"Eason kau kenapa duduk dalam tandas ni! Aku risaukan kau dohh!" kata Huanyu dengan cemasnya.
'aku risaukan kau' ayat tu membuatkan Eason makin menangis..
"Kenapa Huanyu... kenapa kau buat aku macam ni.." kata Eason dengan nada suaranya agak sedikit bergetar.
"Aku ingatkan kau dah lupakan aku Huanyu... Kenapa kau buat-buat tak kenal aku? Kau tak guna Huanyu!" jerit Eason sambil memukul dada Huanyu.
Huanyu bagaikan tidak percaya dengan apa yang dikatakan Eason tadi. Rupanya Eason sedang menunggunya untuk mengingat kembali siapakah Eason padanya..
Huanyu terus memeluk Eason yang sedang menangis itu. Eason tidak mampu menolak pelukan Huanyu kerana dia sangat merindui pelukan yang hangat itu. Eason terus menangis di dalam pelukan Huanyu sehingga Eason sendiri yang melepaskan pelukan tersebut..
"Eason.. Aku takde niat pun nak buat macam tu kat kau. Aku ingatkan kau dah tak ingat aku lepas kau tinggalkan aku masa sekolah menengah tu.. Aku tahu aku selfish. Aku tak patut mainkan perasaan kau Eason." kata Huanyu. Tanpa disedari air matanya mula jatuh.
"Kau tahu tak Eason, lepas kau tinggalkan aku tu hidup aku jadi sunyi wei. Takde orang yang nak dengar masalah aku, takde orang yang nak bergelak tawa dengan aku.. Lepas je kau pergi, kau macam bawa sekali separuh hidup aku Eason." kata Huanyu dengan suaranya yang tersekat-sekat kerana menangis.
"Aku nak kau tahu Eason Leng, yang aku sentiasa ingat kau. Memori kita masa sekolah tu masih segar dalam ingatan aku. And perasaan aku pada kau masih lagi tak berubah, my little Eason." luah Huanyu sambil anak matanya memandang tepat ke arah mata Eason.
'little Eason..' Nama yang diberikan oleh Huanyu semasa hari jadi Eason yang ke-14. Panggilan tersebut telah menjadi panggilan tetap Huanyu kepada Eason. Sungguh.. Eason sangat merindui panggilan itu.
"Eason boleh kita sambung perbualan ni kat kondo aku?" tanya Huanyu. Dia sebenarnya teragak-agak mahu mengajak Eason ke kondonya takut Eason menolaknya.
"Hmmm.. t...tapi boleh tak kau mengaku dulu dengan aku masih ada lagi ke perasaan kau terhadap aku, Huanyu?" tanya Eason. Dia hanya inginkan kepastian supanya perasaannya terhadap Huanyu tidak bertepuk sebelah tangan.
"Listen, kalau kau nak tahu... Aku masih sayangkan kau Eason Leng. Perasaan aku ni tak pernah berubah sejak dulu lagi. Malah, makin lama makin aku sayang kau Eason. You're my only one, little Eason.. " kata Huanyu dengan penuh ikhlasnya sambil memandang ke arah Eason.
Dia menatap mata Eason dengan penuh harapan. Setelah lama mereka bertatapan mata, Huanyu mula mengusap pipi Eason yang lembut itu lalu mencium bibir Eason.. Huanyu makin mendalamkan ciumannya. Itu adalah ciuman pertama untuk mereka setelah sekian lama mereka tidak bertemu.
"hmphh...hmpp..."
"hahh.....hahh!" Huanyu melepaskan ciuman itu. Eason tercungap-cungap mencari oksigen selepas daripada ciuman mereka itu. Jujur di sudut hati Eason dia sangat merindui ciuman itu. Secara jujurnya, Eason merindui semua tentang Huanyu.. Senyumannya, gelak tawanya.... Semuanya indah di mata Eason..
"Boleh kita sambung lepaskan rindu ni kat kondo aku? Aku janji takkan buat benda pelik-pelik kat kau. Aku just nak lepaskan rindu aku kat kau je.." kata Huanyu dengan nada sederhana yang mampu membuatkan sesiapa yang mendengarnya cair..
"Hmm. Asalkan kau pegang janji kau, aku ikut je.." kata Eason. Dia tahu Huanyu ni jenis orang yang selalu tepati janji, so dia tak ragu-ragu dengan keputusannya untuk ke kondo Huanyu.
------------------------------
/\ Huanyu menghantar mesej kepada William >
Yan Huanyu : Will, nanti kita jumpa lagi ok. Aku terpaksa balik awal sebab ada something yang aku kena selesaikan.. Aku harap kau tak marahkan aku. See you next time William.. :]
\read\
"Pastikan urusan kau cepat selesai Yu..." kata William sambil tersenyum.
.
.
.
.
.
.
sambung next chapter >>>
maafla yer guys. chapt kali ni pendek sebab author tengah blurr idea. hope u guys suka dengan apa yang aq tulis ni.. keep vote guyss
YOU ARE READING
My Important Person! [C]
Romantizm[1ˢᵗ book♡] *warning! Homophobic dielakkan baca! kerjasama anda amatlah sy hargai.. [𝐠𝐞𝐧𝐫𝐞 𝐛𝐱𝐛🔞]-[𝐘𝐚𝐧𝐇𝐮𝐚𝐧𝐲𝐮x𝐄𝐚𝐬𝐨𝐧𝐋𝐞𝐧𝐠] Kehidupan dua lelaki yang menghadapi pelbagai masalah hidup. Yan Huanyu merupakan seorang CEO syarikat...