Bab 13

18 8 0
                                    

WARDAH melangkah masuk ke dalam rumah. Sosok tubuh puan Azizah yang sedang mengemas dihampirinya.

"Assalamualaikum umi!" ucap Wardah. Tangan puan Azizah disalam dan dikucup lembut.

"Waalaikumussalam. Macam mana dengan keadaan dekat sana? Semuanya okey?"

"Hmmm.. macam itulah umi. Semenjak pemergian Syifa, rumah itu sunyi. Budak-budak itu pun tidak banyak bercakap. Itupun bila ditanya barulah mereka jawab."

Puan Azizah menggangguk. "Allah lebih sayangkan Syifa. Kita kena banyak sedekahkan Al-Fatihah pada arwah. Untungnya Syifa.. umurnya masih muda tapi Allah lebih sayangkan dia. Sekarang dia tengah menunggu kita semua di Syurga."

Bibirnya menguntumkan senyuman perlahan. Ya, dia amat mencemburui gadis itu. "Wardah minta izin naik ke atas dulu ye umi? Badan pun dah melekit ni." Puan Azizah membalas dengan senyuman.

"Pergilah."






Tudung shawl yang dililit dikepala dibuka dan digantung. Baru sahaja dia ingin merebahkan tubuhnya di atas katil, namanya diseru oleh seseorang.

"Nur Wardah Asyikin binti Abdul Wahid," panggil Amir. Pintu biliknya dikuak dari luar.

"Ye, Muhammad Amir Wafiey bin Abdul Wahid. Nak apa?" Renungan tajam diberikan kepada abangnya.

"Walid panggil. Ada perkara yang hendak dibincangkan katanya." Wardah menggangguk perlahan.

"Amir pergilah turun dulu. Orang nak solat sekejap. Nanti orang turun."

Amir melangkah keluar daripada bilik adiknya. Dia menutup rapat kembali pintu itu.








Satu persatu anak tangga dituruninya sehinggalah anak tangga terakhir. Langkah diatur menuju ke ruang tamu. Wardah melabuhkan punggungnya ke atas sofa yang empuk itu.

Suara encik Wahid memecahkan kesunyian ruang itu. "Tujuan walid panggil kamu semua untuk berkumpul di sini adalah kerana walid ingin memberitahu kamu semua bahawa kita akan mengadakan majlis bagi merayakan hari penubuhan rumah penjagaan kanak-kanak Ar-Raudah bagi kali ke-31. Walid harap Amir dan Wardah dapat hadir ke majlis itu nanti."

"Insyaallah kami akan hadir walid," ucap Wardah dan Amir serentak.

"Ramai tetamu yang akan hadir pada hari itu nanti terutamanya ahli jawatankuasa rumah penjagaan kanak-kanak Ar-Raudah. Walid juga ada menjemput beberapa tetamu iaitu ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang walid dan umi kenal. Nanti walid akan beritahu bahagian dan tugas yang akan kamu berdua lakukan. Sebelum walid akhiri perbincangan kita, walid nak Wardah bantu walid uruskan majlis itu nanti. Bolehkan?" sambung encik Wahid.

"Insyaallah, boleh walid."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mawar Untuk Dia (HIATUS)Where stories live. Discover now