Bab 5

36 18 0
                                        

AARON merebahkan badannya ke atas katil bersaiz queen itu. Keluhan berat dilepaskan. Tubuhnya terasa letih dan melekit. Lantas dia bangun lalu mencapai tuala yang tergantung elok di belakang pintu.

Usai selesai mandi, Aaron melangkah keluar daripada tandas. Dia menyarungkan seluar dan membiarkan badannya terdedah tanpa sebarang kain yang tersarung. Sesekali dia mencuri-curi pandang ke arah Raihan. Terlihat bayi itu sedang lena dibuai mimpi. Pipi mulus bayi itu dikucup Aaron.

'Akak jangan risau, Aaron akan jaga dan lindungi Raihan. Aaron juga akan sayang dia macam anak Aaron sendiri.'

Kelopak matanya kian memberat. Dia cuba memaksa dirinya untuk tidur. Matanya dipejam rapat.




Cahaya matahari menerobosi tingkap. Langsir yang menutupi tingkap itu ditarik lalu diikat kemas. Matahari memancarkan sinarnya dikala pagi mendatang, senja pula bakal tiba apabila matahari tenggelam. Begitu juga dengan kehidupan. Walau apa pun yang mendatang, kelak akan tiba hari baru. Hari baru dan suasana baru.. semuanya baru dan berubah.

"Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahilladzi ahyana ba'da ma amatana wa ilaihin nusyur. (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami dibangkitkan.) Usai membaca doa bangun tidur, Wardah bangkit daripada katilnya. Entah mengapa, setelah selesai mengerjakan solat subuh dan membaca al-quran subuh tadi, badannya terasa letih. Tanpa dia sedari, dia telah tertidur di atas katilnya yang empuk. Jam di dinding menunjukkan pukul lapan setengah pagi.

Wardah berjalan turun ke bawah. Kelibat uminya yang kelihatan sibuk memasak didekati Wardah perlahan.

"Assalamualaikum umi," ucap Wardah.

"Waalaikumussalam. Wardah, kamu boleh tolong umi tak?"

"Insyaallah boleh. Tolong apa itu umi?"

"Ini ada lauk lebih umi masak tadi, kamu tolong umi bagikan dekat makcik Laila boleh?" Mangkuk tingkat itu diberikan kepada Wardah. Wardah mengambil mangkuk itu seraya berlalu pergi.

Loceng rumah itu ditekan. Tidak lama selepas itu kelibat seseorang mula mendekati pintu rumah itu perlahan.

Aaron berdiri di hadapan pintu sambil tangannya dirapatkan ke dada. "Cari ibu? Ibu tak ada, dia baru je keluar tadi."

"Ouh tak apa. Ini umi ada masakkan lauk untuk makcik Laila. Nah." Wardah menghulurkan mangkuk tingkat itu kepada Aaron.

"Cakap dekat umi.. eh maksud aku makcik Azizah, terima kasih." Aaron memalingkan badannya ke belakang ingin menutupi mukanya yang sudah kemerahan itu.

"Baik, kalau tak ada apa-apa lagi izinkan saya pergi dulu ye." Wardah menggelengkan kepalanya.

'Dia itu dah kenapa?'







...
NUR WARDAH ASYIKIN
×
MUHAMMAD AARON LUTFI
...

Mawar Untuk Dia (HIATUS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang