Harapan

8K 61 1
                                    

AZHAR tekad denga penuh azam untuk menerima pelawaan ayah saudara nya Pak Daud yang d di panggil PaK Lang dalamkeluarga mereka untuk bekerja sementara sebagai pembantu mini market yang di miliki oleh Pak daud bagi mengisi kekosongan  yang di tinggalkan oleh pekerja lama warga Indonesia yang telah berhenti untuk pulang ke kampung halaman. Walau pun ramai rakan nya memilih untuk bekerja di rangkaian kedai makanan segera  atau kedai kedai di pusat membeli belah di bandar berhampiran,Azhar memilih bekerja di mini market milik Pak Lang Daud kerana ia berhampiran dengan rumah nya yang boleh di datangi dengan berbasikal sahaja tanpa perlu mengeluarkan tambang atau sewa tempat tinggal.

Sebagai remaja generasi baru,Azhar melihat mini market Pal lang daud itu boleh memberi ruang kepada nya membuat penambahbaikan disamping membantu urusan harian yang di kendalikan oleh Mak lang Timah dengan bantuan Bek Lili pembantu rumah yang turut menjadi pembantu di kedai. Di hari pertama dia datang bekerja ,dia telah di 'lambakan' dengan tugasan yang di tinggalkan oleh Pak didi pekerja lama yang baru berhenti.Bagi Azhar,bebanan kerja bukan menjadi masaalah besar tetapi ketiadaan sis tem dan cara kerja yang tersusun menjadi kan pemgurusan mini market menjadi bebanan yang memeningkan Mak Alang.

Pak Daud yang masih bekerja sebagai mandor majlis daerah yang datang membantu ketika ada pembelian stock barang atau singgah sekali sekala kerana masanya kini di tumpukan kepada isteri baru nya ,seorang janda muda di tempat kerja nya yang membuat kan mak Lang Timah makin tertekan dan terasa bagai dipinggirkan. Dengan ada ny aAzhar walau pun sebagai pekerja sementara yang di cadangkan oleh Pak Samad sendiri memberi harapan baru kepada Mak Lang Timah untuk membantu ny amenguruskan mini market di kawasan perumahan tersebut.

" Mak Lang harap kan Har boleh tolong tenguk sistem pengurusan mini market ni suaya lebih tersusun dan baiki keadaan mini market ni supaya pelanggan pelanggan yang ada tidak lari k etempat lain" amanat Mak Lang selepas memberi taklimat pada Azhar pada hari pertama dia melapur diri. Azhar di beri bilik di bahagian belakang mini market iaitu bilik lama yang di guna oleh Pak Didi untuk dia berehat mau pun untuk dia tidur jika tiak mahu atau sempat untuk pulang ke rumah keluarga nya yang terletak lebihkurang 3 km sahaja di kawasan tersebut. Bili itu dilengkapi dengan sebuah katil bujang,almari dan sebuah radio.Di mini market itujuga di lengkapi dengan pantry untuk memasak termasuk peti sejuk dan juga mikro wave yang di gunakan oleh mak Lang Timah dan Bik Lily ketika bekerja di mini  market .di waktu siang.

   BAgi Azhar,dia tidak sangat memerlukan tempat tinggal kerana dia tiada masaalah untuk berulang alik dari rumah keluarga ke mini market tapi bila di ingatkan oleh mak Lang Timah bahawa dia perlu membuka mini market seawal jam 7.30 pagi dan menutup mini market pada jam 7.30 petang ,maka dia terpaksa menimbangkan tawaran untuk dia tinggal dan tidur di mini market tersebut. Azhar merasa lega bila mengetahui bahawa Mak Lang Timah dan Bek Lily serta anak bungsu nya si Sibrina pun tinggal di tingkat atas pada hari hari biasa terutama bila Pak Lang Daud pergi mengilirkan jadualnya ke rumah isteri mudanya di bandar.

Antara tugasan Azhar di awal pagi selepas membuka mini arket ialah membersihkan kawsan mini market dengan vacum cleaner di kawasan laluan pelanggan dan mempastikan susunan barang barang jualan yang di pamerkan bersda dalam keadaan yang baik dan bersih. Bik Lili akan membersdihkab secara lanjut bagi baranag n  jualan sementara Azhar mempastikan  kebersihan di kawsan luar mini market sentiasa bersih dan selamat. Seterus nya dia akan 'standby ' di kaunter pembayaran bagi melayan pelanggan awal yang singgah dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum Pak lang turun mengambil tugasan pada jam 0900 pagi.

Mak Lang timah meminta  Azhar membuat stock check untuk barangan yang ada terutama di sterot yang belum di kemaskaini sejak pak Didi berhenti .Azhar teru memulakan tugasan itu dengan mengira barang julan ayang ada di dalam kedai terlebih dahulu sebelum membuat kiraan di bahagian setor .Catatan secara manual oleh pak Didi dan Mak lang membuatkan Azhar mengeleng kepala kerana agak sukar dan melambatkan untuk dia membuat kiraan stock dan dia mencatat akanpenambak baik yang boleh dilakukan.

Azhar habis membuat kiraan bagi barang barang jualan yang ada di ruang niaga pada jam 0100mtengahari dan berhenti untuk dia makan yang telah disediakan oleh Bek Lily di bahagian pantry .Dia makan sendiri kerana terpaksa bergilir dengan mak lang untuk menjada kaunter .

  

C 1: Tuah TerunaWhere stories live. Discover now