Sedang Xayden mengemas biliknya, dia terjumpa satu buku yang telah lama dia simpan. Dia mencapai buku itu sebelum mengorek langkah menuju kekatilnya. Duduk dilabuhkan.
Habuk pada buku itu dibuang sebelum dia mengambil keputusan untuk membukanya. Muka surat pertama kosong. Dia menyelak muka surat kedua pulak namun tetap sama. Kosong. "Membazirnya lahai" ujar Xayden
Tanpa sengaja Xayden terselak muka surat tengah dan disitu terdapat sebaris ayat yang ditulis menggunakan pen. Dia membaca ayat itu. Berkerut dahinya. "Chameliyya Battrisyaa?" Tiba tiba satu kenangan terlintas difikirannya
"Awak awak" panggil Zeina teruja. Dia berlari kearah suaminya. Xayden mengalihkan pandangannya kearah isterinya lalu bersuara " jangan lari, gila. Kau mengandung" tegas Xayden. Zeina sekadar tersengih sebelum dia memberhentikan lariannya dan hanya berjalan. "Awak" Xayden mengangkat kening. "Kalau kita dapat anak perempuan, awak nak letak nama apa?" Tanya Zeina
Xayden berjalan menuju kenightstand yang berada didalam bilik itu lalu membuka laci sebelum membawa keluar satu buku. Dia membuka buku itu secara rawak lalu tangan mencapai pen yang turut berada didalam laci nightstand itu. Dia menulis sesuatu dibuku itu. Zeina sekadar melihat gerak geri sisuami.
Buku itu dihulurkan kepada Zeina setelah selesai menulis. Zeina membaca tulisan itu. Chameliyya Battrisyaa. "Nama bakal anak kita ke?" Xayden mengangguk. "Ish abang nih bisu ke?" Sinis Zeina menyoal. Yelah dari tadi diam.
Xayden tidak membalas. "Abang sayang..." Seraya mengenyetkan kepalanya kekiri. Bibir menguntum sengihan. Comel. "Abang kenapa? Ada masalah ke? Ke Zeina ada buat salah? Kenapa taknak cakap? Hm? Janganlah ceni sunyilah Zeina kalau abang diam je. Tak sayang Zeina ke?" Usik Zeina. Bibir mencebik.
Muka Xayden yang putih itu mula berubah warna. Bibir dikemam. "Abang tak jawab maknanya abang tak sayang Zeina lah kan. Takpelah kita kan kahwin paksa je" ujar Zeina sayu. "Sapa kata aku tak sayang kau?"
"Dah saya tanya awak tak balas" bibirnya sudah memuncung. Macam itik. "Ada ke suami tak sayang isteri? Walaupun kita kahwin paksa tapi aku mengaku kau dah berjaya buat aku takut hilang kau. Aku dah sayang kau. Kalau boleh aku nak bahagia dengan kau, dengan anak kita selamanya. Aku mengaku kau dah berjaya buat aku jatuh cinta sedalam ni. Mungkin sebelum ni aku tak mengaku sebab aku malu, aku takut bertepuk sebelah tangan tapi harini aku nak jujur jugak. Hasya Zeina Binti Abdullah, aku sayang kau gila gila. Jangan tinggalkan aku, please"
Air mata Zeina jatuh mendengar balasan itu. Bergulanya mulut suami aku. "Hei kau nangis ke?" Zeina tidak menyahut. Tanpa berfikir panjang, Xayden menarik Zeina kedalam pelukannya. "Kenapa? Aku salah apa dengan kau?" Lembut Xayden menyoal. Zeina menggelengkan kepalanya lalu bersuara"ayat awak buat saya terharu" mendengar itu Xayden melepaskan tawa kecil. Comelnya lahaii.
"Dahlah tu. Dasar cengeng" usik Xayden. Zeina menjauhkan diri dari suaminya sebelum menayangkan penumbuk kecilnya. Sekali lagi Xayden melepaskan tawa. "Sedap nama awak pilih tu. Nanti saya letak nama tu tau. Tak kiralah kalau kita dah tak bersama sekalipun, saya akan letak jugak nama tu" Xayden tersenyum.
Lamunan Xayden terhenti apabila buku dipegangannya terjatuh. Dia menunduk untuk mengambil buku itu. Dia membelek nama itu lagi sebelum satu lagi perkara muncul difikirannya.
Xayden melangkah naik keatas. Tiada guna dia menghalang Zeina untuk tidak keluar dari rumah itu kerana mereka bukan suami Isteri yang sah. Dia melompat keatas katil. Dia meletakkan kekura tangannya diatas dahi. Mata memandang siling.
Tanpa sengaja matanya terpandang kearah note mark empat segi yang bertulisan dilekatkan dinightstand bersebelahan dengan katil yang sedang dia baring sekarang. Dia mengambil note mark itu
Ayat didalam kertas itu dibaca
Hy Xayden. Maafkan saya sebab tipu awak tapi saya tipu sebab saya taknak kehilangan awak. Sorry kalau saya terkasar tadi. Nanti anak dalam perut ni saya letak nama Chameliyya Battrisyaa tau. Firasat saya mengatakan bahawa anak ni anak perempuan. Jumpa lagi kalau masa mengizinkan. Byee. Jaga diri
Xayden mula teringat akan kertas itu. Dia bangun dari duduknya lalu mencari kertas itu. Hampir setengah jam cari tapi tetap tidak jumpa. Dia sudah putus asa. Duduk dilabuhkan ditempat tadi. Dia mengeluh panjang. "Budak tadi tu anak aku ke?" Soal Xayden pada diri sendiri
"Tapi kenapa perempuan tu kata nama mak dia Auroura? Dia tipu aku ke?"
"Eh jap, Auroura tu nama influencer yang muncul dekat google aku pagi tadi tu kan?" Xayden mencapai telefonnya sebelum memasuki aplikasi Instagram. Nama @AuraQyrna dicari. Jumpa!
Dia menolak turun kebawah untuk melihat gambar gadis itu. Gadis itu seorang niqabis. Tapi yang menghairankannya, ramai kata dia mempunyai anak tapi dalam aplikasi ini tiada satu pun gambar anaknya. Gambar gadis itu pun hanya ada lima. Yang lain mungkin sudah dipadam.
Dia menutup telefonnya kembali lalu diletakkan diatas katil. Dia sambung mengemas sebelum memasuki alam mimpi.
Dpt teka tk siapa Auroura Qayreena tu? Knp dia tetiba muncul?
YOU ARE READING
𝐗𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐙𝐄𝐈𝐍𝐀 | 𝐂
Romance•𝒮ℯ𝓇𝒾ℯ𝓈 𝓁 • ᵖʳᵉᵠᵘᵉˡ ᵖʳⁱⁿᶜᵉˢˢ ⁿᵃᶠⁱˢᵃ xᴀʏᴅᴇɴ ᴡɪʟᴅᴀɴ × ʜᴀsʏᴀ ᴢᴇɪɴᴀ Akibat dendam seseorang, Xayden dan Zeina mula menjalinkan hubungan tanpa mereka sendiri mahu. Perkahwinan tersebut berawal dengan perasaan tidak suka lalu akhirnya timbul perasaa...