Bab 9

25 15 0
                                    

SEPASANG mata memerhatikan Syifa dari jauh. Tiba-tiba wanita itu mendekati Syifa yang sedang belajar di bawah sebatang pohon. Wanita itu duduk di sebelah Syifa sambil matanya tidak lekang memandang wajah Syifa yang bersih.

Syifa yang tersedar bahawa seseorang memerhatikannya terus dia memalingkan mukanya ke arah wanita itu. "Makcik ini siapa? Saya kenal ke?" tanya Syifa kebingungan.

"Nurul Syifa binti Abdullah. Syifa kenal ibu tak?" soal wanita itu menahan sebak.

"Ibu? Siapa ibu? Saya tiada ibu. Ibu saya dah lama mati."

Syifa berlalu pergi meninggalkan wanita itu namun wanita itu memegang tangannya erat.

"Ish! Lepaslah!" Syifa cuba merenggangkan pegangan tangan wanita itu.

"Maafkan ibu, marilah ikut ibu pulang. Kita mulakan hidup baru bersama-sama. Ibu janji, ibu tak akan tinggalkan Syifa macam dulu lagi. Ibu taknak kehilangan Syifa buat kali kedua. Jadi, Syifa ikut ibu pulang ya? Ibu sayang Syifa sangat-sangat."

"Pstt, mulakan hidup baru? Dalam mimpi makcik je lah. Kalau makcik betul-betul sayangkan saya, kenapa makcik buang saya? Tiada ibu yang sanggup buang anaknya. Kalau ada pun, mereka tidak layak digelar ibu. Tidak akan sekali pun dalam sejarah hidup saya untuk ikut makcik pulang. Saya pun tak kenal makcik. Jadi, berhentilah rasa kasihan pada saya."

Wardah memandang ke arah Syifa dan wanita itu. Kekecohan yang mereka buat mengundang tarikan pelajar di sini. Semua mata hanya tertumpu pada mereka. Lantas Wardah menghampiri anak-beranak itu.

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh," sapa Wardah.

"Waalaikumussalam, ustazah." Syifa menundukkan kepalanya tanda hormat.

"Kenapa ini?" tanya Wardah.

"Wardah.. dah macam-macam cara  saya lakukan agar anak saya pulang semula ke pangkuan saya. Tapi, segala cara yang saya lakukan semuanya salah. Anak saya sendiri pun taknak mengaku yang saya ini ibu dia. Apa yang patut saya lakukan lagi supaya dia ikut saya pulang?" Air mata wanita itu mengalir.

Wardah mengusap belakang wanita itu untuk menenangkannya. "Saya faham perasaan awak. Tak apa, biar saya cuba pujuk Syifa. Ingat pesanan saya, jangan pernah berputus asa. Takdir Allah itu maha indah," balas Wardah. Wajah sahabatnya ditatap lama. Sudah tiba masanya untuk dia menolong sahabatnya. Dulu ketika dia susah, sahabatnya yang tolong dia. Sekarang, dia perlu balas semula jasa sahabatnya.

"Syifa..," panggil Wardah. Syifa memandang Wardah.

"Kamu perlu minta maaf pada ibu kamu. Kamu sedar tak yang kamu telah lukakan hati dia? Ibu awak inilah yang sanggup berjuang dan korbankan nyawanya semata-mata untuk melahirkan awak. Sebelum awak bantah keputusan ustazah, ustazah nak ingatkan satu perkara pada kamu. Dan ingatlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu kita."

"Ustazah nak kamu kemas barang-barang kamu dan ikut ibu kamu pulang. Syifa setuju kan?" sambung Wardah. Syifa menganggukkan kepalanya perlahan.

"Ye ustazah, saya setuju. Maafkan saya ustazah jika sepanjang saya tinggal di sini, saya banyak susahkan ustazah dan ayah." Syifa berlalu pergi.

Mawar Untuk Dia (HIATUS)Where stories live. Discover now