JAM sudah menunjukkan waktu pukul 6 pagi. Perlahan-lahan gadis itu bangun dari tidurnya dan berjalan masuk ke dalam tandas untuk Mandi dan mengambil wudhu, setelah itu, telekung miliknya dicapai dan dipakai olehnya.
Selesai sahaja dari solat subuh. Ayyana menepuk perlahan bahu suaminya untuk menyuruhnya solat subuh. Zayyan yang masih dalam keadaan mengantuk menepis kasar tangan Ayyana membuatkan gadis itu mengundur ke belakang.
"Abang.. bangunlah solat subuh.. nanti abang nak pergi kerja kan.." Tegur Ayyana perlahan.
Zayyan yang masih dalam keadaan yang mengantuk kesal dengan keberadaan Ayyana yang sibuk menyuruhnya untuk bangun. Dia merengus, dan rambutnya diremas kasar, dipandang wajah Ayyana dengan wajah yang kesal.
"Rimas lah aku Kau ni! Nak tidur pun tak senang Kau tau tak?!" Dia bangun dari katil dan berjalan masuk ke dalam bilik air. Tidak lama kemudian dia keluar dengan berpakaian hanya tuala separas pinggang. Mata Ayyana tidak berhenti memandang tubuh sasa suaminya yang begitu mengiurkan.
Zayyan yang merasakan ada sepasang mata memerhatikannya mula mengalihkan pandangannya ke arah Ayyana. Dia berjalan mendekati Ayyana yang masih bertelekung itu. Gadis itu mulai mengundur sehingga dinding menghentikannya.
Zayyan kini hanya berjarak 2 inci jauh dari Ayyana membuatkan gadis itu ketakutan. Senyuman sinis terukir di hujung bibirnya.
"Kau nak pergi mana hm? Berani tengok aku , berani lah tanggungjawab.. Kan sayang?" Suara serak basahnya mampu membuatkan Ayyana hilang kawalan, wajahnya mulai kemerah-merahan disebabkan oleh Malu.
Belum sempat Zayyan menyentuh pipi Ayyana, gadis itu terlebih dahulu mengelak.
"Tolong.. jangan sentuh Saya, Saya Ada air wudhu" Ucapnya perlahan sambil wajahnya tertunduk ke bawah.
Zayyan yang mendengarkan itu semakin tersenyum, idea jahatnya mulai terlintas. Tanpa amaran tubuh Ayyana diangkat dan dicampakkan diatas katil. Tubuh kecil Ayyana ditindih dan menggomol kasar pipi dan leher Ayyana.
Ayyana sedaya upaya mengelak dari digomol dan dengan sekuat tenaga tangannya menolak tubuh sasa suaminya. Tetapi usahanya hanya sia-sia tubuh Zayyan terlampau berat untuk ditolak. Ya lah tubuh kecil sepertinya mana mampu melawan lelaki sesasa Zayyan Mikael.
Heinz dan Ridhuan sedang dalam perjalanan menuju ke company Malik's Holding. Tetapi di tengah berhentinya di lampu merah, kereta Heinz mulai mengalami kerosakkan membuatkan keretanya berhenti berfungsi.
Dirinya dan ridhuan tidak mempunyai pilihan lain selain dari menolak kereta Porsche miliknya ke samping Jalan.
Ridhuan merengus kepanasan, matahari cukup terik di atas kepala membuatkan dirinya mulai berpeluh.
"Aku dah cakap! Lain Kali servis laa kereta buruk Kau ni!" Ucap Ridhuan sambil mengibas bajunya.
"Amboi sedap mulut je Kau Kata kereta aku buruk! Yang buruk-buruk ni lah yang Kau duk tumpang!" Balas Heinz kegeraman sambil mengeluarkan phone miliknya dari pocket seluar.
Nombor panggilan Zayyan di tulis tapi tiada sebarang respon dari lelaki itu setelah dia mencuba untuk telefon secara berkali-kali.
