Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Sudah seminggu Arianna menetap di rumah agam Tuan Malik. Cuma Hayes, Tuan Malik dan Puan Lina sahaja yang melayannya dengan baik. Tapi tidak bagi Heinz. Sejak dia mengetahui kematian ibunya berpunca dari Wildan. Hatinya menjadi benci dan jijik setiap Kali memandang wajah Arianna.Rambutnya masih kusut. Hanya memakai selehai seluar pendek yang panjangnya hingga paras lutut sahaja. Rambut kusutnya di remas dengan kasar tapi sedikitpun tidak membuatnya terlihat buruk. Makin tampan adalah! Terlihat otot lengannya, dada sasa miliknya dan sixpack yang tersusun cantik.
Heinz melangkah ke Anak tangga menuruni ke tingkat satu. Kakinya terus berjalan ke arah dapur. Terlihat Arianna yang sedang memasak nasi goreng di dapur berseorangan. Heinz mendekati gadis itu dari belakang.
"Sampai bila kau nak duduk sini? Aku meluat tengok muka kau." Sinisnya sambil mengambil cawan dan dibawa ke arah dispenser yang berjenama coway tersebut. Matanya tajam menatap ke arah Arianna.
Gadis itu hanya diam dan melanjutkan memasak. Mencuba untuk tidak terasa dengan hinaan yang baru sahaja ia dengari. Tatapannya hanya kosong. Digaul nasi goreng yang berada di dalam kuali dan diambil secubis garam dan ditaburkan ke dalam nasi.
"Kau mesti murah juga kan? Macam kakak kau pelacur pft" Heinz melepaskan ketawa puas apabila dia melihat wajah Arianna menahan amarah.
Gadis itu menatap tajam ke arah Heinz.
"Apa hak awak nak cakap saya murah? Awak cermin diri awak dulu sebelum nak mengata saya!" Pekiknya tapi tidak terlalu kuat. Hanya sebatas kawasan dapur sahaja yang kedengaran.
Heinz ketawa sinis dia merapatkan tubuhnya ke arah Arianna membuatkan gadis itu mengundur kebelakang sehingga badannya tidak lagi boleh bergerak kerana dihalang oleh kaunter dapur. Tubuh gadis itu di perangkap menggunakan kedua belah tangan sasanya. Ditarik lembut pinggang Arianna mendekati tubuhnya sehingga tiada lagi jarak antara mereka.
"A..awak buat apa ni?! Awak dah gila ke Heinz?!" Pekiknya. Mencuba sedaya untuk menolak tubuh sasa lelaki itu. Tapi Heinz terlalu kuat sehingga badannya tidak beranjak sedikitpun.
"Why ? Are you scared kitten? Hm?" Senyuman sinis terukir di bibirnya apabila dia melihat wajah Arianna yang kelihatan panik. Tangan kasarnya menghinggap pada pipi kanan Arianna. Dibelai lembut pipi gadis itu.
"Awak! Kita bukan mahram! Jangan sentuh saya lah!"
"Bukan kau ni perempuan murahan ke kitten? Macam kakak kembar kau tu, simpanan Dato-dato. Ada hiv pulak tu" pegangan di pinggang Arianna semakin diketatkan membuatkan gadis itu berdecit kesakitan.
Wajah Heinz didekatkan ke arah Arianna. Baru sahaja bibirnya ingin bertembung dengan bibir Arianna tapi diganggu oleh kehadiran Puan Lina.
"Heinz! What do you think you are doing?! Kissing her huh?!" Jerkah Puan Lina. Wanita tua itu menarik lengan Arianna untuk menjauhi Heinz.
YOU ARE READING
ZAYYAN MIKAEL
Romance(Siapa yang percaya Zayyan Mikael seorang CEO terkenal di serata dunia yang anti kepada kisah percintaan. Percintaan baginya hanya sekadar membuang masa. Namun apakah yang terjadi setelah diputuskan oleh bapanya sendiri untuk menjodohkan dirinya den...