"SO, meeting macam mana?" Najwa menyambung topik mereka di meja makan. Sambil-sambil mulut mengunyah makan malam, sambil-sambil itu mereka berbual.
"Alhamdullilah, great. Dia nak beli tiga lukisan Khalid, millionare kot!"
"Dari US?" Sambung Najwa dan Khalid angguk laju.
"Berapa dapat tu? Babah lupa nak tanya." Redza pula mencelah.
Huh, lukisan Khalid ni bukannya takat beratus. Ada yang beribu! Sampaikan jutawan dari luar negara pun mahu beli, berjaya betul jejaka kacak yang seorang ni!
"Beratus ribu juga, babah sebab lukisan yang dia beli tu bukan biasa-biasa. Memang ada yang puluh ribu. Paling murah yang dia beli belas ribu lah."
"Pergh! Open table lah, Khalid! Jangan simpan sorang!" Sorak Haidar dan ketawa mereka disambut-sambut di ruang makan itu.
"Boleh! Nanti kita plan satu hari, Khalid belanja. Boleh ajak Uncle Zhaf dengan Auntie Auny sekali, babah. Ajak semua!" Seronok, dia berpaling pula pada si ayah.
"Amboi... Nak makan mana?" Redza mengejek dan Khalid mengusap dagu, memikirkan dimana patut dia belanja mereka makan atas kejayaan dirinya sendiri.
"Makan tak best lah, babah. Holiday lah, Khalid belanja."
"Mentang-mentang dah kaya, nak belanja sampai ke holiday ya?" Sakat Haidar dan anak buahnya itu sudah ketawa kecil.
Huh, muka dan senyuman ini susah nak tengok di luar! Dalam media sosial dan depan keluarga saja senang nak jumpa senyuman Khalid macam ni.
"Baby, you makan tak?" Suara Hairy menegur si isteri sambil tangan sudah diangkat bagai mahu mengambil sesuatu dari pinggan Khalisya.
"Tak, nah..." Beberapa petai di atas pinggannya diambil dan diletakkan di pinggan Hairy pula. Khalisya ni memilih. Petai ni bukan taste dia lah!
"Eh, budak kecil. Makan jelah petai tu." Jeling Haidar membuatkan Khalisya mencebik. Haidar ni garang-garang pun suka sakat. Sebijik macam mana Hairy suka bergurau dengan Khalisya.
"Tak sedap, nanti mulut berbau."
"Diva." Khalid pula gumam.
"Khalid!" Bentak Khalisya kegeraman. Dua jejaka ni memang layak kena hempuk saja dengan Khalisya.
"Auch!" Khalid menjerit kecil apabila pinggangnya dicubit ketam oleh si isteri di bahagian pinggang.
"It's okay, Khalisya. Luna dah balaskan balik." Luna sengih bagai kerang busuk, sengaja berpihak pada adik iparnya. Khalid pula mencebik, geramnya!
Khalid kerling pula cawannya yang sudah kosong, habis air diteguk tadi. Melihatkan jug yang jauh daripadanya, rancangan nakal mula muncul di minda. Tangan diangkat dan mencapai cawan si isteri, dia pula meneguk air isterinya tanpa kebenaran.
"Babe!"
"What?" Alis dijongket tanpa bersalah.
"My drink!" Rungut Luna dan Khalisya bersama suaminya sudah ketawa kecil, seronok tengok cara Khalid membalas dendam.
"Revenge done." Dia cuit hidung Luna tanpa senyuman langsung meletakkan kembali cawan di atas meja. Luna merengek bagai anak kecil, geram betullah dengan Khalid ni!
Pelik tapi Khalid memang dingin dengan isterinya. Riak wajah dan cara pertuturan pun tak sama seperti Khalid bersama Khalisya. Dia melayan Luna seperti orang luar, malang sekali Luna tetap tak hiraukan hal itu kerana dia nampak Khalid ikhlas cintakan dia. Dalam nada yang keras itu, terletaknya kata-kata manis si suami.
YOU ARE READING
𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐝 & 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚: 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 | 𝐎𝐆
RomanceDibantu oleh: Elyaa Khalid Rasydan, jejaka yang sentiasa dingin. Mr. Ice! Beku kalah ais. Khalisya Raiqa, seorang wanita yang sentiasa murah dengan senyuman, tutur bahasanya juga sopan. Memang ramai jatuh cinta! Khalid dan Khalisya. Bercinta? Tida...