Bab 2

48 17 0
                                    

KUNCI kereta diletak. Wardah menghantar barang-barang yang dibelinya tadi ke dapur. Dia melihat sekeliling rumah.

Sunyi.

Kelibat umi dan walidnya tidak kelihatan. Lantas dia menghampiri abangnya yang sedang menonton television.

"Abang Amir. Abang nampak umi dan walid tak? Kita sampai-sampai di rumah je, kelibat umi dan walid Wardah tak nampak langsung."

Amir berfikir sejenak. "Abang rasa tadi abang nampak umi dengan walid dekat rumah sebelah. Apa yang mereka buat di sana, abang pun tak tahu," balas Amir.

"Hmmm, rumah sebelah tu bukannya dah lama kosong ke?" bisik Wardah perlahan.

"Assalamualaikum." Mendengar seseorang memberi salam, dengan pantas Wardah membuka pintu. Puan Azizah berdiri di hadapan muka pintu.

"Lah umi rupanya. Umi daripada mana?" soal Wardah.

"Umi melawat jiran baru kita. Rumah dia sebelah kita aje," balas puan Azizah.

"Hmm, makin rajinlah umi keluar rumah sekarang jawabnya. Mesti umi dah jumpa kawan baharu. Geng makcik-makcik surau tu, umi nak letak mana?"

"Ish kamu ini. Malas umi nak melayan kamu. Ha barang yang umi suruh beli, kamu dah beli ke belum? Umi nak masak nasi ayam petang ini. Bolehlah beri pada jiran sebelah rumah itu."

"Mestilah dah umi. Ini kan Wardah. Tidak pernah mengingkari arahan malah menuruti perintah," ucap Wardah. Puan Azizah yang memandang Wardah daripada tadi menggeleng kepala perlahan.

Macam-macam karenah!

"Wardah, jom tolong umi masak di dapur. Nanti teman umi pergi rumah sebelah tau," suruh umi.

"Baiklah umi ku sayang. Sebagai anak yang baik, Wardah mengikuti semua perintah umi. Patik menjunjung titah tuanku." Wardah membuat gaya mengangkat sembah.

"Dah tak payah nak junjung titah sangat. Ni ha junjung plastik ni ke sinki."

"Baik umi."




Butang loceng ditekan buat kali kedua.

"Assalamualaikum.. Laila, oh Laila," panggil puan Azizah. Tidak lama kemudian, seorang wanita dalam lingkungan 50an keluar.

"Waalaikumussalam, oh akak Zizah rupanya. Jemputlah masuk. Maaf rumah bersepah sikit," jemput puan Laila. Wardah menghulurkan tangan. Dia menyalam dan mencium tangan puan Laila.

"Laila.. ini anak akak yang bongsu. Wardah namanya." Puan Azizah memperkenalkan Wardah kepada puan Laila.

"Oh, inilah Wardah. Cantik orangnya. Macam ibu dia." Wardah tersipu dengan pujian puan Laila.

"Aaron oh Aaron!" panggil puan Laila. Seorang jejaka keluar daripada biliknya.

'Macam aku kenal lelaki ini. Tapi dekat mana eh?' tanya Wardah di dalam hati. Terasa seperti dipandang, jejaka bernama Aaron itu melihat Wardah. Wardah menundukkan kepalanya ke bawah.

Puan Laila memandang anaknya. "Zarif dah tidur ke?" Aaron menganggukkan kepalanya.

"Lepas minum susu tadi, dia terus tidur," balas Aaron.

"Baguslah kalau macam itu. Ha Aaron, ini makcik Azizah. Jiran sebelah kita. Yang sebelah itu pula, anak dia. Wardah namanya."

"Saya minta diri ke dapur dulu ye," pinta Aaron.

Wardah terasa seperti perutnya memulas. "Makcik Laila, tumpang tanya. Tandas dekat mana ye?" soal Wardah.

"Kamu lalu je dekat dapur nanti jumpalah tandas," ucap makcik Laila.

Wardah segera berdiri dan berlalu pergi menuju ke tandas. Dia melihat Aaron sedang membuat air. Tanpa membuang masa, Wardah terus masuk ke dalam tandas. Dia melepaskan segala hajatnya di sana.

Beberapa minit kemudian, Wardah keluar daripada tandas. Baru sahaja dia melangkah, tangannya terasa panas. Dia terlanggar Aaron yang sedang membawa air.

"Sakit," adu Wardah.

"Err, maaf.. aku tak sengaja." Aaron melihat tangan Wardah yang kemerahan akibat terkena air panas yang dibawa olehnya.

Mendengar suara kekecohan di dapur, puan Azizah dan puan Laila menghampiri anak-anak mereka.

"Ya Allah, Wardah." Puan Azizah mendekat.

"Aaron kamu buat apa dekat Wardah?" Puan Laila memandang anaknya.

"Aaron tak sengaja. Tadi Aaron lalu depan tandas, nak hantar air dekat ibu. Tapi Aaron tak perasan Wardah baru keluar daripada tandas. Air panas itu terkena tangan Wardah," jelas Aaron.

"Wardah, kamu basuh tangan yang terkena air panas itu dekat sinki. Nanti makcik suruh Aaron ambilkan krim," ujar puan Laila. Aaron yang mendengar namanya diseru terus mengambil barang yang disuruh oleh ibunya.

Wardah berdiri di hadapan sinki. Paip air dibuka lalu tangannya yang melecur tadi dilalukan air ke atasnya.

Aaron menghulurkan krim kepada ibunya. Puan Laila mengambil krim itu lalu disapu ke tangan Wardah.


Mawar Untuk Dia (HIATUS)Where stories live. Discover now