Bab 20

312 18 3
                                    

Lepas saja solat subuh, Xayden melangkah kedapur untuk masak makan pagi. Auroura pula diarahkan untuk tidur. Padahal Auroura taknak tapi setelah dipaksa oleh Xayden, dia akur.

Jam menunjukkan pukul 9 pagi dan Xayden menyediakan Egg Prata Roll untuk dia dan isterinya bersarapan. Temujanji rawatan yang isterinya akan buat itu pada jam 11 pagi dan sekarang bersisa lagi dua jam sebelum masuk pukul 11.

Xayden melangkah naik keatas untuk mengejutkan isterinya. Dia berjalan menuju kebilik tidurnya.

Tok! Tok!

Dia mengetuk pintu bilik itu sebelum membukanya. Kelibat isterinya yang berada didepan cermin mengerutkan dahinya. "Sayang buat apa dekat situ?" Seraya mendekati gadis itu. Baju gadis itu dipandang. Minah ni dah mandi ke?

"Sayang dah mandi ke?" Perlahan lahan Auroura mengangguk. "Ya Allah kenapa tak tunggu abang? Kalau jatuh dalam tu macam mana? Ya Allah tolong hapuskan sifat degil dalam diri seketul Auroura Qayreena Binti Abdullah," Xayden menghela nafas berat sebelum melabuhkan diri bersebelahan dengan isterinya.

"Nak pakai tudung ke?" Auroura mengangguk tanpa membuka mulut. Xayden bangun lalu melangkah ke wardrobe closet. Tudung dan niqab isterinya diambil. Dia kembali kearah isterinya.

Dia memakaikan tudung kepada Auroura lalu mengemaskannya. Dia memimpin tangan isterinya turun kebawah. Niqab milik gadis itu masih didalam rumah pegangannya.

"Kenapa sayang diam je ni?" Tegur Xayden setelah berada diruang makan. "Aura takut," ngadu Auroura setelah lama berdiam diri.

"Takut rawatan tu gagal? Kan abang cakap, jangan takut," pujuk Xayden. "Dah jom makan," ajak Xayden lalu menyuapkan Egg Prata Roll itu kedalam mulut isterinya.

SESAMPAI saja dihospital, Auroura melangkah masuk kedalam bilik rawatan bersama seorang jururawat manakala Xayden melabuhkan diri dikerusi menunggu.

Dia meraup wajahnya. Hatinya berdebar seperti ada perkara buruk bakal berlaku. Dia jadi tidak keruan. Dari tadi lagi dia berasa tidak sedap hati. Adakah ini petanda yang rawatan isterinya gagal? Arghh jangan nak merepeklah Den.

Sekali sekali dia mengerling pintu bilik rawatan isterinya itu. "Ya Allah permudahkanlah segalanya,"

Dia menyandar badan dikerusi dan kepalanya di dinding. Dia memejamkan matanya.

Satu minit..

Dua minit..

Tiga minit..

Akhirnya Xayden tertidur dalam keadaan begitu.

HAYYAT melangkah turun kebawah untuk menonton kartun kegemarannya iaitu Ultraman. Ya Ultraman.

Hayyat melabuhkan diri disofa lalu alat kawalan jauh yang berada diatas meja kecil dicapai. Dia membuka televisyen itu. Alat kawalan jauh itu diletakkan diatas meja semula.

Sakan dia menonton kartun itu. "Aduhh kau ni Man, lawanlah betul betul," marah Hayyat apabila Ultraman itu jatuh akibat terkena serangan daripada musuhnya.

Dalam masa yang sama, Hayyat meniru aksi aksi yang dilakukan oleh Ultraman itu. Dah serupa kanak kanak. "Ultraman X," ujar Hayyat sambil meniru gaya didalam televisyen itu.

"Argh," tindakan Hayyat mendadak mati apabila terdengar suara jeritan seseorang dari arah dapur. "Makngah?" Seraya menoleh kearah dapur. Perlahan lahan dia berjalan kearah dapur.

Prang!

Bunyi kaca pecah membuatkan Hayyat bertambah panik. Laju dia berlari masuk kedalam dapur sebelum matanya terbeliak.

Sekejur tubuh terbaring diatas lantai dengan darah yang berlumuran disekelilingnya. "Ya Allah makngah," laju Hayyat berlari kearah Puan Nadhirah. Dia duduk ditepi tubuh itu lalu mengangkat kepala Puan Nadhirah sebelum diletakkan diatas ribanya.

Pipi Puan Nadhirah ditepuk. "Bangun makngah," tanpa sedar air matanya jatuh. Dia kehilangan orang yang dia sayang. Dia sudah menganggap Puan Nadhirah seperti ibu kandungnya.

Dia meletakkan jarinya dibawah hidung Puan Nadhirah. Ingin mengecek nafas wanita itu. Dia tersentak. Perlahan lahan tangan dijauhkan daripada hidung wanita itu. "Innalillahi wainnailahi roji'un," ucap Hayyat. Air mata yang mengalir itu dibiar.

XAYDEN mencelikkan matanya perlahan lahan sebelum mengerling jam tangannya. Sudah menunjukkan pukul 12. Sudah sejam dia tidur?

Dia bangun berdiri lalu merengangkan sendi sendinya yang sakit itu. Tiba tiba telefonnya berdering. Dia membawa keluar sebelum memandang nama pemanggil itu. Hayyat. Dia ada masalah ke?

Butang hijau diseret ketepi sebelum ditekupkan ditelinganya. "Ha kenapa?".

"Makngah dah takde," beritahu Hayyat. Suaranya kedengaran agak sayu. Tersentak Xayden mendengar itu. Air mata jatuh menyembah bumi. "Innalillahi wainnailahi roji'un."

Entah apa yang dia rasa sekarang.

Tiba tiba bahunya ditepuk membuatkan dia berpaling kearah belakangnya. "Encik Wildan," tegur doktor itu. "Ya saya,"

"Isteri Encik dah habis, jom," Xayden mengangguk lalu mengikuti langkah doktor itu. Air mata diseka.

Kelibat isterinya yang sedang duduk dikerusi menyapa pandangan. Mata isterinya masih tertutup. "Saya nak suruh dia bukan depan Encik. Kita tengok sama ada rawatan tadi berjaya atau tak," Xayden mengangguk faham.

Perlahan lahan Auroura membuka matanya. "Perlahan lahan sayang," ujar Xayden. "Nampak tak?" Soal Xayden kepada Auroura apabila gadis itu telah mencelikkan matanya. Auroura tersenyum sebelum mengangguk.

"Alhamdulillah," ucap Xayden lalu memeluk erat tubuh isterinya. "Ta-tapi.." Xayden memberhentikan ayatnya. Dia menjauhkan diri daripada isterinya. Auroura mengangkat keningnya tinggi.

"Makngah,"

"Kenapa dengan dia?" Soal Auroura. "Makngah dah takde," tersentak Auroura mendengar kenyataan itu.

















𝐗𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐙𝐄𝐈𝐍𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now