Arianna berjalan seorang diri tanpa hala tuju di tepi jalan. Air hujan yang lebat membasahi seluruh tubuhnya. Kini tubuhnya menggigil kesejukkan. Tenaganya sudah melemah membuatkan dirinya terduduk di pinggir jalan di bawah air hujan yang lebat bercucuran.
✰✰✰✰✰
Puan Lina dan Ayyana baru sahaja keluar dari mall. Driver Puan Lina iaitu Pak hasyim sudah menunggu mereka untuk keluar dihadapan pintu gerbang mall tersebut. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam Anak perut kereta.
Dalam perjalanan , hujan semakin deras membuatkan jalan agak sedikit licin. Pak Hasyim memperlahankan kenderaan untuk mengurangai kecelakaan yang akan berlaku sewaktu hujan.
Biar lambat asalkan selamat.
Sedang berhenti di lampu Merah. Mata wanita tua itu berpandang ke arah luar. Terlihat seorang gadis yang berpakaian jubah berwarna putih yang terduduk di pinggir jalan dan dibasahi oleh hujan. Puan Lina segera meminta Hisyam untuk memberhentikan kereta ke tepi jalan.
Payung yang berada di seat belakang di capai dan dibuka sebelum melangkah keluar dari kereta. Puan Lina menghampiri gadis tersebut dan mengajaknya masuk ke dalam kereta.
Ayyana menghulurkan sehelai tuala untuk gadis itu memanaskan badan. Gadis itu menggigil kesejukkan. Tidak berhenti gadis itu mengucapkan terima kasih kerana membantunya ditengah hujan yang lebat.
"Macam mana awak boleh Ada dekat situ ? Bahaya lah malam-malam macam ni dekat luar sorang-sorang. Dah lah sejuk pulak tu." Soal Ayyana Matanya terkebil-kebil memandang gadis tersebut yang masih menggigil.
Gadis itu tidak mengatakan sepatah kata pun dan hanya tersenyum kekok.
Setibanya di rumah agam Tuan Malik. Puan Lina menjemput gadis cantik itu masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri. Ayyana meminjamkan gadis itu baju yang tertutup dan sopan untuk dipakai dan sehelai tudung sarung.
Usai sahaja gadis itu Mandi. Dia berjalan ke arah ruang tamu dimana Ayyana dan Puan Lina berada.
"Aunty , akak.. Nama saya Arianna Emilia. Saya sebenarnya baru je kena halau keluar sebab masalah peribadi. Saya bersyukur sangat aunty dengan akak nak bantu saya. Bagi saya pinjam baju dan tudung ni.. Saya terharu sangat" luah Arianna sambil tersenyum Manis. Dia betul-betul bersyukur atas kehadiran dua hamba Allah ini yang sanggup membantunya selepas dirinya dihalau keluar dari rumah oleh bapanya sendiri.
"Tak apalah Arianna. Aunty memang suka bantu orang yang dalam kesusahan. If Arianna nak tinggal sini pun boleh. Boleh temankan aunty dekat sini. Lagipun Ayyana bukan selalu Ada dekat sini. Arianna tinggal disini ye dengan aunty? Buat macam rumah sendiri." Ujar Puan Lina. Tangan kanan Arianna ditarik dan diusap lembut.
Arianna tersenyum kekok. Segan Pula dirinya untuk tinggal disini. Dia tidak mau menyusahkan Puan Lina. Lagipun dia tidak tahu bagaimana dia hendak membalas kebaikkan wanita tua itu.
"Boleh ya? Tinggal dekat sini."
"Tak menyusahkan aunty ke?" Arianna tersenyum kekok.
"Tak menyusahkan pun lah! Aunty lagi suka ada lah!" Puan Lina tergelak kecil. Dia betul betul inginkan gadis itu menetap dirumahnya. Dia suka cara gadis itu. Cantik,lemah lembut, sopan sahaja bila bercakap.
Tidak lama Kemudian Arianna mengangguk tanda setuju membuatkan Puan Lina melompat kegirangan.
"Mama hati-hati tubuh mama tu bukan kuat sangat tau?" Tegur Ayyana sambil menggelengkan kepalanya berkali-berkali. Puan Lina hanya tersengeh dan kembali duduk.
Sedang mereka rancak berbual Arianna meminta diri pergi ke dapur untuk membuat air. Sedang Arianna mengucau air. Hafiz lelaki muda yang berusia 20 tahun itu masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang yang berada di dapur. Hafiz anak kepada pakcik Hisyam yang bekerja disana sebagai penjaga kebun dan taman.
"Eh Puan Ayyana ada disini?" Tegur Hafiz dengan ramah. Menghampiri kaunter dapur dimana Ayyana berada.
"Iya Hafiz, tak lama pun nanti balik lah.." Ayyana hanya tersenyum dan tangannya mencapai bekas gula sebelum memasukkan beberapa sudu gula ke dalam air.
✰✰✰✰✰
Zayyan, Heinz dan juga Hayes baru sahaja tiba di perkarangan Rumah Tuan Malik. Mereka melangkah masuk kedalam dan melihat Puan Lina sedang bergurau senda bersama seorang gadis.
Tetapi tidak pada Zayyan matanya sibuk memerhati Ayyana yang seronok berbual dengan Hafiz didapur. Buku limanya digepal kual sebelum melabuhkan punggung di atas sofa di sebelah puan Lina.
Pada awalnya Heinz belum perasan siapa gadis yang ibu tirinya itu bersembang tetapi selepas sahaja dia mengambil tempat berhadapan dengan gadis itu. Dia Tahu siapa gadis yang berada di hadapannya sekarang ini. ARIANNA EMILIA BINTI WILDAN.
"Kau! Buat apa kau dekat sini hah?!" Heinz menundingkan jari terlunjuknya ke arah Arianna. Dahi gadis itu berkerut. Tidak faham apa yang dimaksudkan dengan lelaki yang berada dihadapannya sekarang ini.
Zayyan dan Hayes memandang ke arah Heinz dengan riak wajah yang aneh.
"Kau dah kenapa Heinz? Buang tebiat?" Soal Hayes.
"Perempuan tu! Arianna Emilia binti Wildan." Kata-kata itu membuatkan semua pandangan tertuju ke arah Arianna. Dia? Anak kepada Wildan?
"M..macam mana awak kenal Saya?" Bergetar suara Arianna menanyakan semula. Dia juga turut terkejut. Bagaimana lelaki yang baru sahaja dia temui sudah mengetahui tentang dirinya.
"Eh aku tahu lah pasal Kau! Perempuan macam Kau tak layak jejakkan kaki dalam rumah ni!" Jerkah Heinz dengan nada yang cukup tinggi.
Hayes mencuba menenangkan Heinz. Tanpa Arianna sedari, air Mata berharga miliknya jatuh sekali lagi membasahi pipinya. Puan Lina Cuba menenangkan Arianna. Dia tahu masalah Anak tirinya itu dengan Wildan. Tapi dia yakin Arianna tidak bersalah.
-𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒎𝒚 𝒍𝒐𝒗𝒆-
YOU ARE READING
ZAYYAN MIKAEL
Romance(Siapa yang percaya Zayyan Mikael seorang CEO terkenal di serata dunia yang anti kepada kisah percintaan. Percintaan baginya hanya sekadar membuang masa. Namun apakah yang terjadi setelah diputuskan oleh bapanya sendiri untuk menjodohkan dirinya den...