Bab 4

37 17 0
                                    

TELEKUNG diambil lalu dimasukkan ke dalam beg. Wardah melangkah keluar daripada biliknya. Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa sambil menunggu walid dan uminya bersiap.

"Wardah," panggil umi.

"Ya?"

"Jom, nanti lambat pula kita sampai."

"Baik umi. Abang mana?"

"Dia tunggu di luar dengan walid," balas puan Azizah. Puan Azizah menutup pintu rumah lalu dikunci.

Dalam perjalanan menuju ke surau, Wardah memandang uminya.

"Umi, siapa yang sampaikan ceramah itu nanti?"

"Eh, kamu belum tahu lagi ke?" Wardah menggeleng kepala.

"Anak jiran sebelah rumah kita tu lah. Siapa namanya? Muhammad Aaron Lutfi eh? Ha dia lah tu."

"Ouh."

"Haish, berkenan pula umi dekat dia tu. Sesuai jadi menantu. Dahlah suka tolong-menolong, pandai jaga budak, rajin ke surau pula itu. Ha, kamu taknak ke lelaki yang macam itu?" usik puan Azizah.

"Umi sengaja nak kenakan Wardah ye? Kalau umi suka dia, umi je lah yang kahwin dengan dia. Wardah rasa dia itu dah berpunyalah umi. Ye lah, Raihan itu bukan ke anak dia?"

"Apa pula umi yang kena kahwin dengan dia? Umi kan dah ada walid. Kamu tu ha, tahun ni dah masuk 23 tahun. Bila nak kahwin? Abang kamu tu pula, bila umi tanya dia bila nak cari isteri, macam-macam alasan dia bagi. Haish, tak fahamlah umi dengan kamu berdua ni."

Langkah kaki diberhentikan. Mereka kini sudah selamat tiba di hadapan surau. Puan Azizah dan Wardah melangkah masuk ke dalam surau. Saf bahagian wanita dituju mereka.

Wardah meletakkan beg yang diisi telekung di bawah. Telekung itu dikeluarkan lalu disarung. Para jemaah yang hadir diminta untuk merapatkan saf.

Imam mula mengangkat takbir dan diikuti oleh jemaah yang lain. Selang beberapa minit, mereka memberi salam.

"Umi.. tajuk ceramah yang bakal disampaikan itu nanti apa?"

"Tak silap umi, rasanya bersangka baik."

Mikrofon dihidupkan. Suara Aaron memecahkan suasana.

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada para jemaah yang dapat hadir pada hari ini. Tajuk ceramah yang bakal disampaikan oleh saya ialah bersangka baik pada Allah."

"Tuan-tuan dan puan-puan, sebagai seorang muslim kita perlulah mendidik diri kita agar sentiasa bersangka baik dengan Allah walau apa jua keadaan sekali pun. Didiklah hati supaya sentiasa bersangka baik kepada Allah untuk setiap urusan kehidupan kita hatta ketika maut menjemput sekalipun. Allah SWT maha mengetahui setiap apa yang akan berlaku dan dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya. Ada manusia beranggapan tidak baik ketika Allah tidak membantunya pada saat dia memerlukan pertolongan. Maka, dia berasakan dirinya tidak disayangi, doanya tidak pernah dimakbulkan dan amalan kebaikannya sia-sia. Sangkaan seperti itu akan menjadikan dirinya jauh daripada Allah SWT. Di dalam surah Ar- Rahman Allah SWT bertanya kepada kita sebanyak 31 kali. Allah SWT berfirman yang membawa maksud, “Nikmat mana lagi  yang kamu mahu dustakan? ( Surah Ar Rahman ).” Sememangnya kita tidak dapat menafikan segala kenikmatan yang kita rasai sekarang ialah datangnya dari Allah,sekiranya Allah tidak mengizinkannya pasti ia tidak akan berlaku. Justeru itu, Islam mendidik kita agar sentiasa bersangka baik dengan Allah walau apa jua keadaan sekalipun. Yakinlah Allah SWT mentakdirkan sesuatu itu berlaku dengan bersebab. Hanya dia yang Maha mengetahui hikmah akan sesuatu itu berlaku dan kita juga akan tahu hikmahnya sekiranya kita bersabar terlebih dahulu."











...
NUR WARDAH ASYIKIN
×
MUHAMMAD AARON LUTFI
...

Mawar Untuk Dia (HIATUS)Where stories live. Discover now