Bab 1

49 20 0
                                    

TELEKUNG yang tersarung elok di badannya dicabut. Wardah melipat telekungnya lalu disimpan di rak. Sejadah yang digunakannya juga turut disimpan. Dia mengatur langkah menuju ke tingkat bawah. Satu demi satu anak tangga dituruninya.

"Assalamualaikum umi," sapa Wardah. Dia menghampiri Puan Azizah yang sedang sibuk memasak di dapur.

"Waalaikumussalam. Wardah, kamu dah solat ke belum ini?" soal Puan Azizah. Walaupun mulutnya terkumat-kamit menutur bicara namun tangannya lincah membuat kerja.

"Dah umi. Ada apa-apa yang Wardah boleh tolong umi?" tanya Wardah semula.

Puan Azizah menghulurkan sekeping wang bernilai lima puluh ringgit. "Tolong kejutkan abang kamu. Kalau dia sudah bangun, minta tolong dia hantarkan kamu ke kedai runcit. Ada barang sedikit umi nak kirim. Ini senarai barangnya." Kertas putih itu diberikan kepada Wardah.

"Baik umi." Tanpa melengahkan masa, Wardah terus mengatur langkah menuju ke bilik abangnya. Pintu bilik diketuk kemudian Wardah masuk ke dalam bilik tersebut.

Kelibat abang Wardah yang baru selesai menunaikan solat subuh kelihatan. Dia memandang Wardah. "Ye, ada apa adik?"

"Abang Amir, umi suruh abang hantarkan Wardah ke kedai runcit. Boleh abang hantarkan?"

"Boleh, Wardah pergilah bersiap dulu. Nanti, abang turun." Wardah melangkah keluar daripada bilik abangnya. Pintu bilik itu ditutup rapat.

Pintu kereta dibuka kemudian ditutup semula. Wardah memasuki kedai runcit untuk membeli barang dapur yang dikirim oleh Puan Azizah. Sedang ralit Wardah membelek barang, dia melihat seorang jejaka yang ingin mengambil barang. Wardah yang melihat lelaki itu kesulitan dia membantunya.

"Terima kasih," ucap jejaka itu.

"Sama-sama," balas Wardah sambil tersenyum manis.

'Muda lagi tapi sudah ada anak pada usia yang muda,' desis Wardah di dalam hati. Wardah menolong jejaka itu kerana dia kasihan melihat jejaka itu. Sebelah tangan mendukung bayi yang masih kecil. Sebelah tangan lagi, mencapai barang-barang yang ingin dibeli. Manalah emak budak itu agaknya? Anak sendiri malas nak jaga kemudian suruh suaminya yang menjaga.

Wardah kemudian menyambung mencari barang-barang yang dikirim. Setelah selesai membeli, Wardah pergi ke kaunter untuk membayar.

"Berapa ye?" Wardah mengeluarkan sekeping duit yang bernilai lima puluh ringgit.

"RM63.70 sen cik," ucap juruwang.

'Alamak tak cukup macam mana ini? Nak telefon abang Amir tapi telefon tertinggal di dalam kereta pula.'

Jejaka yang ditolongnya tadi menghampiri. "Kira barang saya sekali." Dia menghulurkan kad kreditnya.





Mereka berdua keluar bersama. Wardah menghentikan langkahnya.

"Err.. awak boleh tunggu sekejap tak? Saya nak pergi ambil duit dalam kereta. Saya akan ganti duit awak balik."

"Tak payah. Aku ikhlas tolong kau tadi. Lagi pun kau dah tolong aku. Jadi, apa salahnya aku balas budi kau kan?"

"Eh, janganlah macam itu. Awak dah tolong bayarkan saya punya barang. Jadi, saya kenalah ganti balik," ucap Wardah. Jejaka itu pergi meninggalkan Wardah bersendirian.

'Cis, tak guna. Dia main pergi macam itu je?'

Mawar Untuk Dia (HIATUS)Where stories live. Discover now