Bab 10

368 21 3
                                    

"Termenung apa tu Adel?" Tanya Auroura. Dia turun kebawah setelah selesai tidurkan anaknya. "Tadikan.."

"Tadikan apa?" Soal Auroura apabila Dara memberhentikan ayatnya. Dara masih tidak bersuara. Kejadian pagi tadi terngiang ngiang dimindanya

"Yeyy dah sampailah. Jom masuk" ujar Dara. Dia memegang tangan Chameliyya seraya melangkah masuk kedalam restoran itu. Dia memilih meja sebelum melabuhkan diri dikerusi meja itu.

Chameliyya duduk didepannya. Dia mengangkat tangan untuk memanggil pelayan. Dari jauh Dara perasan yang ada satu lelaki berjalan kearahnya. Macam kenal je.

"Ye.. Puan nak order apa?" Tanya pelayan itu. Matanya hanya memandang dua orang itu sekilas. "Bagi nasi ayam dengan air sirap dua" pesanan itu ditulis didalam buku. Baru saja lelaki itu mahu melangkah pergi tapi terhenti apabila ada satu suara memanggilnya

"Papa papa" lelaki itu menoleh kearah Chameliyya. Dia merenung muka anak kecil itu lalu menahan senyuman. Dia memang yakin yang anak itu anaknya jadi dia bangga jikalau anak itu memanggilnya papa. "Ye Trisya" dia berjalan mendekati anak kecil itu

"Ish Meliyya, dia bukan papa kamu lah" tegur Dara. "Apa salahnya kalau dia bukan anak aku pun? Dia panggil aku papa buatkan aku terubat rindu dekat anak aku" balas Xayden. Dara hanya membiarkan dua beranak itu. Sempat Xayden memberikan order itu kepada staf lain sebelum melabuhkan diri ditepi anak itu.

"Nama anak awak, apa?" Tanya Dara setelah sekian lama membisu. "Entahlah. Aku dengan mak anak aku tu dah lama berpisah. Dari kandungan dia 3 bulan lagi. Tapi kami ada plan nak letak nama anak kami Chameliyya Battrisyaa, tak tau lah dia letak ke tak" luah Xayden. Mata masih memandang Chameliyya.

"Jauhnya termenung. Sampai mana dah? Afrika?" Suara Auroura itu memberhentikan lamunannya. Dara tersengih. "Macamni Qay. Tadi kitaorang pergi restoran viral tu. Lepastu waktu pemilik restoran tu nak pergi hantar order kami Meliyya panggil dekat pemilik restoran tu papa. Adel tegurlah Meliyya kata tu bukan papa dia tapi lelaki sampuk dia kata 'Apa salahnya kalau dia bukan anak aku pun? Dia panggil aku papa buatkan aku terubat rindu dekat anak aku' dia kata macamtu" Auroura sekadar mengangguk

"Pastu Adel tanya apa nama anak dia, dia jawab 'entahlah. Aku dengan mak anak aku tu dah lama berpisah. Dari kandungan dia 3 bulan lagi. Tapi kami ada plan nak letak nama anak kami Chameliyya Battrisyaa, tak tau lah dia letak ke tak' dia balas macamtu. Adel teringat pulak dekat kisah Qay tu"

Dahi Auroura berkerut. "Siapa nama lelaki itu?" Soal Auroura. "Tak pastilah tapi nama restoran dia Wildan's kitchen" balas Dara. "Wildan?" Tanya Auroura perlahan. Hanya dia yang dapat dengar. "Eh Qay, Adel masuk dulu tau" Auroura mengangguk. Otak ligat memikir

"Xayden Wildan" sebut Auroura tiba tiba.

XAYDEN melangkah keluar dari rumah lalu menuju kearah motorsikal berkuasa tinggi miliknya. Dia meluncur meninggalkan kawasan rumahnya itu. Rumah Puan Nadhirah dituju. Ya sejak dia buka restoran, dia dah tinggal asing semula. Dia tidak tinggal seorang diri tapi berdua. Dengan siapa? Dengan Hayyat lerr. Hayyat tu kawan pertama yang dia ada dekat muka bumi. Yang lain tu pengkhianat.

Puan Nadhirah ada masak lebih harini jadi dia ajak Xayden dan Hayyat makan bersama dirumahnya. Jadi harini Xayden dan Hayyat terpaksa cutilah. Hayyat sudah berada dirumah Puan Nadhirah memandang tadi Xayden lambat.

Bukan lambat sebab bangun tidur lambat tapi sebab perutnya buat hal. Laju dia meluncur dan akhirnya sampai juga.
"Assalamualaikum makngah" ucap Xayden seraya melangkah masuk. Kelibat Hayyat yang berbaring diatas sofa sambil menonton televisyen menyapa pandangan.

"Amboi amboi kau, buat macam rumah sendiri nampak" tangan naik memeluk tubuh. Hayyat menoleh lalu tersengih. "Tunggu kau lambat sangat, aku layan lah Ultraman ni dulu" kepala kembali ditoleh kearah televisyen semula. Hayyat ditempat kerja saja panggil Xayden dengan gelaran 'bos' tapi tidak ditempat lain. Keluar selangkah dari restoran tu dah tukar gelaran

"Ultraman?" Hayyat mengangguk. "Macam bebudak lah kau" ujar Xayden. Hayyat menghiraukan kata kata itu. Pekakkan telinga.

"Dahlah tak ajak. Tepi sikit aku nak tengok jugak" Hayyat bangun dari pembaringannya lalu memberi ruang untuk kawan baiknya duduk. "Ultraman X tu aku punya tau" Hayyat bersuara tiba tiba

"Mana boleh. Aku dah cop awal dah. Arghh takde takde tu aku punya"

"Alah kau, tukar tukarlah. Seminggu kau seminggu aku" balas Hayyat

"Okay okay cun"

"KENYANG dok aku makan. Makngah masak sedaplah. Rindu pulak masakan arwah mak aku" ujar Hayyat sayu. Dia rindu dengan arwah maknya. Sudah 10 tahun maknya meninggalkannya. Xayden yang berada disebelahnya menarik Hayyat dalam pelukan. Nampak macam diorang gay kan? Tapi jangan risau takde pelangi dekat sini.

Tanpa berfikir panjang, Hayyat melepaskan tangisannya didalam pelukan sahabatnya. Xayden memberhentikan keretanya ditepi jalan lalu mengalihkan badannya kearah Hayyat. Ya diorang balik naik kereta.

Dia menepuk belakang badan Hayyat. "Jangan macam ni. Kau kan kuat. Kau boleh anggap makngah tu macam mak kau. Dia pun takde anak. Jangan macam ni eh" pujuk Xayden. Hayyat memang seorang yang ceria tapi itu tidak bermakna hidupnya bahagia tanpa masalah.

"Dahlah kau. Tak padan dengan lelaki" seraya menolak tubuh Hayyat menjauhinya. Hayyat tergelak kecil. Tangan naik mengusap air mata yang mengalir

"Jom pergi Tealive we. Aku belanja" ajak Hayyat. Dengan lajunya Xayden mengangguk.











Comel lah abe Yat kitee..

𝐗𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐙𝐄𝐈𝐍𝐀 | 𝐂 Where stories live. Discover now