𝗞𝗲𝗲𝘀𝗼𝗸𝗮𝗻 harinya dia bertolak dari Kuala Lumpur untuk menuju ke Ipoh kerana ingin berjumpa dengan Daddynya. Kereta Toyota Yaris miliknya memasuki garaj rumah Encik Zariel.
"Assalammualaikum Aisy dah balik," ujar Daisy.
"Waalaikumussalam Aisy, masuk la." Encik Zariel menjemput Daisy untuk masuk ke rumah miliknya.
"Daddy sihat?" Tanya Daisy kepada Encik Zariel.
"Daddy sihat, Aisy pergi lah naik atas dulu. Nanti turun makan, lepastu Daddy nak bincang pasal kamu dengan abang-abang kamu." Kata Encik Zariel. Muka Daisy berubah menjadi pelik. Dia hairan Abang Rain balik? Kerana selepas pergaduhan besar berlaku abangnya tinggal di Greece.
"Abang Rain balik?" Tanya Daisy.
Tiba-tiba terdengar suara orang bagi salam. Encik Zariel dan Daisy menuju ke pintu dan membuka daun pintu.
"Abang Rain." Daisy berlari pergi ke Shazrain lalu memeluk erat badan Shazrain. Tapi Shazrain menolak badan Daisy dengan kuat.
Shazrain terus masuk ke dalam rumah tanpa bersalaman dengan Encik Zariel.
𝗦𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶 sahaja mandi, dia memakai pijama dan terus turun kebawah.Dia turun ke bawah untuk makan malam bersama keluarganya.
Habis makan mereka terus duduk di ruang tamu. Mereka menuggu Encik Zariel untuk memulakan perbincangan.
"Sebenarnya Daddy dah tunangkan Daisy dengan seseorang," ujar Encik Zariel.Muka Daisy merah kerana menahan marah.
"You always make your own decision Encik Zariel," ujar Shazrain dengan nada yang dingin.
"Shazrain Vian," Shahrail bersuara tegas.Abang dia ni memang tak reti hormat orang tua ke?
"Aisy setuju?" Tanya Shahrail dengan lembut. Daisy buntu dengan keadaan sekarang.Dulu Shazrain selalu layan dia seperti permaisuri.
Satu hari Shazrain tahu kenapa ibunya meninggal, hidup Daisy bertukar 360 darjah.
"Daisy sebenarnya ada boyfriend dy," ujar Daisy dengan nada yang sedih dan gementar.
"Putus jelah," kata Shazrain.Dia cakap memang senang.
"Tapi Aisy sayang dia dy,dia kata bulan depan dia nak hantar rombongan merisik. Tolong dy." Daisy membuat muka comel tidak lupa juga dengan mata yang terkelip-kelip.
Dia sudah bertunang,tanpa pengetahuan dia.Dia rasa bagai mahu pengsan.Macam mana kalau Irfan tahu?
"Aisy putuskan hubungan Aisy dengan boyfriend Aisy.Tak ada bantahan.Aisy tetap kena kahwin dengan pilihan Daddy," Kata Encik Zariel dengan nada yang sudah naik seoktaf.
"Aisy tak akan buat semua ni." Daisy berlari menaiki tangga.Sampai di bilik dia terus menghubungi Irfan.
Irfan Aiman.Seorang jejaka tampan yang selalu ada ketika dia susah dan senang.
"Assalammualaikum.Kenapa you menagis,hm?" Soal irfan kepada Daisy .
"Saya kena putuskan hubungan dengan awak," ujar Daisy.
"Daisy saya nak bagitahu yang saya nak putus dengan awak tapi awak dulu yang mintak putus.Jadi sekarang kita break ok?" kata Irfan.
"Sampai hati awak," ujar Daisy lalu mematikan talian.Sekarang dia tiada siapa-siapa di dunia.
𝗣𝗮𝗱𝗮 pagi itu Daisy bangun awal untuk solat subuh dan membuat sarapan untuk keluarganya,kerana dia sudah lama tidak masakkan sarapan untuk keluarganya sejak dia berkerja.
Setelah selesai solat subuh dan masak sarapan dia menyediakan air kopi untuk abang dan ayahnya.Setelah itu dia pun melihat abang dan ayahnya turun kebawah untuk sarapan mungkin?
YOU ARE READING
His Daisy | On Going
Любовные романы"Takdir yang berlaku antara kita." Jika diberi pilihan untuk berkahwin, mesti kita mencari jodoh yang sesuai. Tapi apa pula rasa apabila jodoh itu bukan dicari tapi diberi? Start:17 July 2024 End:? Dilarang sekeras-kerasnya menciplak karya ini.