HAYFA tatap telefon bimbitnya itu lama. Penghawa dingin yang sudah dipasang sejak malam semalam langsung tak berniat untuk ditutup. Selimut tebal berwarna putih itu menutup seluruh tubuh Hayfa kecuali tangan dan kepala. Setiap lima minit, pasti telefon berjenama Apple itu diangkat. Matanya sedikit kuyu akibat menangis keterlaluan. Kini, matanya basah tetapi tidak mampu lagi untuk mengalirkan air mata.
Sejak kejadian yang menimpa diri dan keluarganya, Khai langsung tak berhubung dengannya. Malah, Khai hanya membaca mesej-mesej Hayfa tanpa membalas, seakan-akan tak mahu lagi ada apa-apa hubungan dengan gadis itu. Hayfa pula tidak henti menelefon 'tunang tak jadi' itu untuk menerangkan hal yang sebenar. Sejujurnya, dia takut segalanya sekarang ini termasuklah hilang Khai.
Dan tatkala dia sedang menatap mesejnya yang hanya dibaca oleh Khai itu, satu notifikasi masuk secara tiba-tiba.
"Makan."
Dengan hanya satu perkataan, bibir Hayfa mengukir satu senyuman tipis. Dia tahu mesej itu datangnya daripada Haidar. Meskipun dia sudah malukan nama keluarganya, Haidar tak pernah lupa untuk mengajak anak tunggalnya itu makan bersama. Bagi Haidar, Hayfa masih anaknya tetapi mungkin ego masih disanjung tinggi oleh lelaki pertengahan usia itu.
Hayfa buka mesej bapanya itu dan dia tatap ia lama. Dulu, Haidar lah yang sering kali mesej untuk bertanya khabar. Tidak pernah Haidar membalas mesej Hayfa dengan satu patah perkataan saja, malah lebih. Tetapi sejak kejadian malang itu, tiada lagi mesej yang panjang daripada Haidar. Sosok tubuh badan Haidar untuk hadir ke dalam bilik Hayfa juga tidak lagi kelihatan. Dia seakan-akan hilang kasih sayang daripada seorang ayah.
"Okay, daddy."
Itu saja yang mampu dijawab oleh gadis itu sebelum rimut penghawa dingin diangkat dan butang off ditekan, seraya penghawa dingin itu dimatikan. Selimut yang menutupi tubuhnya tadi langsung diselak ke tepi dan dirinya berdiri tegak di sisi katil bersaiz queen itu. Langkahnya dibuka, menuju ke pintu bilik.
Tangga yang berada tidak jauh darinya itu menjadi destinasi seterusnya. Hayfa menuruni anak tangga setapak demi setapak. Kedengaran perbualan samar-samar orang tuanya kedengaran di ruang dapur tetapi itu langsung tidak menghalang Hayfa untuk terus melangkah.
"Kenapa you tak nak dengar explanation dia? Bukan ke you selalu dekat side dia? Kenapa kalini you tak percaya dia, Dar...?"
"Jangan spoil mood i, Najwa..." Keras nada Haidar membuatkan Hayfa yang mendengar itu berhenti melangkah. Jika Hayfa hanya mampu mendengar, Najwa pula mampu melihat perubahan riak wajah Haidar apabila dia mula buka topik tentang anak tunggal mereka itu.
"I pun kecewa, sayang tapi Hayfa mesti lagi kecewa. Semua orang tahu dia anak emas you, Haidar. You nak marah dia susah sekali. Now kenapa tetapkan jurang antara you dengan dia pula?" Tegur Najwa lembut.
Walaupun nada dan riak wajah Haidar sudah berubah, ia tidak menghalang Najwa untuk mengorek isi hati Haidar yang selama ini suaminya itu pendam seorang diri. Pastilah dia tahu keakraban Hayfa dan Haidar itu bagaimana, malah masalah Hayfa pun dia tidak pernah tahu kecuali Haidar.
Bunyi cawan kaca diletakkan di atas meja kedengaran. Haidar berdecit, berpura-pura benci akan anak perempuannya itu sedangkan hati berkata lain. Kalaulah anak bininya tahu betapa risaunya dia terhadap Hayfa. Biarlah dia tak nampak wajah Hayfa, janji dia tahu perut anak perempuannya itu terisi. Kerana itulah dia tidak pernah lupa untuk mengajak Hayfa makan sekali. Dia tak mahu satu-satunya puteri yang disayangi itu sakit dari segi fizikal, mahupun mental. Haidar tahu jurang yang dia tetapkan ini hanya akan menyakiti mental Hayfa tapi ego Haidar masih tinggi. Dia perlukan masa untuk kembalikan hubungan akrabnya bersama Hayfa.
YOU ARE READING
𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐝 & 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚: 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 | 𝐎𝐆
RomanceDibantu oleh: Elyaa Khalid Rasydan, jejaka yang sentiasa dingin. Mr. Ice! Beku kalah ais. Khalisya Raiqa, seorang wanita yang sentiasa murah dengan senyuman, tutur bahasanya juga sopan. Memang ramai jatuh cinta! Khalid dan Khalisya. Bercinta? Tida...