AMSYAR membuka kelopak matanya. Dia meninjau keadaan sekeliling. Kosong. Hanya terlihat ruangan putih tanpa cahaya.
"Kenapa kau buat semua ini?" Satu suara misteri bertanya.
"Kau siapa?" Amsyar mencari empunya suara misteri itu.
"Aku? Kau tak ingat ke apa kau buat sampai aku jadi macam ini?"
"Siapa kau? Jangan ganggu aku! Diam!" jerit Amsyar.
Amsyar tersedar daripada mimpi ngerinya. Peluh membasahi dahinya. Syukurlah, semua itu hanya mimpi.
"Kau dah kenapa Amsyar?" Khalish memandang Amsyar yang kelihatan seperti baru sahaja nampak hantu.
"Tiada apa-apa. Aku okey."
Tangan ditadah mengisi air paip yang mengalir. Amsyar mencuci mukanya menggunakan air itu. Rambutnya yang hampir menutupi matanya dirapikan. Wajahnya yang basah dilap menggunakan tuala muka yang kering.
"Kau masih taknak bertanggungjawab atas perbuatan kau? Kau memang tak ada hati dan perasaankan Amsyar?" Dengan nada sinis suara misteri itu berkata.
"Kau nak apa sebenarnya daripada aku? Boleh tak jangan kacau aku. Aku tak tahu apa aku buat sampai kau muncul untuk ganggu hidup aku."
"Buat-buat tak tahu pulak. Eh kau ingat sikit, jangan sampai ajal dan maut menjemput baru kau tersedar atas kesilapan kau," sindir suara itu lagi.
"Aku tak kenal kau dan tak nak berkenalan dengan kau. Satu je aku minta pada kau, jangan ganggu aku lagi."
"Aku tak akan pernah berhenti ganggu kau kecuali kau mengaku salah kau di depan semua orang atau.. kau nak tunggu pihak polis jalankan kerja mereka? Aku bagi kau pilihan."
"Kau siapa nak arahkan aku? Aku tahu apa yang aku lakukan. Erghh, pergilah! Jangan ganggu aku!" jerit Amsyar lantang.
Khalish memandang Ansyar yang sedang menutupi telinganya. "Kau okey ke tak sebenarnya ni? Nak aku panggilkan ustaz atau ustazah tak?" soal Khalish.
"Tak payah. Tinggalkan aku seorang diri je dekat sini. Aku okey."
"Kalau kau kata macam itu, tak apalah. Aku pergi dulu. Kalau kau perlukan pertolongan, panggil je aku. Kitakan kawan. Aku sedia untuk hulurkan bantuan."
YOU ARE READING
Mawar Untuk Dia (HIATUS)
Storie d'amoreCinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT. Nur Wardah Asyikin| Gadis yang mempunyai rupa paras yang cantik. Sopan santun, serta mengikuti perintah agama. Muhammad Aaron Lutfi| Seorang jejaka ya...