "Serious lah?" Zeina mengangguk bagi membalas soalan itu. "Cuba mengucap sikit. Adel nak dengar" pinta Dara. Tindakannya yang sedang mengemaskan tudungnya itu mati mendadak. Matanya hanya fokus pada Zeina
"Asyhadu ala ilaha ilallah, Waasyhadu anna muhammadar rasulullah" sekali nafas saja Zeina mengucap dua kalimah syahadah itu. Lancar. Kagum Dara mendengarnya. "Okay okay. Esok Hasya ikut Adel pergi pejabat agama. Sekarang ni Hasya dah tau nak letak nama apa lepas dah masuk Islam?" Tanya Dara.
"Dah. Hasya nak letak nama Auroura Qayreena Binti Abdullah" Dara tersenyum lebar mendengar balasan itu. "Sedapnya nama. Pandai Hasya eh Qay pilih" puji Dara. "Awal lagilah nak panggil dengan nama tu" mereka ketawa bersama.
Keesokan harinya,
Tiba saja dipejabat agama Islam, Zeina melangkah masuk. Dara tidak ikut masuk kedalam memandang dia menerima panggilan daripada seseorang.
Lama juga dia didalam, dan akhirnya dia keluar. Sempat dia membetulkan tudungnya yang ternampak rambut itu. "Asyhadu ala ilaha ilallah, Waasyhadu anna muhammadar rasulullah. Aku Auroura Qayreena, hamba-Mu Ya Allah" ujar gadis itu perlahan. Kaki dibawa langkah keluar dari situ.
Zeina atau nama barunya Auroura Qayreena berlari menuju ke kereta milik Dara. Dia membuka pintu lalu melabuhkan duduk. "Assalamualaikum Adel" ucap Auroura gembira. Dara menoleh kearah suara itu. "Waalaikumussalam Qay" lebar senyuman Dara tatkala menjawab salam daripada gadis yang baru memeluk islam itu. "Nanti Adel ajar Qayreena pasal Islam lebih mendalam tau" pinta Auroura.
YOU ARE READING
𝐗𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐙𝐄𝐈𝐍𝐀 | 𝐂
Romance•𝒮ℯ𝓇𝒾ℯ𝓈 𝓁 • ᵖʳᵉᵠᵘᵉˡ ᵖʳⁱⁿᶜᵉˢˢ ⁿᵃᶠⁱˢᵃ xᴀʏᴅᴇɴ ᴡɪʟᴅᴀɴ × ʜᴀsʏᴀ ᴢᴇɪɴᴀ Akibat dendam seseorang, Xayden dan Zeina mula menjalinkan hubungan tanpa mereka sendiri mahu. Perkahwinan tersebut berawal dengan perasaan tidak suka lalu akhirnya timbul perasaa...