ANGIN bertiup sepoi-sepoi bahasa. Suara deburan ombak disertai angin semilar adalah hal pertama yang terdengar saat dia tiba di pantai.
Hidup kita ibarat lautan. Ujian pula ibarat ombak yang sering menghempas di pantai. Adakalanya hidup kita tenang. Ada masa bergelora dipukul.
Wardah berjalan di atas pasir putih. Dia menanggalkan seliparnya dan menjinjing selipar tersebut. Dia membuat keputusan untuk duduk di bawah sebatang pohon sebagai tempat berteduh.
Suara kanak-kanak yang sedang menghampiri dia menyentakkan lamunannya.
"Hi akak, boleh tolong ambilkan gambar kami semua tak?" soal seorang pelajar tadika sambil menghulurkan kamera kecilnya. Wardah mengambil kamera tersebut lalu dia mengaturkan kedudukan pelajar-pelajar tersebut.
Klik!
Wardah mengambil gambar mereka beberapa kali. Hasil gambar yang diambil olehnya kelihatan cantik.
"Terima kasih!" ucap salah seorang pelajar tadika itu. Dia memberikan Wardah sebiji gula-gula sebagai tanda berterima kasih.
Dalam hidup ini, kita perlulah semaikan ucapan terima kasih. Ucapan terima kasih merupakan ucapan yang mudah namun nilai di sebalik perkataan ini sangat bermakna kepada seseorang dan boleh memberikan kebahagiaan dan kegembiraan kepada seseorang.
Berterima kasih sesama manusia juga merupakan tanda kita bersyukur kepada Allah S.W.T. Sebaik-baik ucapan ialah mengucapkan terima kasih. Terima kasih bukan hanya sekadar ucapan, malah ia juga merupakan sebuah doa. Doa kebaikan buat orang yang berkenaan. Ucapan terima kasih akan memotivasikan seseorang untuk selalu berbuat kebaikan.
YOU ARE READING
Mawar Untuk Dia (HIATUS)
RomanceCinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT. Nur Wardah Asyikin| Gadis yang mempunyai rupa paras yang cantik. Sopan santun, serta mengikuti perintah agama. Muhammad Aaron Lutfi| Seorang jejaka ya...