TELEFONNYA berbunyi minta diangkat. Wardah mencapai telefonnya yang terletak di atas meja. Panggilan daripada nombor tidak dikenalinya dijawab.
"Assalamualaikum, ini puan Wardah ke? Saya inspektor Syamil ingin memberitahu puan bahawa puan Syahira dan anaknya Syifa terlibat dalam kemalangan jalan raya. Mereka telah dibawa ambulans menuju ke hospital terdekat. Saya akan hantar lokasi mereka kepada puan," ucap inspektor Syamil.
"Waalaikumussalam, baiklah. Saya akan ke sana dengan segera."
Panggilan dimatikan. Wardah mengambil beg tangannya lalu memasuki bilik encik Wahid.
Pintu dikuak daripada luar. "Walid.. Syifa, walid."
Encik Wahid memandang wajah mulus Wardah. "Cuba bertenang. Ada apa sebenarnya ini? Cerita pada walid betul-betul."
"Syahira dan Syifa terlibat dalam kemalangan semasa Syahira memandu keretanya untuk pulang semula ke rumah mereka. Baru sahaja tadi, Wardah dapat panggilan daripada pihak polis yang mereka dibawa ke hospital terdekat," sambung Wardah.
"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Kamu pergilah dulu. Walid beritahu guru-guru dan pelajar-pelajar di sini dahulu," suruh encik Wahid.
"Baik walid."
Wardah menghampiri jururawat yang menjaga kaunter. Segera Wardah menanyakan bilik dimana tempat Syahira dirawat. Jururawat terus menunjukkan arah ruangan tersebut.
"Assalamualaikum, Syahira." Wardah mendekati Syahira.
"Semua salah aku ke? Aku tanya ini, semua salah aku ke?! Apa yang aku buat semuanya salah! Apa dosa aku Wardah sampai Allah tarik semua kebahagiaan aku? Aku tak layak ke untuk semua itu? Anak aku Wardah. Anak aku! Syifa dah tiada." Tangisan Syahira kedengaran. Wardah memeluk erat sahabatnya. Dia mengusap belakang wanita itu perlahan.
"Sabar Syahira. Semua yang awak rasakan itu ujian. Ujian itu datang daripada Allah. Awak kena percaya bahawa semua yang terjadi pasti ada hikmah dan maksud disebaliknya."
"Tapi kenapa? Kenapa bukan aku yang terkorban dalam kemalangan itu? Kenapa mesti anak aku Wardah. Aku rindu sangat-sangat dekat anak aku. Bila sudah tiba masanya untuk aku melepaskan rindu, ada pula yang terjadi."
Nafas dihela. "Saya tahu awak kuat. Saya tahu awak mampu jalani semuanya. Awak seorang wanita dan ibu yang kuat. Saya tahu awak boleh. Walau apa pun yang terjadi, awak tetap perlu teruskan hidup. Awak tak boleh lemah macam ini."
YOU ARE READING
Mawar Untuk Dia (HIATUS)
RomanceCinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT. Nur Wardah Asyikin| Gadis yang mempunyai rupa paras yang cantik. Sopan santun, serta mengikuti perintah agama. Muhammad Aaron Lutfi| Seorang jejaka ya...