WARDAH melabuhkan punggungnya ke atas sofa. Perkara yang terjadi tadi masih berlegar di dalam kepalanya. Dia melihat tangannya yang terkena air panas itu.
"Adik, kau dah kenapa? Balik daripada rumah makcik Laila, kau asyik termenung je. Kenapa?" soal Amir.
Keluhan berat dilepaskan. "Mana ada. Adik cuma.. penat sikit," balas Wardah.
"Weird.."
Puan Azizah menghampiri anak gadisnya, Wardah. Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa dan merapati tubuh anaknya. Tangannya menggenggam kemas tangan Wardah.
"Sakit lagi ke tangan kamu itu Wardah?" tegur puan Azizah.
"Alhamdulillah, dah baik sikit umi.. kenapa?"
"Tak ada apa-apa lah. Umi solat maghrib di surau hari ini. Kamu nak ikut ke tak? Sebab selepas solat maghrib ada ceramah."
"Mestilah Wardah ikut, umi. Bukannya selalu pun surau dekat kampung ini adakan ceramah," balas Wardah.
"Baguslah itu.. nanti kamu ajak sekali abang kamu Amir itu. Kalau umi yang suruh dia pergi, macam-macam alasan dia berikan pada umi. Bila walid yang suruh, kamu pejam mata sekejap je dia dah bersiap nak ke surau. Takutkan walid lah itu," perli puan Azizah. Amir yang menjadi pendengar, menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Dengar itu abang. Dahlah pemalas!" bidas Wardah. Mulalah sesi kejar mengejar antara adik dan abang. Wardah dan Amir memecahkan kesunyian rumah itu.
"Umi tengok Amir ni umi!" Wardah masih mengelilingi satu rumah. Ingin melarikan diri daripada abangnya.
"Amir, Wardah! Ya allah sudah-sudahlah itu. Macam budak-budak kamu berdua ye!" puan Azizah menghampiri Amir dan Wardah. Terus diam mereka berdua.
"Maaf umi," ucap mereka berdua serentak.
YOU ARE READING
Mawar Untuk Dia (HIATUS)
RomanceCinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT. Nur Wardah Asyikin| Gadis yang mempunyai rupa paras yang cantik. Sopan santun, serta mengikuti perintah agama. Muhammad Aaron Lutfi| Seorang jejaka ya...