Usai sahaja Ayyana membantu ibu mertuanya membuat sarapan dia melangkah menaiki tangga dan menuju ke bilik tidurnya dimana Zayyan berada. Sampai sahaja disana pintu dibuka perlahan melihat sosok Zayyan tanpa baju Sedang mengemas baju-baju di dalam almari dan dimasukkan ke dalam bagasi besar.
"Abang buat apa Ni? Abang Nak kemana?" Soal Ayyana kebingungan.
"Tak PAYAH cakap banyak aku nak kau pack semua baju kau sekarang." Jawab Zayyan.
Tanpa menyoal kembali Ayyana berjalan ke arah almari dan mula mengemas bajunya. Setelah selesai di letakkan ke tepi pintu Belum sempat dia sandarkan pada dinding beg bajunya dicapai Oleh Zayyan. Lelaki itu mengambil semua beg pakaian dan dimasukkan ke dalam kereta.
"Zayyan nak kemana dengan beg pakaian ni semua?" Soal Puan Lina.
"Aku nak pindah." Balasnya singkat.
"Tapi kenapa ? Tinggal jela dekat sini..mommy nak duduk dengan menantu mommy.."
"Mommy jangan risau nanti Yana selalu datang sini okay?" Pujuk Yana sambil tersenyum manis.
"Janji dengan mommy tau?" Puan Lina melihat wajah Yana dengan sedih sambil memeluk erat tubuh gadis yang berada dihadapannya sekarang ini. Jujur sahaja..dia bukan takut untuk berpisah tapi takut dengan apa yang akan berlaku sekiranya hanya mereka berdua sahaja di rumah itu. Dia cukup kenal dengan sifat anak tirinya itu..
Takut pula Ayyana diapa-apakan oleh Zayyan..
"Iyela mommy Yana janji"
"Kalau Zayyan buat apa-apa dekat Yana bagitahu je dekat mommy okay sayang?"
Ayyana hanya menggangguk sambil tersenyum sebelum berjalan masuk ke perut kereta.
...
Sampai sahaja di rumah baharu mereka Zayyan menempatkan kereta di garaj rumah. Ayyana membawa bagasi miliknya masuk ke dalam. Matanya asyik melihat keindahan dan kemewahan yang mereka tinggal sekarang.. cantik , mewah dan cukup sempurna dan rumah yang modern di kelilingi oleh keindahan pokok-pokok dan hutan.. mansion mereka tidak jauh dari pantai.
"Abang cantiknya rumah ni.. pandai abang pilih." Ucapnya dengan penuh kagum.
"Tak payah panggil aku abang sangat. Aku bukan abang Kau" balas lelaki itu dingin sebelum menghempaskan tubuhnya di atas sofa empuk. Matanya ditutup perlahan sebelum melenakan diri di atas sofa ruang tamu.
Ayyana berjalan ke arah koridor di belakang rumah. Matanya meliau ke arah hutan dan ombak pantai yang berdekatan dengan mansion mereka. Indah dan Segar , Cukup memberikan ketenangan.
Sedang menikmati angin sempoi-sempoi mengenai wajahnya , gadis itu mendengar seperti pintu rumah mereka diketuk dari luar. Dia berjalan ke arah pintu dan dibuka perlahan.Wajah seorang gadis yang melambai ke arahnya. Di lihat sosok tubuh gadis yang berada dihadapannya dari atas sampai bawah. Gadis itu berpakaian cukup terbuka dan seksi.
YOU ARE READING
ZAYYAN MIKAEL
Romance(Siapa yang percaya Zayyan Mikael seorang CEO terkenal di serata dunia yang anti kepada kisah percintaan. Percintaan baginya hanya sekadar membuang masa. Namun apakah yang terjadi setelah diputuskan oleh bapanya sendiri untuk menjodohkan dirinya den...