BAB 12

51 2 0
                                    

HAIDAR kehulur-kehilir di ruang tamu bagai menunggu seseorang untuk pulang ke rumah. Jari digigit perlahan, sudah tak senang duduk apabila mengingati kembali kata-kata Luna beberapa jam tadi.

"Ni korang tak balik ke? Dah lewat ni." Jam dinding dikerling dengan mata Haidar. Soalan yang diajukan oleh Luna langsung dijawab dengan gelengan.

"Babah kata nak sleep sini. So kiteorang pun tidur sini lah." Jawabnya jujur, serentak Haidar teguk air liur. Kalau Redza saja yang tidur di sini, dia terima. Jika diikuti oleh Khalid, tidak sama sekali! Tapi takkanlah dia nak halau pula?

"N...Nak guna guest room ke? Sebab biasanya kalau babah, Khalid and Khalisya stay sini, dorang tidur saja sebilik dengan babah. Tidur bilik umi tu lah." Terang Haidar menahan gugup.

"Tak apa, yang tu nanti Luna tanya Khalid. Rasanya Khalid mesti suruh Luna and Khalisya tidur guest room. Iyalah sebab takkan nak sebilik dengan Hairy and babah pula."

Haidar bagai mahu menepuk mulut sendiri. Tanya soalan tadi macam tak pakai otak! Betul juga. Takkanlah Luna nak tidur sebilik dengan Hairy dan Redza? Gila ke apa? Mahu kena tazkirah tiga hari berturut-turut dengan Khalid nanti.

"Yang ni tak balik-balik dari tadi!" Rungut Haidar perlahan, masih bercekak pinggang menunggu kepulangan anak perempuannya.

Universiti dekat saja dari rumah dan setiap hari memang Hayfa akan pulang ke rumah. Dah nak maghrib ni, takkan tak balik-balik lagi?

"Sayang?" Suara Najwa yang memanggil langsung membuatkan Haidar berpaling laju.

Sosok tubuh Najwa yang sedikit comot akibat sibuk berperang di dapur langsung tidak membuatkan Haidar hilang rasa kasih sayangnya pada Najwa. Hah, dah bertahun dia hidup dengan Najwa. Cinta dia pada Najwa tulus tau walaupun masing-masing semakin meningkat usia!

"Sweetheart." Haidar tersenyum tipis, menahan diri dari menunjuk yang dia sedang risau akan Hayfa yang bakal pulang sekejap lagi.

"You kenapa ni? I tengok you kehulur-kehilir. Nak makan dulu tak? You tak lunch kan tadi?"

"Eh, dah siap ke? Cepatnya..." Rasanya Najwa baru saja masuk ke ruang dapur setengah jam yang lepas. Takkan dah siap semua lauk-pauk pula? Pakai niat ke?

Najwa menggeleng kepala. "Tak, tapi ada ikan goreng dengan nasi. Makanlah sikit dulu sementara i siapkan dinner. You tak makan lunch tadi kan? Nanti perut masuk anginlah, sayang..."

Haidar pula menggeleng, menolak ajakan si isteri. Tak, dia tak lapar. Biar sajalah dia tunggu semua lauk-pauk siap, boleh makan dengan mereka yang lain sekali.

"Are you sure?"

"Yes, sweetheart. I'm fine." Haidar mengusap kepala si isteri yang dilapik tudung sarung berwarna merah jambu itu.

"So you kenapa ni?" Tangan Najwa berpindah ke pipi si suami, mengusap dengan penuh kasih sayang. "I perhati saja you dari tadi, kehulur-kehilir macam orang hilang anak."

"Memang i tengah hilang anak ni, sweetheart. Anak dara you tu tak balik lagi, i risaulah..."

"Aik, kan dia dah bagitahu dia sambung study group lepas habis class. You tak baca message?"

Rasa mahu hempuk saja diri sendiri sekarang. Iyalah! Dia lupa yang Hayfa ada memberitahu bahawa dia balik sedikit lewat harini dalam group whatsapp. Katanya nak kena study group untuk exam mid-year.

Najwa tertawa kecil, dah agak dah. Haidar ni tegas saja tapi ada juga kelembutan dalam hati dia. Soal anak, sejujurnya memang Haidar lebih rapat dengan Hayfa. Pernah saja Najwa cemburu kerana Haidar mengutamakan anak tunggalnya daripada si isteri. Jawapan Haidar seperti biasalah...

𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐝 & 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚: 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now