HAIRY pandang jam di tangan, laju dia melarikan pandangan memandang anak tangga pula. Masih tiada tanda-tanda cik isteri mahu turun bersalaman dengan dia sebelum dia keluar pergi ke kerja. Bunyi Luna membasuh pinggan mangkuk pula kedengaran di ruang dapur. Wajah Redza bagaikan masih risau dengan anak perempuannya manakala Khalid sedaya-upaya cuba berbual dengan Redza.
Perlahan-lahan kaki Hairy dibuka melangkah naik anak tangga. Lagi lama dia menunggu Khalisya di bawah ni, lagi lambat lah dia pergi ke kerja nanti. Mahunya majikannya membebel, habis dipotong gaji sebulan!
Apabila pintu bilik sudah berada di hadapannya, dia ketuk perlahan. Tombol pintu dipulas dan kepalanya masuk mengintai sedikit keadaan di dalam.
Pintu dia buka luas. Sosok tubuh Khalisya jelas sedang duduk di atas katil menghadap cermin di dalam bilik. Hairy tutup pintu perlahan, cuba mendekati si isteri yang masih diam membisu. Dia bagaikan anak patung, kaku saja terduduk di atas katil.
"Baby..." Hairy tersenyum tipis dan labuhkan punggung di sebelah Khalisya. Khalisya berganjak sedikit, malas nak dengar pujukan encik suami.
"Baby, i nak pergi kerja dah. Tak nak hantar i sampai ke kereta?"
"Sejak bila pula kehadiran i ni dihargai you, babah, Khalid and Luna?" Laju dia melarikan pandangan memandang Hairy. Jejaka itu langsung berlapis dahi, cuba memahami apa yang Khalisya cuba sampaikan.
"Baby, apa you cakap macam ni? I, Khalid, Luna, babah... Semua sayang you lah..."
"Kalau sayang, babah tak kata lah pasal mati! Kalau babah sayang i, babah tak halau lah i keluar dari rumah ni tinggalkan dia seorang diri macam i ni buat semak saja dekat dalam rumah ni!"
"Khalisya, you sedar tak you cakap apa? Babah nak halau you? Babah tu sayang you lebih dari nyawa dia sendiri tau, orang buta pun nampaklah benda tu, Qa!"
"Dia tak sayang i pun lah, Hairy! Entah-entah dia masih tak boleh terima kehadiran i dengan Khalid sebagai anak-anak dia. Iyalah, kan kiteorang ni punca isteri dia mati."
Dan Redza hanya terdiam kaku di hadapan bilik Khalisya. Tak terima? Khalid dan Khalisya bagaikan nyawa yang perlu dia jaga. Mereka amanah Khadeeja pada Redza. Ya, dia yang bodoh. Dia seorang suami dan ayah tak guna selepas kehilangan Khadeeja. Dia tak mengaku Khalid dan Khalisya itu anak-anaknya, malah dia menyalahkan mereka dan takdir. Tapi sudah bertahun lamanya dia menjaga si kembar itu. Kenapa Khalisya masih mempertikaikan hal itu terhadap Redza?
"Qa, you sedar tak you cakap apa?! Bawa mengucap boleh tak? Kalau babah dengar nanti, kecil hati dia!" Hairy pula mengetap rahang, tak berkenan dengan apa yang Khalisya ungkapkan tadi.
"Eh, betullah apa i cakap! Dia jaga kiteorang sebab terpaksa tapi kiteorang jaga dia sebab kiteorang masih kenang budi dia menjaga kiteorang daripada kecil!"
"Babah?" Khalid yang baru tiba di hadapan bilik Khalisya langsung memandang wajah sayu si ayah. Redza beralih pandangan, menahan air mata daripada gugur.
"Are you okay, babah?"
Redza senyum tipis dan angguk sekali. "Babah nak lawat kubur umi..." Dia berpaling ke biliknya pula, mahu siapkan diri. Biarlah dia meluah rasa pedih dalam hati ini pada Khadeeja.
"Qa, what is wrong with you?! Boleh tak jangan terlalu ikutkan ego tu sangat? I yang dengar ni pun boleh terasa, apa you fikir kalau babah atau Khalid dengar nanti? Terasa dorang tau!"
Hairy berdiri menghadap Khalisya, pinggang dicekak bagai menahan sabar yang sudah mula mencapai limit di dada. Nafasnya laju kali ini. Khalid yang berada di luar bilik hanya mampu tersentak. Niatnya naik ke atas ni nak pujuk Khalisya tapi lain pula dia dengar. Aduhai, baru kahwin beberapa hari dah gaduh?
YOU ARE READING
𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐝 & 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚: 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 | 𝐎𝐆
RomanceDibantu oleh: Elyaa Khalid Rasydan, jejaka yang sentiasa dingin. Mr. Ice! Beku kalah ais. Khalisya Raiqa, seorang wanita yang sentiasa murah dengan senyuman, tutur bahasanya juga sopan. Memang ramai jatuh cinta! Khalid dan Khalisya. Bercinta? Tida...