BERLAPIS dahinya dengan mata yang masih tertutup. Panas terasa. Bahang... Dahi juga sudah mula berpeluh. Ketika itu, hanya suara samar-samar milik seorang jejaka kedengaran. Mindanya turut berimaginasi akan sesuatu perkara. Perkara yang dia tidak pernah tahu akan terjadi...
Sentuhan.
Nada suara keras itu menjadi lembut.
Dan kemaafan.
"Abang minta maaf."
Dan...
"BUSH!"
Seakan-akan dirinya berada di taman tema air! Secara tiba-tiba dirinya disimbah air yang sejuk dan banyak. Dia yang tadi berpeluh, kini sudah mula terasa sejuk. Laju saja dirinya yang terbaring itu bangun terduduk dengan nafas yang cuba diambil.
Apabila wajahnya diusap dengan kedua-dua belah tapak tangan, matanya turut dibuka. Jelas lagi nyata sosok tubuh si ayah memegang baldi merah kelihatan. Nafasnya naik turun, matanya tajam memandang Hayfa.
"Daddy..." Gerun! Dia tengok wajah Haidar saja dia tahu Haidar sedang marah. Tapi... Apa puncanya?
Anak mata Haidar beralih memandang sebelah Hayfa pula, seakan-akan memandang seseorang. Apabila kepala Hayfa toleh memandang sebelah, sosok tubuh Khalid turut terduduk di sebelahnya. Dan jejaka itu... Tidak berbaju!
✰✰✰✰✰
"DADDY!" Lengan Haidar dipegang erat.
Haidar tidak berpaling, malah membiarkan saja anak perempuannya itu pegang erat lengannya. Biarlah mereka menjadi saksi hal ini. Daripada mereka tertipu, biar mereka tahu saja apa yang terjadi. Hayfa dan Khalid sepatutnya bersyukur, hal ini tidak dibincangkan di hadapan para tetamu sebab Haidar sendiri sudah mengatakan bahawa tiada majlis pertunangan yang akan berlangsung hari ini.
Najwa mendiamkan diri. Mata sudah berkaca tetapi dia tahan. Najwa... Biarlah dia mendiamkan diri buat masa sekarang. Dia takut kata-katanya sendiri akan memakan diri.
Khalisya, Yusof, Mya, Zhafran dan Auny hanya memerhati. Nasib baik saja Hairy tiada hari ini. Sibuk kerja katanya.
Redza pula sudah masam mencuka memandang Khalid yang masih basah rambutnya akibat disimbah oleh Haidar beberapa minit lepas.
Khai? Jangan disebut tentang jejaka itu. Dia masih terkilan. Sangat terkilan. Dia hanya mampu memasang telinga, termenung bagai hilang anak. Senyuman yang siang tadi semua orang ukirkan, kini sudah hilang dalam sekelip mata.
Khalid dan Hayfa ditangkap khalwat!
"Sumpah, daddy. F...Fa tak tahu..."
"Kau main sumpah dengan aku, Hayfa..." Keras nada itu kedengaran. Suasana kini menjadi tegang, tiada siapa yang berani bersuara.
"Khalid..." Suara Redza perlahan menegur tetapi mampu didengar oleh semua penghuni di dalam rumah itu.
"Babah..." Dia seakan-akan menyesal walaupun pada hakikatnya, dia seronok.
"Khalid buat apa ni...?"
"Uncle Ja... Sumpah..." Hayfa mencelah tetapi pantas dipotong Redza.
"Aku... Tak cakap dengan kau..." Dan dia bagai meletakkan kesalahan pada Hayfa kali ini. Anak matanya beralih memandang Khalid. Entah kenapa matanya berkaca, kecewa dengan apa yang anak lelakinya lakukan.
"Kau buat apa, Khalid? Aku tanya ni..." Tiada sedikit pun nada kelembutan kini.
Haidar kini sudah menepis tangan anak perempuannya, menatap Hayfa dengan penuh rasa kecewa.
YOU ARE READING
𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐝 & 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚: 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 | 𝐎𝐆
RomanceDibantu oleh: Elyaa Khalid Rasydan, jejaka yang sentiasa dingin. Mr. Ice! Beku kalah ais. Khalisya Raiqa, seorang wanita yang sentiasa murah dengan senyuman, tutur bahasanya juga sopan. Memang ramai jatuh cinta! Khalid dan Khalisya. Bercinta? Tida...