KAKINYA masih tak reti duduk diam di bawah meja makan. Dari tadi digoyangkan bagai gementar akan sesuatu perkara. Yang lain sibuk menjamu selera dengan gelak tawa serta berbagai topik dikeluarkan. Tapi lain pula pada Khalid dan Hayfa.
Khalid dari tadi tak henti menatap Hayfa dengan riak selambanya manakala Hayfa cuba menayang wajah tenangnya walaupun kadang-kala dia mengerling ke arah Khalid dengan penuh rasa gementar. Khai setia di sisi Hayfa, menjamu selera tanpa sedari tingkah laku Hayfa dan Khalid. Mereka yang berada di meja makan masih hidup dalam dunia mereka. Mana nak sedar tingkah laku Hayfa dan Khalid ni kalau dua-dua ni dari tadi mendiamkan diri saja?
"So Khalid, dah tahu apa nak buat lepas ni?" Tegur Najwa lembut selepas sekian lama tidak mendengar suara Khalid.
"Jaga babah, jaga Khalisya, jaga diri and maybe bakal menantu babah?" Matanya tak mahu lari dari memandang Hayfa. Pada akhir ayat, dia mula memandang mereka dengan penuh makna. Pastilah mereka pelik jika perkataan terakhir Khalid itu bagaikan tersimpan 1001 rahsia.
"Bakal menantu babah?" Khalisya mencelah.
Yang ini, jujur dia pun tak faham. Biasanya rahsia Khalid, pasti Khalisya tahu tapi nampak gaya kali ini memang Khalid pun tak cerita pada adik kembarnya.
"Baru cerai tadi, dah jumpa pengganti?" Sakat Haidar perlahan dan Khalid senyum tipis, bagai membiarkan mereka menyakat sedangkan dia sedang bercakap jujur sekarang ni.
"Hay, esok siap. Abang bawa pergi gallery abang." Dia menukar topik, serta-merta pandangan turut dilarikan ke arah Hayfa.
Hayfa yang terkebil-kebil langsung menjongket alisnya. "Hah?"
"Esok siap, abang nak bawa Hay pergi gallery."
"Tapi esok Hay ada kelas." Bukan alasan tapi memang dia ada kelas esok.
"Habis kelas, abang ambil."
"Tapi Hay dah janji dengan Khai untuk..."
"Cancel." Arahnya selamba.
Dia tak peduli dimana mereka berada atau apa status mereka sekalipun. Apa yang dia nak, dia akan dapat. Jika dia nak Hayfa ikut dia, maka Hayfa harus ikut. Muktamad!
"Tapi Hay dah janji dengan Khai..." Dia bagai mula mahu meninggi suara tapi pantas Khai mencelah.
"Eh, tak apa. Kau pergilah ikut Abang Khalid. Esok aku boleh lepak dengan kawan-kawan aku saja kalau plan kita tak jadi." Ikhlas dia menjemput Hayfa untuk mengikut Khalid. Keluar dengan abang sepupu saja, bukan? Bukan dengan lelaki lain pun.
Khalid simpan senyumnya. Dalam hati sudah sumpah seranah Khai kerana tunjuk kebodohannya yang jelas terang lagi bersuluh di hadapan Khalid. Senang juga dia nak umpan Hayfa kalau Khai asyik senang hati benarkan Hayfa keluar dengan lelaki lain.
"Hayfa..." Haidar mula memanggil membuatkan semua mata memandang Haidar serentak. "Betul ke tadi Khai kata dia nak plan bertunang dengan Fa?"
Dan Hayfa angguk tanpa sebarang bantahan. Terus tersengih sampai ke telinga dibuatnya. Seronoklah! Dia bakal bertunang dengan jejaka yang mencintainya dengan sepenuh hati. Dan tipu jika Najwa dan Haidar mengatakan bahawa mereka tidak suka. Malah, rasa bangga nak bermenantukan Khai a.k.a anak Zhafran Nazier.
YOU ARE READING
𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐝 & 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚: 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 | 𝐎𝐆
RomanceDibantu oleh: Elyaa Khalid Rasydan, jejaka yang sentiasa dingin. Mr. Ice! Beku kalah ais. Khalisya Raiqa, seorang wanita yang sentiasa murah dengan senyuman, tutur bahasanya juga sopan. Memang ramai jatuh cinta! Khalid dan Khalisya. Bercinta? Tida...