GADIS itu menjongket alis dengan riak wajah menyampahnya. Muka memang tak nak cover dah. Dia makin menyampah dengan Khalid ada lah! Ugh!
Khalid setia menghulurkan kotak berjenama Apple yang masih kemas tertutup hanya setia bersama senyuman di wajahnya. Tak tenang hidup dia apabila Hayfa bagai bencikan dirinya. Mesej tak reply, call tak jawab. Memang mereka tak ada apa-apa hubungan selain hubungan saudara-mara tetapi...
Ya, Hayfa tak balas mesej sebab telefonnya pecah. Itu tak apa, tapi apa pula alasan jika Khalid sudah berulang kali buat panggilan telefon rumah Haidar? Apabila dijawab dan telinga Hayfa menangkap suara Khalid, pasti panggilan dimatikan.
"Apa benda ni?" Tanya Hayfa kasar.
"Fon?" Entah ayat penyata atau soalan yang diajukan.
"Untuk?" Jawab Hayfa pantas.
"Semalam kan abang pecahkan fon Hay..."
"Hay tak nak." Tolaknya mentah-mentah. Dia kemudian cuba untuk beredar tinggalkan Khalid tetapi Khalid sekali lagi menghalang langkah Hayfa.
"Please? Abang nak mesej Hay, call Hay... Abang dah masukkan dah nombor abang dalam ni."
"Hay tak minta."
"Abang nak bagi."
Berbahas! Buang masa saja berbahas dengan Khalid depan universiti Hayfa ni. Mahunya orang lain nampak Khalid di sini, kena sergah pula nanti. Bukannya ada orang tahu yang Hayfa dan Khalid ini sepupu. Aduhai...
"No, thanks." Dia melangkah melepasi Khalid tapi laju saja tangan Khalid mencapai pergelangan tangan Hayfa. Serentak Hayfa berpaling dan tepis jejaka itu kasar.
"Tak malu?" Ujarnya tanpa memikirkan apa-apa lagi. Sakit hati betul!
"Tak. Abang takkan malu nak dapatkan apa yang abang nak." Kali ini bukan saja wajah, malah pakej nada suara Khalid pun bertukar. Mungkin tak tertahan amarah di dada.
Tak sempat Hayfa menjawab, tapak kasut seorang jejaka berlari mendekati mereka kedengaran. Jejaka itu kemudian berhenti di tepi Hayfa dan hulurkan cawan plastik yang diisi penuh dengan teh ais. Hah, dapat teh ais pada cuaca panas ni bagaikan satu nikmat.
"Panas betullah..." Selamba saja jejaka itu mencelah. Hayfa yang tadinya penuh dengan amarah, kini sudah kembali tersenyum tipis melihat kehadiran Khai di sisinya.
"Untuk aku ke?"
Khai senyum tipis dan angguk laju. Dikesat peluhnya sedikit dan kepalanya berpaling memandang jejaka di hadapan pula. Serentak itu, cawan plastik yang dipegang Khai tadi diambil lembut oleh Hayfa.
"Eh, Abang Khalid." Khai senyum manis, menerima kehadiran abang sepupunya. "Abang nak jumpa Uncle Ja ke? Baru saja Khai terserempak dengan dia tadi. Rushing katanya nak masuk kelas." Ujar Khai jujur.
Memang dia terserempak dengan Redza di cafeteria tadi. Katanya nak kena cepat kejar kelas. Tak sempat pula nak ajak berbual.
Khalid angguk tanpa sebarang reaksi. Cemburu semakin menyerang dirinya, melihat mereka berkongsi straw, berkongsi senyuman. Hah! Tercabar!
Tangan Hayfa ditarik tanpa dipinta. Dia letakkan kotak berjenama Apple itu di tapak tangan Hayfa, serta-merta dia memberi bahasa isyarat untuk Hayfa terima saja pemberian Khalid.
"Pergh, iphone!" Seronok pula wajah Khai ditayangkan. Orang lain yang dapat, orang lain yang seronok.
"Hay tak nak." Hayfa selamba menghulurkan kembali tapi tak sempat Khalid membalas, Khai sudah rampas terlebih dahulu.
YOU ARE READING
𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐝 & 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚: 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 | 𝐎𝐆
RomanceDibantu oleh: Elyaa Khalid Rasydan, jejaka yang sentiasa dingin. Mr. Ice! Beku kalah ais. Khalisya Raiqa, seorang wanita yang sentiasa murah dengan senyuman, tutur bahasanya juga sopan. Memang ramai jatuh cinta! Khalid dan Khalisya. Bercinta? Tida...