BAB 27

39 4 0
                                    

AUNY mundar-mandir dari tadi, bersaksikan anak-anak serta suami yang tersayang itu. Si bongsu masih belum pulang sejak kejadian yang tak terjangka siang tadi. Dengar saja kata-kata Khalid, Khai langsung melarikan diri. Menjauhkan diri dari semua orang. Walaupun Yusof sempat mengejar Khai, Yusof juga orang pertama yang memberikan keizinan untuk Khai pergi mencari ketenangan. Tapi tak ada lah sampai call pun tak dijawab!

"Ma..." Yusof yang berpeluk tubuh itu hanya mampu beriak tenang sedangkan hati sudah menyalahkan diri sendiri. Dia yang beri keizinan untuk Khai pergi tadi...

Siapa saja tak tahu betapa sayangnya Khai pada Hayfa? Mereka berdua membesar bersama. Ya, tak dinafikan Hayfa lebih rapat dengan Khalid tapi kasih sayang Khai itu, hanya keluarganya saja yang nampak. Tidak lupa tatkala cintanya dibalas. Khai lah manusia yang paling murah dengan senyuman ketika itu. Dialah yang sering kali menyebut nama Hayfa tanpa segan-silu di khalayak ramai. Dia jugalah yang menunjukkan keikhlasan untuk menghalalkan Hayfa. Apabila dibalas sebegini, mampukah Khai terima?

"Auny, sudahlah..."

"Sudah apanya, abang? Anak bongsu awak tu tak balik lagi tau. Dah nak pukul 12 malam dah ni!" Rungut Auny kerisauan.

Bukan tak pernah Khai pulang lewat tapi biasanya dia akan memberitahu segalanya. Ini call pun tak dijawab, macam mana?

"Anak awak tu dah besar, sayang... Biarkan dia kejap. Bagi dia tenang dulu... Awak tahu kan dia terkilan tadi?" Tegur Zhafran penuh kelembutan. Tak dinafikan, hatinya turut risau tapi apa boleh buat selain daripada menunggu saja kepulangan Khai?

Mya, satu-satunya anak perempuan Zhafran dan Auny itu hanya mendiamkan diri. Jikalau dia jadi Khai, mungkin dia juga akan melarikan diri. Bukan dia tak nampak betapa lekangnya senyuman Khai semasa bersiap siang tadi. Tapi kenapa hari yang mulia ini diakhiri dengan pembaziran air mata?

Lain pula pada keadaan anak bongsu mereka itu sekarang. Suara imam yang memberikan ceramah itu kedengaran kuat di gegendang telinganya. Jemaah yang lain sudah duduk di sini dari Isyak tadi. Berbeda dengan Khai yang berada di sini sejak asar sehingga kini. Selesa. Dan yang paling penting, tenang. Dia sedar, apabila dia melarikan diri ke tempat lain, air mata mudah saja gugur akibat terkilan dengan kejadian siang tadi. Tetapi apabila dia hadir ke rumah Allah ini, hatinya bagai redha. Membiarkan saja semua ini terjadi. Mungkin impiannya untuk bersama Hayfa itu tak akan tercapai dan hanya Tuhan tahu yang terbaik.

"Allah tahu yang terbaik..." Monolognya seorang diri.

Dia dibesarkan dengan didikan agama yang cukup sempurna. Dia yang sentiasa memujuk dirinya dengan mengatakan Tuhan tahu yang terbaik. Tapi kali ini, berbeza. Matanya dari tadi berkaca, sudah tak tertahan untuk gugur mengalir di pipi kasarnya.

Khai, kau kuat.

✰✰✰✰✰

LANGIT kelihatan mendung menandakan hujan akan tiba sekejap saja lagi. Pada waktu petang macam ni, biasanya suara kanak-kanak bermain bola akan kedengaran di hadapan rumah Redza. Tak aneh untuk mendengar suara anak-anak kecil itu kalau rumah Redza pun berada di hadapan taman permainan. Hari ini, tiada pula suara riang mereka. Mungkin sebab cuaca sudah pun mendung, jadi masing-masing membuat keputusan untuk duduk saja di dalam rumah.

Keluhan berat dikeluarkan dari mulut kecil wanita itu. Dia tidak lagi berada di dunia nyata, malah dia masih tersekat di masa silam. Jikalau masa silam yang mampu mengukirkan senyuman, mungkin boleh diterima. Tapi apakan daya, wanita ini masih teringat pada kisah silam yang baru terjadi semalam. Yang mampu membuat hatinya itu menjadi tisu serta-merta. Berkali-kali kali dia cuba memujuk diri tetapi gagal. Kata-kata itu seakan-akan memaksudkan sesuatu yang menyebabkan dia berfikiran negatif.

𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐝 & 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚: 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now