BAB 5

54 2 0
                                    

GELAK tawa kedua-dua pihak di ruang tamu hanya didengar samar-samar dari telinga Khalisya yang sibuk menuang makanan di atas pinggan. Beruntunglah pihak lelaki datang, bakal menantu dah siap-siap masak air tangan sendiri untuk dapat approval daripada pihak lelaki. Begitu lembut dan sopan Khalisya membuat kerja dapur sehinggakan tiada bunyi gelas mahupun pinggan yang berbunyi.

"Itulah, saya dengar juga cerita dari Khalisya pasal keluarga bakal besan saya ni." Senyuman tidak lekang dari wajah Redza. Melihatkan keluarga besar yang mempunyai ayah, ibu, abang, kakak, adik lelaki dan juga adik perempuan itu benar-benar mengagumkan di mata Redza.

"Sebernanya kami ni tinggal dengan Hairy. Anak lelaki saya ni dah kahwin. Anak perempuan saya ni pula dok menyewa dengan kawan. Yang si adik tu pula belajar dekat Melaka sana." Terang Mael, bapa Hairy a.k.a bakal bapa mentua Khalisya dan juga bakal besan Redza.

Khalid hanya perhati sosok tubuh Hairy yang masih setia duduk di sisi adik perempuannya dengan penuh kesopanan. Duduk memang sopan tapi mata tu dok melilar cari bakal tunang. Hah, gatal!

Tatkala anak matanya sibuk mengintai ruang dapur, dia terhenti apabila menangkap mata Khalid yang masih menatapnya dengan penuh rasa curiga. Hairy pula sudah tergaru-garu kepala menahan malu. Nampak sangat ke dia ni mencari Khalisya?

Dia ni bukanlah lelaki yang gatal ataupun pandang tubuh seorang perempuan tanpa ikatan halal tapi... Dah sayang, nak buat macam mana? Anggapan dia bila dia datang ke sini, Khalisya akan berkepit dengan dia. Aduhai, hati dah jerit kerinduan dah ni!

"Uncle, saya jumpa Khalisya kejap ya?" Tegur Hairy secara mengejut membuatkan semua mata di ruang tamu itu memandang.

Redza hanya tersenyum dan angguk laju. Nak risau apa kalau selama ni Khalisya dan Hairy memang selalu berdua walaupun tanpa kebenaran Redza. Inikan pula di dalam rumahnya sendiri. Hah, beranilah Hairy buat benda bukan-bukan. Memang tak jadi korang dua ni nak kahwin. Gamaknya Redza terus haramkan anak perempuan dia itu untuk berimpian ada rumah tangga walaupun dengan lelaki lain. Selembut-lembut Redza pun, dia masih tahu bila mahu bertegas. Mungkin sebab itu juga dia berjaya didik dan besarkan si kembar itu dengan jayanya.

Hairy bangun dari terus melabuhkan punggung di sebelah adik perempuannya dan buka langkah perlahan menuju ke ruang dapur. Apabila dia sudah selamat tiba, anak matanya memandang sosok tubuh Khalisya yang masih sibuk menyiapkan lauk-pauk tanpa sebarang suara. Aduhai, comel lah pula kekasih dia yang seorang ini.

Perlahan-lahan dia melangkah mendekati Khalisya dan tangan kirinya sengaja mengusap pinggang kiri Khalisya dan ditarik sehingga ke pinggang kanan gadis itu. Cepat saja Khalisya berpaling, terkejut dengan tindakan seseorang yang tidak dikenali itu. Apabila dia menoleh ke kanan, terlihat sosok tubuh Hairy setia berdiri di sisinya dengan senyuman manja.

"Zulhairy!" Dia tengking perlahan dan pukul lengan jejaka itu manja.

Hairy ketawa kecil dan usap lengannya sebelum dia adu kesakitan. Aduhai, ayu tapi macam singa bila marah kekasih dia ni!

"What?" Dia masih ketawa, terhibur tengok kerutan berlapis-lapis di dahi licin Khalisya.

"Kalau babah nampak nanti macam mana?" Rungutnya perlahan dan ketawa Hairy tadi mati seketika. Dia tersenyum manis dan geleng kepalanya, menafikan hal tersebut.

"Babah you sibuk bual dengan parents i, baby. I cari you tapi dari tadi you sibuk masak. Nak pandang i, jauh sekali. Dah pandai jual mahal eh?" Dia cuit hidung Khalisya manja dan Khalisya tersenyum tipis.

"Nanti babah marahlah nampak kita rapat-rapat. You tahu kan babah tegas sikit pasal agama."

Dan senyuman Hairy mati pula kali ini. Tegas tentang agama? Ya, Redza sangat tegas dalam mendidik agama. Tapi Hairy pula... Sebaliknya.

𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐝 & 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚: 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now