Dia tiada pilihan lain selain mencuba untuk menghubungi Ayyana.
...
Ayyana yang Sedang sibuk membersihkan dapur mendengar panggilan dari telefon pintar miliknya dengan pantas dia mengangkat panggilan tersebut.
"Ayyana tolong ambil kami dekat tepi Jalan. Kereta aku tiba-tiba Mati pulak ni. Aku try call Zayyan tapi dia tak angkat" pinta Heinz kepada kakak iparnya itu.
"Okey, Nanti kau share location aku pergi Sana" Jawab Ayyana sebelum mematikan panggilan.
Setelah mendapatkan lokasi keberadaan Heinz dan Ridhuan, Ayyana memandu pergi ke tempat mereka berdua berada.
Sampai sahaja di Sana Heinz dan Ridhuan melangkah masuk ke dalam kereta BMW M4 Milik Ayyana.
"Pakailah seatbelt" Arah Ayyana kepada mereka berdua.
Heinz dan Ridhuan saling bertatapan antara Satu sama lain, tidak yakin dengan keputusan mereka untuk meminta tolong pada Ayyana.
"Kau rasa Kita boleh percaya ke Ayyana ni bawak kereta?" Soal Heinz agak ragu
"Kenapa Kau Tanya aku? Tu kakak ipar kau!" Balas Ridhuan sambil memegang erat pada seatbelt yang dipakainya.
"Shh diam biarkan aku memandu dengan tenang" sampuk Ayyana sambil memandu.
Wajah Ridhuan dan Heinz sudah pucat disebabkan oleh takut.
Dalam perjalanan mereka ke Sana membuatkan Ridhuan dan Heinz ketakutan dengan kelajuan yang dibawa oleh Ayyana yang sangat laju.
Hampir sahaja Ayyana melanggar pokok dihadapannya tapi syukur pada tuhan dirinya sempat mengelak.
"Kau gila Ayyana! Bawa kereta macam orang dah TAK betul!" Jerit Ridhuan yang sudah hampir hilang darah.
"Ayyana! Kau kalau nak mati jangan libatkan kami! Aku ni Belum kawin Kau tahu ke tak!" Jerkah Heinz yang membuatkan Ayyana menghentikan keretanya ditepi Jalan.
Ayyana tidak mampu menahan dirinya dari ketawa apabila melihat wajah mereka berdua telah menjadi pucat dan ketakutan.
Posisi mereka ditukar dan giliran Heinz Pula untuk memandu. Dalam perjalanan ke Malik's Holding, Ayyana tidak berhenti-henti mentertawakan mereka berdua.
"Eh Ayyana Kau ni Nasib Bini boss aku tau? Kalau tak dah lama aku campak keluar" Ucap Ridhuan dengan kesal, dikerling wajah Ayyana dengan hujung Mata membuatkan Ayyana makin tidak berhenti gelak.
"Wow side eyes HAHAHAHA!" Gelak Ayyana. Dirinya tidak mampu berhenti ketawa sehingga terkeluar air Mata.
Ridhuan merengus kegeraman dan menyilangkan tangannya di atas dada. Seolah-olah menunjukkan dirinya Sedang kesal disebabkan oleh kebodohan yang Baru sahaja dilakukan oleh gadis itu.
Setelah 25 minit memandu akhirnya mereka tiba juga di hadapan bangunan Malik's Holdings. Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut dan pergi ke Office Milik Zayyan untuk menbincangkan soal hal mengenai semalam.
-𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒎𝒚 𝒍𝒐𝒗𝒆-
YOU ARE READING
ZAYYAN MIKAEL
Romance(Siapa yang percaya Zayyan Mikael seorang CEO terkenal di serata dunia yang anti kepada kisah percintaan. Percintaan baginya hanya sekadar membuang masa. Namun apakah yang terjadi setelah diputuskan oleh bapanya sendiri untuk menjodohkan dirinya den...