"Qay," jerit Dara memanggil Auroura yang berada dikaunter butik itu. Auroura menoleh kearah suara yang memanggilnya itu. Kening diangkat tinggi. "Qay beritahu nama Qay sebelum masuk Islam dekat sosial media ke?" Soal Dara yang tampak agak terkejut.
"Ye," sepatah saja balasan daripada Auroura. "Petunjuk untuk papa Meliyya ke ni hm?" Tergelak Auroura mendengar soalan itu. "Maybe," balas Auroura lalu membawa langkah kebelakang meninggalkan Dara berseorangan disitu.
"Aii nak rujuk balik ke?" Jerit Dara. "Kalau dia nak," balas Auroura lalu menghamburkan ketawa. "Semoga berjaya," ucap Dara lalu mengambil alih kerja Auroura tadi.
"Assalamualaikum dan selamat datang ke Auraqayreena's boutique" ucap Dara apabila perasan ada pelanggan masuk.
UNTIE Christel berjalan mencari kelibat anaknya. Ada perkara yang hendak dia beritahu kepada anaknya itu. "Williams!" jeritnya."Why, mummy?"
"I rasa you tak boleh kejar cinta Zeina dah," ujarnya. Williams berkerut dahi. "Kenapa?" Soal Williams ingin tahu. "Zeina dah masuk Islam,"
"Are you serious, mummy?" riak wajahnya sungguh terkejut. Apa semua ini? "You nampak muka I macam main main ke?" Tanya Untie Christel. Williams menggelengkan kepalanya.
"Why did you break your promise, Zeina?" Soal Williams perlahan. Tangannya mengempal penumbuk kuat.
"QAY, Adel tunggu dalam kereta tau,"
"Okay!" balas Auroura yang masih berada didalam butik. "Jom," ajak Dara. Dia memegang tangan Chameliyya menuju ke kereta. Langkahnya terhenti tatkala namanya diseru oleh seseorang. Dia berpaling kearah suara itu. "Ya encik Xayden, ada apa?" Soal Dara. Matanya terpandang kearah figura seorang lelaki yang berada disebelah Xayden. Kacak eh Astaghfirullah al'adzim. Dia kenal Saja lelaki itu cumanya tidak tahu nama.
"Auroura mana?" Soal Xayden. Jari Dara naik menunjuk kearah butik milik Auroura itu menandakan Auroura berada didalam. Xayden mengangguk faham sebelum kembali bersuara "betul ke Auroura mualaf?"
"Korang borak apa?" Muncul satu suara membuatkan mereka menoleh kearah Auroura. Mata Auroura hanya memandang kearah anaknya. "Betul ke kau mualaf? Kau Zeina?" Auroura tidak bersuara hanya sekadar mengangguk mengiyakan pertanyaan itu. "Kenapa kau tipu aku?" Soal Xayden bersungguh sungguh.
"Sebab firasat saya mengatakan awak benci saya," balas Auroura, tenang. "Tak Auroura, aku tak pernah benci kau. Kalau diberi peluang.. aku nak rujuk balik dengan kau," balas Xayden. Matanya hanya memandang bawah. Dia cuba untuk hormat dua wanita muslimah didepannya.
"Masuk meminang saya," selamba Auroura membalas lalu melangkah masuk kedalam perut kereta. Sempat dia mengambil anaknya yang dipegang oleh Dara itu. Tergamam Xayden dibuatnya. Dia menoleh kearah Hayyat yang berada disebelahnya. "Go ahead," ujar Hayyat. Dia berpaling kearah Dara pula
"Cepat sebelum ada yang mendahului," balas Dara lalu turut melangkah masuk kedalam kereta. Kereta itu meluncur meninggalkan kawasan itu. "Dia accept aku ke ni?" Soal Xayden teruja. "Mungkin," sambil mengjoketkan bahunya.
Hayyat melangkah meninggalkan Xayden yang sedang angau itu. Blushing lah tu kena accept.
"CEPATLAH makngah, nanti ada orang minang dia dulu," ujar Xayden. "Ya Allah kau Den, sabarlah. Kau ingat makngah ada Doraemon ke?" Balas Hayyat. Geram pula dia dengan perangai tidak reti sabar Xayden ni
"Entahnya kamu ni," sampuk Puan Nadhirah menyetujui kata kata Hayyat itu. "Ish, Den tunggu dalam kereta tau," ujar Xayden lalu melangkah menuju ke keretanya. Hayyat menggelengkan kepalanya perlahan. Macam macamlah.
"Yat, kamu nampak telefon makngah tak?" Soal Puan Nadhirah seraya mencari telefon bimbit miliknya. Hayyat turut mencari.
"Makngah," mereka berdua berpaling kearah suara itu. Xayden lah siapa lagi. "Kamu nak apa lagi? Makngah kata kejap kan," ujar Puan Nadhirah.
"Ni, Den terambil telefon makngah," beritahu Xayden seraya menghulurkan telefon milik Puan Nadhirah. Puan Nadhirah tidak menyambut huluran itu malah mencekak pinggang.
"Itulah kalut sangat sampaikan telefon makngah pun diambilnya," marah Puan Nadhirah lalu mengambil telefonnya dipegangan Xayden. Xayden mengaru belakang lehernya yang tidak gatal itu. Hayyat menggelengkan kepalanya perlahan sebelum bersuara "dah jom kang ada orang lain yang mendahului kau,kau meroyan pulak," seraya melangkah keluar dari rumah itu diikuti oleh Puan Nadhirah dibelakangnya. Xayden tersengih lalu turut melangkah keluar.
YOU ARE READING
𝐗𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐙𝐄𝐈𝐍𝐀 | 𝐂
Romance•𝒮ℯ𝓇𝒾ℯ𝓈 𝓁 • ᵖʳᵉᵠᵘᵉˡ ᵖʳⁱⁿᶜᵉˢˢ ⁿᵃᶠⁱˢᵃ xᴀʏᴅᴇɴ ᴡɪʟᴅᴀɴ × ʜᴀsʏᴀ ᴢᴇɪɴᴀ Akibat dendam seseorang, Xayden dan Zeina mula menjalinkan hubungan tanpa mereka sendiri mahu. Perkahwinan tersebut berawal dengan perasaan tidak suka lalu akhirnya timbul perasaa...