"pregnancy test?" tanya Daisy dengan pelik? Pagi-pagi macam ni suruh check?
"pergi lipat telekung dengan sejadah dulu. Lepastu baru check," Darrean mengelus rambut isterinya. Mereka sudah terbiasa solat subuh bersama-sama.
Daisy masuk kedalam tandas dan membuka kotak pregnancy test. Dia mula mengikut arahan yang diberi.
Setelah dua minit dia keluar tandas. Daisy masih belum melihat keputusan. Darrean dan Daisy mengangguk.
Pregnancy test diterbalikkan untuk melihat keputusan. Raut wajah mereka seperti ingin menangis.
"Im gonna be a Daddy," positive! Darrean terus memeluk isterinya. Daisy sudah menangis. Di dalam rahimnya sudah ada penghuni kecil.
"Abang nak bagitahu Mama?"
"Nanti kita dinner sekali dengan mama baba and daddy. Sayang okay?"
"ajak daddy? Yeay!"
Daisy sudah teruja untuk memberitahu mereka. Pasti Zariel akan gembira.
"abang nak buat bila?" dia takut Zariel tidak sempat untuk bersama mereka.
"minggu depan," ujar Darrean. Darrean hampir mengeluarkan air mata tapi di tahan. Tak macho la.
"Thank you for everything sayang " Ubun-ubun Daisy dicium. Darrean sangat bersyukur.
'Thanks for everything Ya Allah' desis hati Darrean.
______________________________
'mana daddy ni?' Shahrail mencari Zariel. Ohh di dalam bilik mummy. Zariel duduk di atas kerusi. Tangan Zariel mengelus-elus gambar Zaireen.
Flash back
Zaireen baru duduk di kerusi. Namanya di seru Zariel. Zaireen dengan kelam kabut keluar dari bilik.
Zariel nampak seperti sedang menahan marah. Zaireen dengan takut dekatkan jaraknya dengan Zariel.
"Kau buat apa dekat sakura?" sakura. Kekasih gelap suaminya. Tak habis-habis dengan Sakura.
"Sakura yang menggedik masuk rumah tanpa izin. Dia buat Shazrain sampai menangis. Dia lempang, tumbuk saya. Saya hanya lempang dia. Itupun dia koyak ke?"
"Dia ada hak nak masuk rumah ni. Dia bakal isteri aku. Kau memang tak layak jadi ibu, Zaireen."
"Awak yang melebih. Malam-malam awak pergi mana? Keluar dengan dia. Saya dengan Shazrain. Saya tengah mengandung Zariel. Tolong letak rasa perikemanusiaan awak."
"aku tak kira. Kau kena ingat,kau hanya anjing kurap. Mengandung konon. Anak jantan mana kau mengandungkan tu. Anak haram. Kau dengan anak kau boleh pergi mampus."
Mata Zaireen sudah berkaca. Anak haram? Zariel memang tak sedar yang ini anaknya ke?
"Awak melebih Zariel. Ini anak awak Zariel. Benih awak. Awak sedar tak. Atau nak saya ungkit."
"Jangan ingat saya tak tahu Zariel yang Awak tidur dan mabuk dengan Sakura. Setiap malam Zariel. Awak ingat saya ada masa nak keluar dengan jantan ke Zariel? Ada awak jaga saya dengan Shazrain? Ada ke Zariel!" Zaireen sudah mula meninggikan suara.
"Kau kurang ajar!" Jerkah Zariel. Penampar dari Zariel sangat kuat sehingga membuatkan bibir Zaireen pecah.
Zaireen sudah terjatuh ke lantai. Zaireen merasakan kainnya basah seperti sesuatu keluar.
"Kau memang sial. Aku tak akan mengaku itu anak aku."
Zariel keluar dari rumah tanpa melihat keadaan isterinya. Zaireen tahu dia bakal melahirkan anaknya.
Air ketuban sudah pecah. Zariel sudah lesap entah kemana. Rahimnya semakin sakit. Zaireen gagahkan diri untuk mengambil telefon.
Setelah menghubungi pihak hospital Zaireen terus pengsan.
End flashback
"Daddy," panggil Shahrail. Zariel yang tersedar terus mengelap air mata di pipi dan mata.
"Daddy okay ke? Shah tengok daddy menangis. Daddy kena redha dengan pemergiaan mummy. Sebelum mummy pergi mummy dah tinggalkan hadiah untuk daddy. Daisy vanilla."
"Daddy bukan tak terima takdir. Daddy cuma menyesal dan rindu pada mummy. Daddy rasa bersalah pada Aisy," Shahrail mendengar itu terus sebak.
"ooh, Daddy. Minggu depan Aisy ajak kita pergi dinner. Sekali dengan uncle darren."
Shahrail sengaja menukar topik. Risau akan kesihatan Zariel.
_____________________________
"Aisy nak aiskrim vanilla boleh?" Darrean memandang Daisy dengan muka tak puas hati.
"Aisy, kau hari-hari makan aiskrim. Kau nak anak kau beku ke?"
"Mana Abang belajar ni?"
"aku belajar dari Darriel."
Mereka berdua tergelak. Masih terngiang-ngiang lagi kenapa Darriel diam. Ternyata kerana sakit hati.
"Abang rasa Dyliaa ada boyfriend tak? Sebab dia macam tak ada kawan je. Dyraa seorang je kawan dia."
"Dyliaa pendiam. Dia tak suka orang ganggu dia."
"Kenapa abang patah tangan?" soalan itu terkeluar dari mulut Daisy.
"Aku jalan nak ambil bola dalam longkang. Waktu tu hujan. Aku tersalah langkah and tangan aku terhimpap badan aku. Patah tangan."
Daisy menangis kerana mendengar cerita Darrean. Darrean mula panik kerana Daisy mula mengelusrkan esakan.
"Abang okay tak?"
"Aisy, benda tu dah lama. Aku dah okay."
"Sian abang," Daisy mula mengusap lembut tangan Darrean. Terasa biceps milik Darrean.
"mak buyung ni. Aku yang sakit bukan kau!" Daisy makin mencebik. Darrean sudah mengusap batang lehernya.
"Awak panggil saya mak buyung," Ibu mengandung memang macam ni ke? Darrean menghela nafas.
"Kau ni. Aku gurau je. Jangan la marah sayang," Darrean mula mengusap-usap bahu isterinya.
"Abang nak aiskrim boleh?" Pujuk Daisy manja. Darrean mula mencair sikit demi sedikit.
"untuk kau semua boleh," Dahi Daisy dikucup. Mereka bahagia. Sangat bahagia.
__________________________
He knows what is in every heart
Surah Al-Mulk, verse: 13__________________________________
Cukup sedih tak scene Zariel and Zaireen?
YOU ARE READING
His Daisy | On Going
Romance"Takdir yang berlaku antara kita." Jika diberi pilihan untuk berkahwin, mesti kita mencari jodoh yang sesuai. Tapi apa pula rasa apabila jodoh itu bukan dicari tapi diberi? Start:17 July 2024 End:? Dilarang sekeras-kerasnya menciplak karya ini.