Fayyadh sedang duduk di atas kerusi sambil melihat permandangan di luar. Air coffee yang berada di atas meja dicapai dan diteguk beberapa kali. Matanya kini beralih kepada phone screen miliknya dan melihat wajah orang yang dicintainya Ayyana Aderyn.
Dicium lama gambar Ayyana. Rindu untuk berjumpa gadis itu lagi. Dia membuat keputusan untuk mesej Ayyana. Dicari semula nombor phone gadis itu.
...
Setelah penat mengerjakan Ayyana , Zayyan bangun dari katilnya untuk menuju ke bilik air. Baru sahaja dia bangun dari baringnya , phone milik Ayyana berdering tanda notif yang masuk. Phone gadis itu dicapai untuk melihat notif tersebut.Dahinya berkerut melihat notif tersebut. Urat-urat ditangan juga mula terlihat. Dengan hati yang panas Zayyan membalas message dari Fayyadh.
Puas hatinya membuatkan Fayyadh panas. Ingat semudah tu je dia nak dapatkan Ayyana dari Zayyan?. Tolong lah ni Zayyan lah hak aku selamanya Jadi milik aku. Tiada siapa yang boleh dapat selain aku.
Phone Ayyana dihempaskan diatas katil sebelum dia berjalan masuk ke dalam bilik air. Usai sahaja dari mandi tubuhnya mengenakan pakaian formal untuk bekerja. Neck tie terletak elok pada lehernya. Perfume yang berbau masculine itu di sembur di tubuhnya membuatkan bau wangiannya semerbak di satu ruangan.
Ayyana baru sahaja terbangun dari lenanya, tubuhnya terasa pegal-pegal dan sakit. Dia bangun dari katil dan melihat Zayyan yang sibuk bersiap untuk pergi kerja.
"Awak dah nak pergi kerja?" Soalnya yang masih dalam keadaan yang mamai. Dia berjalan ke arah Zayyan untuk membantu lelaki itu memakai neck tie tapi Zayyan sudah siap memakainya.
"Ohh..awak dah betulkan..tak apalah.." baru sahaja dia ingin berjalan masuk ke dalam bilik air , pergelangan tangannya ditarik dan ditolak ke arah dinding. Gadis itu berdecit kesakitan, belakang tubuhnya terasa agak sedikit sakit.
Lelaki itu mengunci tubuh Ayyana di dinding dan leher Ayyana dipaut kasar. Aroma wangi tubuh lelaki itu menyengat di hidung Ayyana.
"Sepanjang aku pergi kerja aku taknak kau keluar rumah, apa lagi jumpa dengan jantan tak guna tu faham?!" Ditolak leher Ayyana membuatkan kepala gadis itu terhantuk pada dinding.
Ayyana hanya mampu mengangguk. Tak mampu baginya untuk melawan arahan suaminya. Ya dia tahu kalau dia menipu pun tiada gunanya. Mata-mata lelaki itu dimana-mana yang sentiasa mengawasi kemanapun dia berada.
"Be a good wife for me can you?" Suara kasar lelaki itu cukup membuatkan Ayyana takut.
Dilepaskan cengkaman pada leher Ayyana, bajunya dibetulkan semula dan berjalan melangkah keluar dari bilik.
Apa lah Nasib seorang Ayyana , di pagi hari pun belum tentu akan ada bahagia yang datang. Bilakah tuhan akan bukakan hati Zayyan untuknya.. Dia penat..penat untuk hadap semua derita yang Zayyan berikan.
"Be strong Ayyana.. Fight for yourself. Make him fall in love with you" Ayyana mencuba untuk semangatkan dirinya. Tubuhnya yang terasa sakit itu berjalan perlahan-lahan memasuki ke dalam bilik air.
"Selamat pagi boss" Tegur Ria yang melihat Zayyan yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam pejabat. Dilihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10:30 pagi , Zayyan agak terlambat hari ini.
Belum sempat Zayyan menjawab dirinya didatangi oleh pekerja yang menjaga di bahagia keuangan syarikat. Muka gadis itu terlihat cuak dan takut.
"Boss! Macam mana ni Saya dapat info dari bank yang syarikat Kita telah mengeluarkan duit sebanyak 1 juta ringgit! Tapi Kita tak ada melabur dimana-mana syarikat!" Ucap Mira pekerja perempuan di Sana.
"Hah?! Macam mana kau buat kerja ni?! Aku tak kira aku nak tahu kemana semua duit tu pergi sekarang!!" Tengking Zayyan membuatkan seluruh pekerja di pejabat itu terdiam ketakutan. Harini adalah hari buruk mereka.
Zayyan melabuhkan punggungnya diatas kerusi kerjanya. Amarahnya membuak-buak setelah mendengar berita yang duit syarikat kehilangan sebanyak 1 juta. Kemana semua duit itu menghilang?
Dicapai phone pejabat dan nombor Faris ditekan.
"Masuk dalam office aku sekarang!"
Faris yang mendengar arahan Zayyan terus berlari masuk ke dalam office lelaki itu. Dilihat wajah Zayyan yang sedang kusut dan marah.Mata Zayyan menikam ke arahnya membuatkan Bulu romanya berdiri menegak.
"Ya boss kenapa panggil saya?"
"Kau duduk! Aku nak tanya sebelum aku datang office ada siapa-siapa yang masuk office aku ke?" Soalnya dengan wajah yang serious.
"Ada, Bukan ke Boss yang suruh girlfriend boss datang sini untuk ambilkan file data syarikat untuk boss?" Soal Faris kembali.
"Kau cakap apa? Aku Ada girlfriend?!" Collar baju Faris ditarik kasar membuatkan tubuh lelaki itu maju kedepan dan wajahnya didekatkan oleh Zayyan.
"Kau jangan nak buat lawak bodoh! Aku dah Ada isteri sejak bila aku ada girlfriend?!"
"Habis...Puan Amira tu bukan girlfriend boss?" Dengar sahaja nama Amira, tubuh Faris ditendang keluar dari office miliknya membuatkan tubuh lelaki itu jatuh tersungkur diatas lantai.
"Kau ni memang tak boleh pakai ! Kau aku pecat!" Surat buang kerja dilemparkan ke atas muka Faris membuatkan lelaki itu menangis melutut untuk mendapatkan kerjanya kembali tapi tidak diendahkan oleh lelaki itu malah dipanggil security guard untuk menghalau Faris keluar daripada bangunan Malik's Holding tersebut.
"Licik permainan kau ye perempuan jalang! Ingat keluarga kau Satu persatu akan Mati ditangan aku!"
-𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒎𝒚 𝒍𝒐𝒗𝒆-
YOU ARE READING
ZAYYAN MIKAEL
Romance(Siapa yang percaya Zayyan Mikael seorang CEO terkenal di serata dunia yang anti kepada kisah percintaan. Percintaan baginya hanya sekadar membuang masa. Namun apakah yang terjadi setelah diputuskan oleh bapanya sendiri untuk menjodohkan dirinya den...